Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Tom Yam Seafood Mudah dan Sedap

Resepi tom yam seafood mudah dan sedap

Dah 4 @ 5 minggu dah tak ke pasar sebab penghujung-penghujung sekolah ni sibuk pulak dengan macam-macam hal. Hari Sukan Negara,Hari Keusahawanan,  camping unit beruniform,kursus di Langkawi, mesyuarat,majlis persaraan ,Anugerah Pembestarian  dan LADAP bagai .. Aduhhh rasa macam tak cukup oksigen ko 😓

Bila dah sibuk-sibuk begini, memang aktiviti di dapur tergendala sekejap. Aisehhhh kononnya !! Dasar pemalas, macam-macam alasan diberi ye kikiki.

Nasib baik ada restoran makanan ala Thai dekat rumah, jadi tekan-tekan nombor je siap apa yang ko nak. Padprik ke, somtam ke, tom yam ke ... Haaa , tinggal sedia fulus je dik oiii.

Dah namanya hantu tom yam, hari-hari order tom yam kau 😂

Last-last aura kerajinan pun datang, so hari Sabtu baru ni, pagi-pagi lagi den dah terpacak kat pasar. Cari udang,sotong dan bebola ikan. Haaa apa lagi, semuanya untuk masak tom yam seafood lah.

Siap makan semua, baru lah terfikir. Kenapa lah tak ingat nak snap barang sekeping dua gambar .. nyesal pulak lupa snap gambar tom yam seafood ni. Kalau tak boleh lah dijadikan gambar hidangan tom yam tu untuk blog post. Bukti den buat sendiri, bukan kopi-kopi gituuuu.

Tapi tak apa lah, kali ni share resepi tom yam seafood mudah dan sedap dulu yer. Pic nye kemudian-kemudian. Aci gitu ?!😄

Sebenarnya resepi tom yam ni ada banyak version kan. Jadi mungkin ada perbezaan cara dan bahan yang digunakan sedikit ok. Tang sayur-sayuran tu pun ikut kesukaan masing-masing lah, nak tambah atau nak gantikan dengan yang lain. Janji sesuaiiii ..jangan ko letak buah peria ke petola ke udah. Tak pernah dibuat orang wehh.

Tapi tak tahu lah pulak kalau memang ada kan 😛

Ok, now moh le kita mulakan

Resepi Tom Yam Seafood Mudah dan Sedap

Bahan-bahan :

  • Sedikit lengkuas muda - dibersihkan dan diketuk
  • 4 ulas bawang putih - diketuk je
  • 3 batang serai - dititik
  • 5-6 biji cili api
  • 5-6 helai daun limau purut
  • 4-5 sudu pes tom yam brand apa pun boleh asal halal. Akak guna yang keluaran Thailand tapi ada logo halal Thailand lah - boleh ditambah jika kurang kawww
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sotong - dibersih dan dipotong
  • Udang segar - dibersih dan dibuang ekor serta bahagian kepala dan janggutnya  ( istilah ni tatau betul ke tak )
  • 1 peket bebola ikan, setiap biji dibelah dua
  • Cendawan - dipotong tangkai, dibersih dan ditoskan
  • 2 biji tomato - di belah 6
  • 1 batang carrot- dipotong memanjang
  • Kobis bunga
  • Kiub pati ayam KNORR - sebab den tak masukkan ayam. Ayam kan bukan seafood 😉😉
  • 3/4 cawan susu segar
  • 2 biji bawang Holland saiz sedang
  • Daun ketumbar -jika suka 

Cara-cara memasak resepi tom yam seafood mudah dan sedap :

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk
  2. Tumis sebentar sahaja lengkuas dan bawang putih sebab bawang putih kalau ditumis lama akan menjadikan masakan terasa kelat. Masukkan serai ,cili api dan separuh daun limau purut beserta pes tomyam
  3. Setelah 3 minit, masukkan air secukupnya dan kiub pati ayam . Biar mendidih
  4. Masukkan bebola diikuti udang dan sotong selepas 5 minit.
  5. Setelah kuah tom yam  mendidih lagi, masukkan carrot, kobis bunga dan tomato
  6. Masukkan garam dan serbuk perasa jika suka secukup rasa.
  7. Akhir sekali masukkan lebihan daun limau purut tadi, bawang holand  dan susu segar.
Matikan api. Haaa siap lah akhirnya tom yam seafood yang simple, yang mudah dan sedap tu

Kredit : GOOGLE Images

Lepas ni boleh cuba  .. tengok setaraf tak ngan masakan kat restoran Thai yang korang suka sangat tu huhuhu

Selamat mencuba .


Post a Comment

0 Comments