Ticker

6/recent/ticker-posts

Ramai Yang Keliru Apa Maksud Tudung Sekolah Awning Scuba Sebenarnya ?

Assalamualaikum Readers

Nampaknya ibu-ibu ramai yang keliru apa maksud tudung sekolah awning scuba sebenarnya ? Sama ke dengan tudung sekolah awning lembut ?

Petang ni saya ambil kesempatan untuk explain sikit tentang tudung sekolah awning scuba. Adakah sama je dengan tudung sekolah awning lembut atau ada perbezaan yang ketara. Mudah-mudahan explaination ringkas kat sini dapat merungkai persoalan atau kemusykilan mak-mak semua ye hehe.

Sebagai pengedar rasmi  / agen sah tudung sekolah keluaran Tudung Si Comel ni, saya memang sangat kerap ditanya mengenai tudung sekolah awning scuba.

Ok begini ye mak-mak, tudung sekolah awning scuba mempunyai awning yang sedikit tebal berbanding tudung sekolah awning lembut.Tapi tidaklah sama seperti hard awning tudung kita orang dewasa dulu-dulu yang kalau silap sikit patah dan payah dah nak terbentuk muncungnya.

Material pada bahagian awning nya sama sahaja pada bahagian body tudung, cumanya pada bahagian dalam awning ( lapisan dalam ) pihak TSC menggunakan material yang disebut sebagai kain scuba. Kain scuba ini adalah merupakan kain atau sejenis material  yang digunakan untuk membuat pakaian selam.

Ia memang tidak kelihatan pada tudung kerana ia terletak pada lapisan dalam awning .

Tudung sekolah awning lembut pula pada bahagian awning nya tidak ada disertakan lapisan lain. Awning dijahit menggunakan teknik khas  juga hanya dari kain yang sama iaitu kain lycra original yang digunakan pada bahagian badan tudung.

Antara kedua-dua jenis awning ini, sama ada awning lembut atau awning scuba, kedua-duanya mudah dipakai dan dibentuk. Tetap memberi keselesaan kepada si pemakainya. Cumanya kalau nak lebih muncung, disarankan agar ibu-ibu memilih tudung sekolah awning scuba untuk si sunti kesayangan.

https://bit.ly/2mw0g9R


Dari segi harga, bezanya hanya rm3.00 sahaja antara kedua-dua tudung tersebut. Terpulanglah yang mana satu yang menjadi pilihan hati.

Jika diperhatikan pada tahun-tahun kebelakangan ni , hampir kebanyakan tudung kasual wanita dewasa pun sudah menggunakan awning scuba. Campak 10 kali ke dalam mesin basuh pun, awningnya masih terbentuk elok saja kala dipakai. Tak timbul isu kelepet-kelepet lagi dah.

Namun harus diperhatikan juga, bukan semua tudung awning scuba sekarang ni menggunakan kain scuba . Ada yang digantikan dengan kain cotton,denim dan sebagainya. Cara jahitannya pula bakal menentukan muncungnya on point atau tidak.

Ok itu jer penerangan tentang awning scuba berdasarkan pengetahuan saya yang tak seberapa ni.

Bagi mak-mak yang mencari tudung sekolah awning scuba boleh je klik-klik butik tudung sekolah ni untuk info lebih lanjut.

Babai.

Post a Comment

0 Comments