Ticker

6/recent/ticker-posts

Personal Review Hotel Big Banana Sungai Petani

Personal Review Hotel Big Banana Sungai Petani

Review Hotel Big Banana Sungai Petani ni bukanlah review berbayar dari pihak Hotel Big Banana sendiri atau mana-mana pihak yang sewaktu dengan nya hokeyyy

Zaman review berbayar seperti satu ketika dahulu sudah pun berlalu huhuhu..

Zaman aktif berblog tu sudah tinggal nostalgia, tinggal sejarah untuk dikenang. Semua yang pahit dan yang manis kini tinggal kenang-kenangan untuk dijadikan teladan sehingga tiba waktu noktahnya.

Wahhhh tiba-tiba tersyahdu pulak rasa .. 😔😔

Ok, since musim cuti sekolah silih berganti datangnya dan ada ketikanya pabila menjelang pertengahan tahun ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak menyambung pengajian di luar daerah menetap, makanya pasti ramai pembaca di luar sana yang akan tercari-cari review hotel termasuklah Hotel Big Banana Sungai Petani yang ditulis oleh para penginap hotel sebelumnya.




Berapa rate semalaman ... luas ke sempit biliknya ... bilik airnya bagaimana ... ada breakfast ke tak .. berdekatan dengan apa ..??? Macam-macam lah lagi persoalannya kan

Namun rasanya, berdasarkan pemerhatian sendiri tak banyak review berkaitan Hotel Big Banana ni yang boleh ditemui semasa pelayar internet melakukan carian. Mungkin kerana hotel ini masih baru serta belum diketahui ramai ..mungkin laa. Aii agak aje 😁

So, hari ini akak nak beri review personal Hotel Big Banana Sungai Petani berdasarkan pandangan peribadi akak sahaja ok. Ia boleh jadi berbeza mengikut perspektif masing-masing.

Bilik yang kami sekeluarga sewa adalah bilik Deluxe Double Room dari jenis connecting ( pintu di tengah ) Reservation akak lakukan sehari menjelang tarikh menginap, just by phone call saje. Rate satu malam adalah RM100 sahaja.

Masa check in tu gak confused juga sebab jika dirujuk pada laman Booking.Com dan beberapa lama tempahan hotel yang lain sebelumnya , harga bilik Deluxe Double Room ni berbeza dengan harga yang kami dapat. Dalam hati terlintas juga, mungkinkah bilik yang diberikan kepada kami ni bukan bilik DDR .. Tapi malas nak bercakap panjang, kami terima dengan senang hati. Nak duduk 1 malam je pun, so malas nak banyak-banyak songehhh




Bilik nye agak kecil tapi ok laa.. not so bad. Katil queen size sahaja. Tiada almari tapi ada hanger. Ada dibekalkan air mineral namun tiada kettle. So kalau terasa nak makan meggi atau minum kopi, boleh bancuh di pantry yang disediakan. Kebetulan bilik 121 & 122 yang kami diami tu letaknya dekat sahaja dengan pantry, jadi senang lah juga urusan minum kopi ni .

Bilik mandi pun kecil sahaja. Dari segi deco dalaman hotel, memang cantik. Ada ruang santai untuk membaca tapi almost buku yang ada kat situ adalah buku Bahasa Cina & Bahasa Inggeris sahaja.




Ok, boleh tengok sendiri beberapa keping pic yang sempat akak rakamkan time kat sini. Ada yang missing jugak, tak tahu lah hilang ke mana pic lain yang akak snap sebelumnya.

Ini pula pic sekitar Café untuk breakfast.





Hmmm apa lagi ye ??!!

Ok, hotel ni letaknya berhadapan dengan kuala sungai tapi so sorry lah tak ingat pulak apa ke namanya tu. Waktu petang , bahagian hadapan hotel jadi tumpuan anak muda lepak-lepak dan berselfie . Macam-macam aksi ada ... makcik ni teropong je dari bilik hotel huhuhu

Tak tahu dari mana datangnya dorang budak-budak muda ni. Maybe ada kolej pengajian berhampiran kawasan sekitar. Tapi apa la nak dihairankan ye dok .. Itu memang kawasan bandar baru yang menjadi tumpuan sebab di luar blok hotel ni juga terdapat Pasaraya Aneka, Cineplex, food court ( majority gerai pengusaha berbangsa Cina ) Papa Deens, pusat snooker dan sebagainya lah lagi.

Tak jauh dari blok hotel , terdapat sebuah gerai masakan Melayu berasaskan udang. Tak silap akak namanya Mee Udang Galah Sempoiii. Boleh search Fb dengan nama Mee Udang Galah Sempoiii. Boleh tahan juga rasanya ..Prince charming adik beradik dan The Emperor makan nasi goreng udang, akak pula macam biasa mee udang lerrr apa lagi. Tapi kitorang pilih udang laut jer. Tak mampu dik non, lari bajet kot nanti .

Mee Udang Galah Sempoiii Sungai Petani ... tapi ni udang laut je - RM15 sepinggan
Ok , cukup rasanya personal review Hotel Big Banana Sungai Petani ni . Kalau nak lebih-lebih lagi, kita sign contract ye ahaksss.. 😉😉

Jika ingin cuba menginap di sini, boleh je call atau whatsapp ke talian berikut : 011-16408080


Post a Comment

0 Comments