Assalamualaikum
Lama dah terasa nak share resepi kerabu jantung pisang super sedap ni yang cukup menyelerakan bagi akak.
Ok, kalau nak tau jantung pisang adalah salah satu daripada sumber hutan yang popular dalam masakan orang Utara khasnya selain daripada pucuk rebung.
Resepi Kerabu Jantung Pisang Super Sedap
Biasanya jantung pisang ni kitorang jadikan ulam sama ada mentah atau dicelur, cicah dengan sambal belacan cili padi bercampur buah kuinin masak … perghhh memang sedap ya amat. Kalau tak dijadikan ulam, jantung pisang selalu juga dijadikan pajeri atau masak lemak cili api.
Tapi untuk kali ini, akak share dulu resepi kerabu jantung pisang super sedap ye. Next time, mungkin boleh kita belajar masak pajeri pula. ( Macam laa expert sangat pulak ye, nak ajar memasak …kih3x 😂😂 )
Bahan-bahan untuk resepi kerabu jantung pisang super sedap
1 biji jantung pisang ( ehh..betul ke penjodoh bilangannye ni .. hantam sajalah labu )
2 sudu makan kerisik
1 mangkuk santan ( saiz sedang )
3 batang serai ( dipotong halus )
3-4 ulas bawang merah ( dimayang halus )
1 ulas bawang besar
3 biji cili padi ( dihiris halus , boleh juga ditumbuk sedikit )
Sedikit halia muda ( dibuang kulit dan dimayang halus )
Secubit belacan
Sedikit air asam jawa ( boleh gunakan pes asam jawa ADABI juga )
Garam, gula dan serbuk perasa ( jika suka )
Cara masak resepi kerabu jantung pisang super sedap
- Buang lapisan kulit luar jantung pisang sehingga beberapa lapisan. Nanti akan jumpa bahagian lapisan dalam yang lebih lembut dan berwarna cerah
- Potong nipis-nipis secara membulat sehingga habis
- Bersihkan jantung pisang sebelum direndam dalam bancuhan air garam selama 20 minit. Tujuannya adalah untuk menanggalkan getahnya di samping mengelakkan ia berubah menjadi kehitaman keterlaluan.
- Selepas 20 minit, bersihkan sekali lagi dan toskan
- Satukan belacan dengan perahan air asam jawa
- Satukan dengan hirisan jantung pisang tadi.
- Masukkan juga bahan lain seperti kerisik, serai, bawang merah,bawang besar, halia cili padi dan gaulkan semuanya sehingga semua bahan bersatu
- Akhir sekali masukkan santan dan bahan perasa.
Ada faham kaa adik manisss 😉😉😉
Ok, nak tau sedikit tips untuk elakkan kerabu jantung pisang tu dari cepat basi ? Selalunya kan kalau resepi kerabu-kerabu ni, problem ketaranya adalah mudah sangat basi kan…
Tips nye mudah aje..korang cuba ye
Semasa menyediakan pati santan tu, pastikan korang gunakan air masak suam semasa memerah santan. In Sha Allah , kerabu bertahan lebih lama.
Siap sudah resepi kerabu jantung pisang super sedap. Cuba , jangan tak cuba ye..
0 Comments