Ticker

6/recent/ticker-posts

Cara Proses Siput Sudu Langkah Demi Langkah Sebelum Dimasak

Assalamualaikum ... hai hai semua

Dear mommies dan anak dara yang tengah belajar memasak tetapi konpius macam mana cara untuk proses siput sudu sebelum dimasak, ni akak kongsikan cara prosesnya langkah demi langkah ye.

Ok, please jot down kat buku resepi korang ye sebelum berangan nak masak apa si sudu ni.
Sebelum tu, jika ada yang tak kenal atau was-was yang mana satu siput sudu nih,meh lah kita berkenalan sikit ngan empunya tubuh yang menjadi topic utama perbincangan hari ni kikiki …


Ok, siput sudu ni di sesetengah tempat lebih dikenali sebagai kupang. Bukan sekupang , dua tiga kupang tu naah..ni lain 😎

Siput sudu atau kupang adalah sejenis hidupan laut yang dikategorikan sebagai kerang-kerangan dengan nama saintifiknya Mytiloida. Siput sudu atau kupang ni adalah merupakan makanan laut popular di seluruh dunia. Hah, jangan ingat kupang ni ada kat Kola Peghelih saja nooh, sebab ia boleh ditemui di pinggir pantai seluruh dunia.
Pic ehsan Pakcik GOOGLE
Cam tak percaya je kan yang moluska ni sangat terkenal di Belgium dan Belanda. Kat Italy pun ngetop ni, sebab selalu dihidangkan dalam hidangan pasta manakala kat Turki pula dijadikan kupang celup tepung, sebijik macam sotong celup tepung tu kalau korang nak tau.Ni bukan akak memandai ye, tapi Wikipedia yang cakap ..

Ok sebelum berangan nak buat kupang masak lomak cili api, nak goreng berlada atau goreng kunyit, celup tepung ke apa, mari lihat dulu langkah demi langkah cara proses kupang sebelum dimasak. Penting yer, kalau tak nak keracunan atau sakit perut nanti.

Panduan bergambar - Cara Proses Siput Sudu Langkah Demi Langkah Sebelum Dimasak

Memula sekali, lepas bawa balik dari pasar bersihkan siput sudu ni sehingga cukup bersih

Masukkan ke dalam periuk bersama air secukupnya dan rebus

Apabila sudah mendidih atau apabila kulitnya sudah terbuka cenggini haa..matikan api. Tapis atau buang airnya dan biar ia sejuk
Cara proses siput sudu langkah demi langkah sebelum dimasak

Abaikan jejari montokss mokcik tu yer 😅😆 Kopek isinya. Bab ini paling penting. Cuba lihat pada bahagian perutnya kelihatan seperti ada tali pusat atau rerambut kan. Ok, pastikan tali rerambut tu dicabut atau dibuang. Kalau tak merana lah korang selepas makan sebab rerambut tu pasti akan menyebabkan korang sakit perut yang amat sangat huhu.
Rupa sedikit aneh, tapi sedapnya walawehhh ...tak terkata

Selepas siap tanggalkan tali rerambut tu, bolehlah korang masak kupang tu ikut suka hati menu apa yang diingini. Selesai suda cara proses  Siput Sudu Langkah Demi Langkah Sebelum Dimasak
Bagi yang tak biasa makan siput sudu ni, bolehlah cuba nanti. Rasanya lemak-lemak manis, tersangatlah awesomenya kalau digoreng berlada. Umm nyummmy.
Cuma kena beringatlah, kalau dah namanya seafood, pasti saje kandungan sumber kolesterolnya tinggi.

Ok selamat mencuba

Post a Comment

0 Comments