Ticker

6/recent/ticker-posts

Nasi Goreng Kicap Tetap Pilihan Hati

Nasi Goreng Kicap Tetap Pilihan Hati

Nasi goreng kicap tetap pilihan hati nak-nak lagi time rushing nak selesaikan banyak kerja-kerja lain hehe 😉

Eh ehhh kalau baca ayat kat atas, nampak macam nasi goreng kicap tu last choice , resepi yang terdesak je pulak. Nampak sangat kot huhuhu ..

Tapi kan, maksud sebenar akak lain. Dalam banyak-banyak resepi nasi goreng baik yang moden atau tradisional, nasi goreng kicap ni antara resepi nasi goreng yang sedap, kena dengan tekak , tak mudah jemu dan yang paling best mudah dan cepat disediakan sebab tak banyak step dan tak banyak bahan yang diperlukan. Jimat pun jimat tauu.

Time sibuk dan rasa agak letih ( plus malassss  sebenarnya),resepi nasi goreng kicap tetap jadi pilihan hati. Masa-masa yang lapang dan rajin of course nasi goreng kerabu lah pastinya. Cuma yang lecehnya buat nasi goreng kerabu ni pasal akak terpaksa asingkan separuh nasi tu sebelum dimasukkan bunga kantan. Apalagi kalau tak kerana budak seketul yang agak cerewet tak makan ulam-ulaman tu. Bau laksa katanya ! Laaa, kalau camtu lagi laaaa best, jawab si emak ni yang suka menyakat dan memang hantu laksa. Who else ..mokcik sendiri lah 😂😂

Nasi Goreng Kicap...ala-ala kicap nak habis 😆


Ok berbalik cerita tentang nasi goreng ni, banyak resepi nasi goreng baik yang tradisional mahu pun moden yang boleh dicuba dan dipelbagaikan. Atas kreativiti dan selera masing-masing. Jika ditanya pada orang muda zaman sekarang,mungkin ramai yang memilih nasi goreng USA, nasi goreng seafood,nasi goreng black pepper,nasi goreng padprik dan sebagainya. Bagi golongan berusia macam akak ni, resepi nasi goreng kicap atau nasi goreng isi ikan lah yang menjadi pilihan.Mungkin kerana kami membesar pada zaman di mana hidup lebih susah. Makan sekadar apa yang ada dan perlu disesuaikan dengan kemampuan sendiri sedangkan zaman sekarang taraf hidup telah meningkat, ekonomi lebih stabil dan bidang makanan itu sendiri banyak mengalami evolusi ,budaya dan pengaruh dari luar. Betul tak ?

Hahah nak cerita tentang beza nasi goreng dulu dan sekarang tentulah panjang jadinya. So yang itu kita borak kemudian.

Sekarang akak nak share dulu resepi dan cara membuat nasi goreng kicap. Tahu doh, semua doh pandai membuatnya. Cuma akak catatkan di sini sebagai satu catatan kenangan sahaja. Mana tahu,zaman ke depan,nasi goreng kicap yang simple macam ni pun korang tak reti nak buat. Oppss hihih.

Bahan nya tak banyak yang diperlukan. Sekadar :

  • nasi lebihan semalam yang tak habis
  • bawang putih ( 2 ulas ),bawang merah (3 ulas ) – ditumbuk
  • seikat sawi – dibersihkan,dipotong dan dittos
  • sebiji telur ayam
  • kicap pekat manis ( akak memang pengguna setia Kicap Lemak Manis Cap Kipas Udang )
  • sedikit garam dan serbuk perasa jika perlu ( akak tak masukkan pun )
  • sedikit minyak untuk menumis

Cara Membuat Nasi Goreng Kicap

Mudah je caranya

  • Pertama, panaskan minyak dan tumis bawang sehingga kekuningan dan berbau wangi.
  • Pecahkan telur ke dalamnya dan kacau ( korang..pecahkan dulu telur dalam bekas lain,jangan direct ke dalam kuali takut kalau nasib tak baik,kena telur tembelang pulak  haaa .. )
  • Terus masukkan sawi dan kacau seketika.
  • Masukkan nasi dan kacau sebati.
  • Masukkan kicap dan kacau sehingga kicap sebati dengan nasi. ( Banyak mana nak letak kicap, itu terpulang )
  • Tunggu dan kacau sekali sekala sehingga nasi menjadi agak garing ( terpulang kepada cita rasa sendiri )

Haaa, siap dah tu.

Ehhh,ehhh time bila pula nak letak garam tu ye ?

Ok,bagi korang yang nak letak garam dan serbuk perasa boleh je masukkan selepas dimasukkan sawi. Atau boleh saja masukkan awal-awal lagi ke dalam nasi yang hendak digoreng ( semasa leraikan ketulan nasi ) Cumanya,pastikan korang guna garam halus untuk memastikan ia bergaul rata dengan nasi. Taklah nanti masa makan,tergigit ketulan garam pulak

Ok, dah salin resepi tu, pastikan korang cuba ye. Nanti jika ditanya, korang tahu dan memang expert dah buat nasi goreng kicap pilihan hati.

p/s: Terkenang zaman sekolah masa duduk di hostel dulu,menu sarapan nasi goreng kicap setiap pagi Khamis adalah yang paling saya tunggu-tunggu. Nasi goreng kicap hitam pekat biasa-biasa saja. Sayur pun tak nampak mana celahnya tapi rasanya memang sedap. Kena pula ada telur rebus…fuhhh memang sedap

Post a Comment

0 Comments