Resepi Nasi Goreng Kerabu Sedap Tak Terkata
Apabila sebut sahaja nasi kerabu, pasti ramai yang dok terbayangkan nasi kerabu yang popular di negeri-negeri Pantai Timur. Nasi berwarna biru cerah yang berbau wangi , penuh dengan ulaman yang dihiris nipis-nipis beserta ikan kembung celup tepung, solok lada dan sebagainya. Emmm, memang sedap sangat kan.
Jika nak tahu, di Utara juga ada nasi kerabu atau lebih tepatnya nasi ulam. Namun rasanya sangat berbeza dengan cara penyediaan yang juga berbeza. Nasi kerabu atau nasi ulam di sebelah Utara biasanya dimakan bersama sayur asam keladi dan ia juga merupakan menu yang popular terutama pada bulan puasa.
Tapi apa yang nak saya kongsikan kali ini bukanlah tentang nasi kerabu Pantai Timur atau Utara. Sebaliknya resepi nasi goreng kerabu sedap tak terkata. Wahhh, gituuu ! Melampau nau yer bagi tajuk post kali ni hehe 😂😂
Ok, sekejap lagi boleh tengok dibawah ni bagaimana rupanya ye dan apa bahan yang digunakan untuk resepi nasi goreng kerabu sedap tak terkata ni.
Sebenarnya pertama kali saya makan nasi goreng kerabu ni adalah ketika mengikuti lawatan penanda arasan ke BTPN Terengganu. Dalam melengkapkan salah satu agenda, kami sempat singgah makan di sebuah warung di sekitar Chendering. Sayangnya tak ingat pula nama gerainya.
Ini kali pertama saya makan nasi goreng kerabu. Tak pernah tahu bagaimana rupa dan rasanya, order pun sekadar ikut-ikutan saja. Maklumlah nak cepat
Ok, once nasi tu sampai ke meja, kelihatannya macam biasa sahaja . Tak nampak pun apa yang menariknya nasi goreng kerabu ni. Tapi sebaik sahaja suapan pertama masuk ke mulut, wahhh saya terus jatuh cinta dengan menu ini. Rasa bunga kantan, daun limau purut dan serai yangbergabung membangkitkan rasa yang cukup lazat. Memang ya Allah, sedap sangat tau.
Selepas itu, apabila balik ke rumah saya pernah cuba order menu yang sama dari gerai berdekatan rumah. Hampa sangat apabila rasanya sangat berbeza , hampir tak sama langsung dengan nasi goreng kerabu yang saya makan di Chendering dahulu. Dalam hati sempat berkata-kata, ini nasi goreng kerabu ke nasi goreng sayur ....
Sejak itu tak pernah lagi saya request nasi goreng kerabu setiap kali outing dengan keluarga . Ada laa dalam 4 tahun begitu, sehinggalah 2 minggu lepas apabila saya menginap kali ke – 2 di Hotel Park Avenue Sungai Petani. Saya bertemu dengan sebuah western café yang ada side menu makanan ala-ala kampung yang menyediakan menu nasi goreng kerabu. Big Mouth jika tak silap saya namanya.
Kembali lah ke nostalgia lama, apabila nasi goreng kerabu yang dipesan datang ke meja dengan pakej rasa yang sangat sedap, sebiji rasanya seperti ketika makan di Chendering dulu. Dan memang rezeki saya agaknya, salah satu menu breakfast di hotel keesokan paginya, terselit sama nasi goreng kerabu.
Tak berhenti lah mulut saya memuji-muji keenakannya sehinggakan suami saya cakap, balik nanti cari bahan secukupnya, goreng sendiri dan makan lah puas-puas sampai muntah . Amboihhhh ...
Bagi saya itu satu cabaran dan saya menyahutnya. Saya cari bahan selengkapnya dan setelah merisik-risik dengan Pak cik Google, terhasil lah resepi nasi goreng kerabu sedap tak terkata dengan jayanya.
Berminat untuk mencuba ? Moh le kite lihat apa bahannya.

Bahan-bahan :
Cara-cara Membuat Nasi Goreng Kerabu
Siap resepi nasi goreng kerabu sedap tak terkata. Bukan sekadar sedap, tapi harum aroma bunga kantannya mewangi satu rumah huhu
Hidangkan bersama taburan bawang goreng, bilis goreng dan telur mata kerbau.
See, sangat senang menyediakan hidangan ini.
Boleh je kalau nak masukkan udang,isi ayam ,daging dan sebagainya mengikut cita rasa sendiri. Semuanya boleh diubahsuai mengikut selera masing-masing
Saya percaya, bagi peminat ulam-ulaman atau peminat nasi kerabu, In Sha Allah menu ini juga akan anda gemari. Kerana rasanya hampir sama sahaja .
Moga resepi ni dapat memberi kelainan buat anda yang ketandusan idea nak masak apa hari ini. Nak tahu benar ke sedap sampai tak terkata, cuba lah dulu baru tahu ...

- Nasi putih secukupnya ( dihancurkan / diramas dan digaul dengan garam halus secukup rasa )
- 4 kuntum bunga kantan – dibersihkan dan dihiris halus
- 5 batang serai – dibuang kulit kerasnya, dibersihkan dan dihiris nipis-nipis
- Secekak kacang panjang – juga dibersihkan dan dipotong nipis-nipis
- 5 helai daun limau purut – dibersihkan dan dihiris halus
- 4-5 ulas bawang merah *
- 3-4 ulas bawang putih *
- Sedikit belacan *
- 1 kiub pati ikan bilis ( ayam pun boleh ) *
- 3 – 4 biji cili api / cili padi *
- Segenggam udang kering, direndam sebentar , dibersihkan dan ditumbuk kasar berasingan
- Segenggam ikan bilis, dibersih dan digoreng
- Telur untuk digoreng
Cara-cara Membuat Nasi Goreng Kerabu
- Tumbuk semua bahan bertanda *, namun jangan sampai terlalu lumat
- Panaskan kuali,masukkan minyak dan tumis bahan bertanda* yang telah ditumbuk tadi sehingga bangkit baunya.
- Masukkan udang kering yang telah ditumbuk ke dalam tumisan dan biarkan sebentar ( dalam anggaran 3 minit )
- Masukkan serai, bunga kantan dan daun limau purut. Kacau hingga sebati barulah masukkan kacang panjang
- Masukkan nasi dan gaul rata sehingga semua bahan bersatu. Goreng sehingga 10 minit
- Dah masak dan cukup semua rasa nya,matikanlah api.

0 Comments