Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Serawa Pisang Nangka Cara Orang Utara

Assalamualaikum semua

Hari ni nak kongsikan resepi serawa pisang nangka cara orang Utara . Sebab den ni asal orang Utara, makanya cara masak-memasak pun ikut orang Utara lahhh. Bendanya sama jer tapi kalau ikut version Selatan dan Pantai Timur, so maybe ada lah berbeza sikit ramuan atau caranya.

Dah bersepah resepi serawa pisang nangka ni kat internet. Ko taip je resepi serawa pisang terus Pakcik Google up kan... pilih je laa lepas tu cara mana yang pakat-pakat rasa mudah dan sedap.


Serawa pisang atau nama lainnya pengat pisang ni adalah sajian pencuci mulut tradisional orang Melayu yang sedap dihidang sebagai sajian minum petang. Tapi kalau dah seperiuk gedabak dimasaknya, tak yah lah ko tunggu petang baru nak dimakan huhuhu. Makan je lah bila-bila pun kang ditunggu-tunggu basi pulak. Bagi peminat serawa pisang nangka macam mokcik ni haaa, Subuh-Subuh  pun boleh licin 2 mangkuk 😂😂😂

Terjah dekat sikit serawa pisang nangka lemak berkrim :D


Ok, apa ditunggu lagi. Moh kita tengok bahan dan cara memasak serawa pisang nangka style orang Utara.

Bahan-bahan

  • 5-6 biji pisang nangka  ( saya prefer yang hampir masak / ranum ) - dikupas kulit dan dipotong kecil-kecil
  • Santan segar secukupnya ( saya gunakan 1 kotak santan segera Ayam Brand yang dicairkan ). Kalau ada yang fresh lagi umphh
  • 1 / 2  cawan gula pasir  
  • 3 helai daun pandan
  • Sagu secukupnya
  • Gula melaka ( dimasak terlebih dahulu dan ditapis bagi membuang benda asing yang mungkin ada di dalamnya)
  • Secubit garam ( untuk menghasilkan rasa lemak pengat )

Cara Masak Serawa Pisang Nangka Style Orang Utara

  1. Masukkan santan kotak yang dicairkan ( ditambah air kerana sukatan 1 kotak tu agak pekat sebenarnya ) ke dalam periuk.
  2. Masukkan sekali gula pasir dan daun pandan lalu didihkan.
  3. Masukkan pisang nangka yang telah dipotong kecil-kecil tadi ke dalam kuah santan.
  4. Kecilkan api dan biarkan seketika agar pisang masak dan rasanya bersatu dengan kuah santan.
  5. Setelah pisang agak masak / lembut, masukkan air gula melaka dan sagu
  6. Kacau sekali sekala sehingga mendidih dan masak sehingga  sagu mengembang ( hilang warna putihnya )
  7. Akhir sekali masukkan secubit garam, kacau sebentar dan matikan api.
  8. Taraaaaaa .... siap serawa pisang nangka cara orang Utara yang sedap lemak berkrim tu hoho.

Cara masak pengat atau serawa pisang saya ini mungkin berbeza dengan cara anda di tempat lain.

Saya tidak rebus / masak pisang bersama air dahulu kerana pisang nangka yang ada kat rumah sudah cukup masak dan ranum dan dikhuatiri kalau dimasak bersama air terlebih dahulu, bimbang hancur isinya jadinya nanti.

Alhamdulillah cara saya ini tidak memakan masa yang lama dan rasanya memang confirm sedap lemak berkrim hokeyyy 😋😋😋  ( sekali sekala apa salahnya memuji diri sendiri kikiki )

Selamat mencuba resepi serawa pisang nangka cara orang Utara.

Jangan pandang rendah dan ingat sajian ni sajian orang kampung sebab kalau anda rajin menginap di hotel, sajian ini turut menjadi pilihan tukang masak hotel sebagai sajian pencuci mulut tau.


Post a Comment

0 Comments