Ticker

6/recent/ticker-posts

Belenggu Beruang Kotak Pink

Belenggu Beruang Kotak Pink

Alhamdulillah, semalam dalam  kepayahan  ‘merajinkan diri’ selamat juga siapkan serawa pisang untuk hidangan petang.

Allahu …  hanya yang pernah melalui mood malas memasak saja  yang tahu betapa mencabarnya nak     memaksa diri untuk masuk ke dapur.

Serius okey . Apabila sampai satu peringkat umur  pada waktu-waktu dan keadaan tertentu sekali sekala akan timbul juga situasi macam ni. Tak tahu nak makan apa,  tak tahu nak masak apa dan betapa malasnya nak memasak.

Itu akak lah hihi. Mungkin korang tidak.

Belenggu Beruang Kotak Pink 🐼

Belenggu ni bermula pada PKP 2.0 lagi dan berlanjutan sehingga ke PKP 3.0. Aduhai jika dah terjerat, hanya yang melaluinya saja tahu sukar betul melepaskan  diri.

Seronoknya kerana boleh pilih itu dan ini. Apa sahaja dari cita rasa barat atau timur. Klik sikit tekan sikit sambil-sambil baring atas sofa, akhirnya apa yang diidamkan anak tekak pun sampai ke pintu rumah.

Sehari dua ok sahaja. Tapi kian lama sesak poket dibuatnya. Bayangkan berapa banyak $$$ mengalir terbazir begitu saja.  $$$ yang sepatutnya  menjadi simpanan   untuk hal-hal lebih berkepentingan, lebur begitu saja bahana nafsu & beruang kotak pink.

Bayangkan 1 biji double beef mac and cheese burger dan 3 biji double  crispy chicken burger nilainya RM 36 jika self pick up 5 kilometer dari rumah. Namun kerana minta jasa baik adik comel, tambah lagi RM32. Dari RM36 menjadi RM68 sekelip mata. Korang rasa !?

Owhhh bahana beruang kotak pink yer ?!

Opppppppsss ….oppppsss .   Nanti dulu.

Bukan meletakkan salah sang beruang ok. Salah silapnya daripada diri sendiri ok. Hundred percent salah sendiri ok. Yang kau  turutkan sangat nafsu tu kenapa?   Yang kau layankan sangat sikap malas tu dah kenapa ?

Hmm  dapat sesuatu  tak korang? 

Sebenarnya semua  atas diri sendiri.  Kita pengguna kita boleh memilih.Allah beri kita akal,gunakan.

Masa untuk berpatah balik. Masa untuk memperbetulkan. Spend untuk yang lebih berhak

Saat sulit  bakal muncul. Ubi kayu akan jadi semahal-mahal bahan makanan. Moral of the story - masaklah sendiri .

Change  before its too late.

Tuuuudia ……sekali, berterabur  😆😆                       

Post a Comment

0 Comments