Guna Tepung Blue Key Buat Cucur Bawang Sedap dan Menjadi
Wahhhh, tajuk kemain lagi ehh😜😜
Saya guna tepung Blu Key buat cucur bawang sedap dan menjadi. Caranya ringkas je tapi memang sedap dan menjadi. Macam tak percaya pulak berjaya buat cucur bawang yang kembung montoks tapi lembut sahaja isi di dalamnya.
Riuh sekampung ehh bila berjaya buat cucur bawang a.k.a cucur udang macam laaa orang lain tak pernah buat. Cucur bawang je pun, apa nak dihairankan hehe
Cucur bawang, cucur udang atau cucur sayur ni adalah menu popular mak-mak yang rushing mengejar masa. Nak-nak lagi time dinner dah kekeringan idea nak masak apa untuk hidangan sekeluarga. Malam-malam kalau boleh nak makan yang simple-simple je tapi tetap dapat mengenyangkan perut ye dok..
Jalan paling selamat buat je laa cucur bawang. Menu berkhasiat dan mengenyangkan In Sha Allah .
Nak hasil yang lebih baik, gunakan je tepung Blue Key. Iye, tepung yang orang guna untuk baking-membaking buat kek buat biskut semua tu.. Memula macam tak percaya je kan bila orang cakap boleh gunakan tepung kek ni untuk buat cucur bawang. Sebab dalam kepala den ni, kalau tepung Blue Key serius haruslah untuk baking kek-kek dan biskut je. Huhu napok sangak tu gapo bende pung dok tahu huhuhu 😝😝
Cucur Bawang Versi Tepung Blue Key
Bahan-bahannya adalah seperti berikut :
Siap untuk hidangan petang atau makan malam. Dicicah dengan sos cili Thai lagi lah terangkat perghhh
Memang sangat-sangat senang untuk dicuba dan hasilnya sangat memuaskan. Boleh juga dijadikan menu kecemasan saat menerima tetamu yang datang mengejut.
Rujukan Resepi : Azie Kitchen

Abaikan bentuk kumbang tanduk dan sebagainya. Itu sekadar hiasan semata-mata :D |

- 4 cawan tepung blue key ( ada juga yang mencampurkan tepung gandum dengan tepung Blue Key ini dengan nisbah 1:2 )
- 1 sudu makan gula
- ½ sudu makan garam halus
- Sedikit daun sup – dibersihkan & dipotong halus( boleh digantikandengan daun kucai )
- Sedikit daun bawang – dibersihkan dan dipotong halus
- ½ batang carrot – dibersihkan & dipotong dadu
- 1 biji cili besar – dibersihkan , dibuang bijinya dan dipotong menyerong nipis-nipis
- 1 labu bawang besar ( boleh tambah jika suka ) – dikupas kulit, dibersihkan dan dipotong nipis-nipis
- Segenggam taugeh – dibuang bahagian hitamnya, dibersihkan dan dittos
- Sedikit isi udang segar ( anggaran 6-7 ekor ) – dikopek kulitnya, dibersihkan dan dicincang
- Air untuk bancuhan
- Minyak secukupnya untuk menggoreng
- Masukkan gula dan garam tanpa perlu dibancuh ke dalam tepung. Kacau biar sebati dan bersatu lalu ketepikan.
- Gaulkan semua bahan sayuran ke dalam sebuah mangkuk berasingan kecuali udang sahaja.
- Masukkan adunan tepung tadi ke dalam mangkuk sayuran dan gaul sehingga bersatu
- Barulah masukkan air secukupnya ke dalam adunan tadi. Pastikan tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Kacau hingga sebati lalu masukkan isi udang.
- Biarkan adunan dalam tempoh 10-15 minit.
- Panaskan kuali, gunakan minyak secukupnya untuk menggoreng.
- Balik-balikkan cucur agar tidak hangit. Angkat dan toskan
Abaikan juga kuali karat hamba |
Boleh laa kan cucur bawang ... untuk makan sendiri. Nak masuk hotel tak lulus ni kikiki |
Siap untuk hidangan petang atau makan malam. Dicicah dengan sos cili Thai lagi lah terangkat perghhh
Memang sangat-sangat senang untuk dicuba dan hasilnya sangat memuaskan. Boleh juga dijadikan menu kecemasan saat menerima tetamu yang datang mengejut.
Rujukan Resepi : Azie Kitchen
1 Comments
Nak msk cucur tapi tpg gandum habis.. Yg ada cuma tpg naik sendiri.. Thanks resepi.. Sgt2 membantu
ReplyDelete