Ticker

6/recent/ticker-posts

CJ Wow Shop - Akhirnya Mak Cik Terjebak Jua !

CJ Wow Shop - Akhirnya Mak Cik Terjebak Jua !! 😅😅😅

Adehhhh, macam mana laa boleh terjebak dengan iklan CJ Wow Shop sedangkan mak cik ni memang jenis hati kering bab -bab iklan periuk belanga ni. Tunjuk lah hebat macam mana sekali pun periuk tu dapat tolong kerja-kerja memasak di dapur jadi superb, tak terpedaya dan tak tergugat iman den pun sebelum ni.

Tup-tup pagi 30 March lepas, time bergolek-golek atas katil Big Banana before breakfast tu boleh je jejari ni laju je tekan website CJ Wow, order sebiji Riino Rapid Air Fryer. Sedar-sedar dah siap tekan payment dengan M2U. Bila turun breakfast kat cafe BB, boleh pula dok fikir ... biar betul aku ni huhuhu. Tak pernah-pernah hayat  beli peralatan memasak online. CJ Wow Shop pulak tu .. Lain lah beli tudung dan baju kurung, itu memang feveret heheh.

Kredit : Google Image

Beli Riino Rapid Air Fryer sempena 3 tahun Wow Shop pada harga RM239



Allahu ... itu lah yang dikatakan kekuasaan Allah, mampu membolak balik hati manusia bila-bila sahaja saat bila Ia berkehendak. Subhanallah , Allah hu akbar !

Terpengaruh untuk membeli Riino Rapid Air Fryer  ni bila tengok si host CJ Wow Shop kat tv tu tunjukkan kek yang dibuat menggunakan air fryer tu menggebu je jadinya. Ini laa punca sebenar mengapa tetiba terdorong sangat nak memiliki air fryer tu sebab masalah akak sebelum ni memang tak reti-reti nak bakar kek elok-elok. Manjang je hangus bahagian atas huhu.

Percubaan Pertama Gril Daging Guna Riino Rapid Air Fryer

Sebelum ni kalau nak memanggang daging, memang adik yang tinggal bersebelahan rumah lah akan jadi mangsa nya sebab serius akak memang tak pandai. Selalu kalau buat sendiri , akan hangus, terlebih masak atau terlalu keras. So, beli air fryer ni konon-kononnya nak belajar memanggang daging ni sendiri.

Sebelum ...

Selepas ...
Ok, first trial ini lah hasilnya. So far, not bad. Akak perap daging ni dengan serbuk kunyit, garam , serbuk lada hitam dan sedikit chilli flakes Domino's Pizza punya . Hihi itu ikhtiar hidup namanya 😆

Dengan suhu 180 darjah Celcius, pembantu dapur  yang sebulan dua lagi akan melanjutkan pelajaran jika ada rezeki In Sha Allah, main peranan  sebagai tukang set masa  dan memantau apa yang patut .. dan ini lah hasilnya selepas 30 minit.

Walau pun rupanya tak berapa nak semenggah, tapi Alhamdulillah tekstur daging tu lembut je tak ada lah liat seperti sebelumnya.

Next trial, entah bila la pulak tu.. akak nak cuba buat kek pulak. Kalau rajin, kalau umur panjang, kalau menjadi, kalau ada masa .. kalau,kalau, kalau ....In Sha Allah akak share dengan korang di sini nanti.

In Sha Allah

Post a Comment

0 Comments