Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Kerabu Bunga Betik : Menu Kampung Yang Menyihatkan

Resepi Kerabu Bunga Betik : Menu Kampung Yang Menyihatkan

Assalamualaikum semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW

Ada yang suka makan ulam bunga betik tak kat sini ? Haaa, kelat dan pahit kan rasanya ... tapi tak ada laa sepahit mana pun selepas dicelur. Ke korang makan mentah macam tu je 😝😝 Kalau ada,memang tabik spring lah...pahit woihh huhuhu.

Ulam-ulaman pahit ni sebenarnya menjadi ubat bagi sesetengah penyakit macam bunga betik ni sendiri. Khabarnya bunga betik ni boleh membantu merawat masalah kencing manis, membantu proses penghadaman,menurunkan kadar kolesterol bagi yang menghadapi masalah kolesterol tinggi dalam badan, mengurangkan berat badan dan macam-macam lagilah ...

Akak tak berhajat nak kupas tentang khasiat bunga betik ni sebab info nya banyak kat internet ni. Korang Google lah sendiri.

Teringat masa zaman anak dara dulu ,kerap juga minum air rebusan daun betik ...kononnya nak turunkan berat badan walhal masa tu pun badan dah macam papan sekeping tetapi tetap dok rasa gemuk.

Sekarang badan dah macam donat, sikit pun tak teringin nak buat .. 😝

Sebenarnya, boleh dikatakan semua bahagian pokok betik tu ada kegunaannya sendiri. Tak sia-sia kan Allah cipta sesuatu tu. Subhanallah

Ok, hari ni sementara menunggu masa nak memasak untuk juadah berbuka ( akak puasa sunat Syaaban ) jom akak kongsikan resepi kerabu bunga betik : Menu kampung yang menyihatkan. Cara dan bahan yang diperlukan lebih kurang sama saja dengan Resepi Kerabu Jantung Pisang.

Sebelum tu jemput cuci mata dulu dengan pic kerabu bunga betik yang tak semenggah ni hihi. Gambar pun blur je


Kerabu bunga betik ni ada banyak versi . Ada yang menggunakan santan dan isi ikan rebus, ada pula yang tidak. So resepi yang nak dikongsikan kali ni adalah versi mudah tanpa santan tanpa isi ikan, Sesuai sangat dengan korang yang tak berapa rajin macam akak ni kikiki

Resepi Kerabu Bunga Betik

Bahan-bahan :

Bunga betik - dibersihkan,dicelur dan ditoskan
2 batang serai - ditumbuk lumat *
Cili padi - ditumbuk lumat *
Sedikit halia - dimayang halus *
Sedikit air perahan asam jawa *
Sedikit belacan - dilarutkan dalam air asam jawa *
1 @ 2 sudu makan kerisik*
Bawang merah @ bawang besar - dihiris nipis-nipis
Sedikit bilis goreng
Serbuk perasa Ajinomoto jika suka
Garam secukup rasa


Cara Penyediaan
Cara penyediaan kerabu bunga betik ni mudah sahaja sebenarnya. Masukkan  semua bahan bertanda * ke dalam mangkuk. Gaul
Masukkan bunga betik, serbuk perasa dan garam lalu  gaul hingga sebati.
Akhir sekali masukkan hirisan bawang dan bilis goreng

Siap. Mudah sangat menyediakannya. Untuk versi bersantan, pastikan santan diperah menggunakan air masak suam agar  kerabu boleh bertahan hingga ke malam.

Cara penyediaan kerabu betik versi bersantan sama sahaja seperti langkah di atas.

Ohh ye, bunga betik juga boleh djadikan masak lemak selain digoreng kering seperti sayur taugeh.

Selamat mencuba semua

#menupkp

Post a Comment

0 Comments