Ticker

6/recent/ticker-posts

77 Resepi Istimewa Dan Lazat Yang Boleh Dimasak Dengan Menggunakan Air Fryer Tak Kira Brand Apa Pun

77 Resepi Istimewa Dan Lazat Yang Boleh Dimasak Dengan Menggunakan Air Fryer Tak Kira Brand Apa Pun
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Salam Aidil Adha buat semua, moga ibadah korban yang kita lakukan itu datang seiring dengan niat yang ikhlas serta diterima Allah SWT.

Khas buat geng mak-mak yang memang ada menggunakan unit air fryer di rumah atau yang baru intai-intai air fryer di CJ WOW SHOP bagi meringankan tugas-tugas memasak agar lebih cepat dan menghasilkan menu yang lebih sihat untuk keluarga, ni haa saya kongsikan 77 resepi istimewa dan lazat yang boleh dimasak dengan menggunakan air fryer tak kira brand apa pun.

https://bit.ly/2bZVLB2

Diulang ye, tak kira walau apa brand sekali pun asal namanye air fryer, In Sha Allah geng mak-mak boleh mencuba menu yang disarankan oleh Chef Hanieliza ni.

Chef Hanieliza weihh, bukan calang-calang chef oii

Sebagai seorang ibu tak kira lah yang berkerjaya atau pun suri rumah sepenuh masa, tugas memasak ni tak semudah yang difikirkan kebanyakan orang terutamanya kaum lelaki lah huhu. Ini kerana nak menyesuaikan menu agar kena dengan setiap ahli keluarga tu bukan laa semudah menyebut nama resepi. Sebut je ayam bakar berempah terus jadi, terasa nak makan bergedil daging terus terhidang depan mata ... Bukan semudah itu wahai suami-suami dan anak-anak oii.

Seorang ibu perlu tahu resepinya dulu, bagaimana cara memasak dan menjadikannya sedap. Dan of course laa, bagaimana nak menyiapkan 4 menu lauk-pauk sekaligus dalam masa yang singkat agar nanti tak ada yang merajuk lauk favourite nya ada seperti yang diminta.

Nah, di sinilah bergunanya air fryer dalam memudahkan kerja-kerja memasak di dapur kan. Opps macam promoter air fryer pulak ayat den tu kikiki.

Tapi ramai yang fikir air fryer ni gunanya hanya untuk kerja-kerja memanggang sedangkan ada menu atau resepi berasaskan ikan, telur dan sayur-sayuran yang boleh dimasak secara pantas dengan menggunakan air fryer dan hasilnya nanti sesedap memasak secara manual. Gituuuu ..

Kat sini saya listkan beberapa menu atau resepi lauk-pauk yang lazat yang boleh disediakan dengan hanya menggunakan air fryer ok.

Resepi Berasaskan Ayam

  • Ayam Bakar Tomyam
  • Ayam Cajun & Coselow
  • Ayam Goreng Berempah
  • Ayam Goreng Garing Pedas
  • Ayam Goreng Halia
  • Ayam Goreng Korea
  • Ayam Goreng Kunyit

Resepi Berasaskan Ikan & Seafood

  • Ikan Dory Breadcrumbs
  • Ikan Pari Bakar Bersambal
  • Ikan Salmon Bakar Cajun
  • Keli Goreng
  • Kerang Bakar
  • Pais Ikan

Resepi Berasaskan Sayuran

  • Kerabu Daging
  • Kerabu Mi Segera
  • Kerabu Sotong
  • Kerabu Terung
  • Salad Ayam dan Epal

List di atas ni adalah sebahagian daripada list 77 resepi yang terkandung dalam buku chef terkenal ni. Nak tahu keseluruhan 77 resepi istimewa dengan menggunakan air fryer, kena lah dapatkan koleksi buku 77 resepi istimewa dan lazat yang boleh dimasak dengan menggunakan air fryer tak kira brand apa pun ni. Khabarnya dah tak banyak naskah yang tinggal. Cecepat lah dapatkan di kedai buku yang berhampiran atau kalau nak mudah lagi atau order jer di BookCafe.

Berbaloikah Memiliki Buku 77 Resepi Istimewa Air Fryer ini ?

Personally bagi saya, buku ini berbaloi untuk dimiliki kerana di dalamnya bukuan sahaja terkandung 77 resepi yang sedap dan menarik, tetapi terselit juga panduan untuk geng mak-mak menggunakan air fryer secara betul agar resepi pilihan dapat dimasak dengan betul dalam tempoh masa yang singkat dan mendapat pujian daripada suami dan anak-anak.



https://bit.ly/2bZVLB2
Panduan ni penting ye mak-mak sebab nanti tahulah kita cara sebenar setting masa untuk resepi dari bahan asas berbeza dan yang paling penting step by step penggunaan air fryer tu sendiri bagi kerja memanggang yang pasti berbeza antara daging dan sayuran.

Resepi-resepinya pula tentu saja resepi yang boleh dipercayai kerana ditulis oleh Chef yang memang terkenal kerana keenakan resepinya.

77 resepi jika dicuba 1 sehari 1 resepi, tunggu sampai 2 bulan lebihlah baru boleh diulang semula. Selesai problem besar mak-mak yang buntu nak masak apa pulak laa hari ni 😅






Post a Comment

0 Comments