Assalamualaikum semua
Topik hari ni - maksud dan konsep perniagaan dropship ye uolls..
Semalam semasa akak login akaun Mr Nuff untuk official blog akak ( perasan macam retis pulak …official laa sangattt ko ), akak terperasan ada keyword ‘ maksud bisnes dropship ‘ yang dicari oleh pembaca blog akak. Kerap sangat keyword ni muncul … akak tau laa sebab akak login akaun Mr Nuff 24 kali sehari😅😅
Nampaknya bisnes dropship bertahun-tahun sejak ia popular di Malaysia, terus menjadi pilihan bagi mereka yang ada kecenderungan untuk menambah pendapatan atau buat side income di samping pendapatan tetap yang sedia ada.
Al maklum sajalah , dengan keadaan ekonomi yang tak memberangsangkan dan tak berapa menyeronokkan sekarang ni, sehingga ramai yang terasa kesannya, maka semakin ramai yang dah mula bangun dan bertindak. Mencari jalan untuk menambah pendapatan dengan melakukan part time job termasuklah terjun ke dalam bidang perniagaan dropship.
Ok, apakah maksud dan konsep perniagaan dropship ni ? Saya teringin sangat nak cuba tapi masih keliru …
Ok, tak perlu gundah gulana. Jom akak cuba terangkan supaya semua readers terutama yang ada niat untuk memulakan bisnes dropship ni faham maksud dropship, flow atau cara kerja dropship langkah demi langkah supaya bila dah terjun ke bidang ni, langkahnya tak sia-sia malah dapat membantu mengatasi masalah kewangan anda ye.
By the way, catatan akak ni based on pengalaman akak sendiri selama lebih 3 tahun dalam bisnes dropship ni. Mungkin masih banyak kekurangannya sebab akak ni nobody pun .. masih belajar dan terus belajar selagi Allah pinjamkan masa dan kemampuan diri In Sha Allah.
Perniagaan atau bisnes dropship adalah satu konsep perniagaan tanpa modal dengan hanya memasarkan atau menjual produk orang lain tanpa menyimpan stock di rumah sendiri. Sebaik mendaftarkan diri dengan pembekal, anda akan dibekalkan dengan maklumat dan gambar produk.
Produk tersebut kemudiannya anda promosikan tak kiralah sama ada menggunakan akaun Facebook, Instagram, Twitter, Whatsapp, blog , media cetak, katalog atau apa-apa saja mengikut kupayaan anda sendiri. Kiranya lebih kurang macam orang tengah laa…
Apabila ada customer yang berminat, anda perlu berhubung dengan pembekal, confirmkan sama ada stock ada atau pun tidak. Jika ada, anda buat tempahan dengan supplier, dan pada masa sama dapatkan bayaran penuh harga produk termasuk kos pos dari pelanggan anda lalu transfer bayaran mengikut harga yang dipersetujui ( harga agen ) kepada supplier.
Nanti supplier atau pembekal anda akan uruskan semua hal seperti pembungkusan dan pengeposan produk. Anda tak perlu fikir nak cari bubble wrap, mana kotaknya atau bila nak pergi ke Poslaju untuk poskan tempahan. Anda boleh teruskan promosi untuk dapatkan pelanggan selanjutnya.
Secara ringkasnya, langkah demi langkah untuk menceburkan diri dalam bisnes dropship ni adalah seperti berikut :
Haa, sampai details macam tuh akak bagi . Ok adik manesss , ada faham kaa ..
Kalau tak faham lagi maksud dan konsep bisnes dropship ni, meh kita sama-sama lihat flow cara kerja bisnes dropship kat bawah ni ye.

Diharapkan entri panjang berjela ni dapat membantu memberi kefahaman yang jelas kepada anda tentang maksud dan konsep perniagaan dropship. Jika dirasakan bisnes ini sesuai untuk anda, tunggu apa lagi. Jom mulakan dari sekarang. Yeahhh !!
Nota kaki : Terdapat juga program dropship yang memerlukan bayaran pendaftaran / keahlian tahunan. Personally, kalau anda newbie pilihlah yang PERCUMA dahulu. Mengapa ? Tentu ada sebabnya kan..In Sha Allah nanti akak sediakan satu entri khas berkaitan ini. Tunggu ya

- Kenal pasti pihak pembekal yang menawarkan Program Dropship
- Berhubung dengan mereka ( biasanya melalui Whatsapp / Email ) untuk dapatkan info lanjut.
- Daftar diri sebagai agen dropship
- Kumpul maklumat, gambar dan harga produk
- Mulakan promosi dan dapatkan tempahan
- Submit tempahan kepada pembekal
- Dapatkan bayaran penuh dari pelanggan anda dan transfer bayaran ( pada harga agen ) kepada pembekal anda
- Pembekal akan uruskan pembungkusan dan penghantaran barang.
- Anda pula teruskan promosi , cari pelanggan lagi.
Haa, sampai details macam tuh akak bagi . Ok adik manesss , ada faham kaa ..
Kalau tak faham lagi maksud dan konsep bisnes dropship ni, meh kita sama-sama lihat flow cara kerja bisnes dropship kat bawah ni ye.

Diharapkan entri panjang berjela ni dapat membantu memberi kefahaman yang jelas kepada anda tentang maksud dan konsep perniagaan dropship. Jika dirasakan bisnes ini sesuai untuk anda, tunggu apa lagi. Jom mulakan dari sekarang. Yeahhh !!
Nota kaki : Terdapat juga program dropship yang memerlukan bayaran pendaftaran / keahlian tahunan. Personally, kalau anda newbie pilihlah yang PERCUMA dahulu. Mengapa ? Tentu ada sebabnya kan..In Sha Allah nanti akak sediakan satu entri khas berkaitan ini. Tunggu ya
1 Comments
cara paling mudah buat duit.. dropship
ReplyDelete