Ticker

6/recent/ticker-posts

Senarai 10 e-Book Terlaris di Klikjer Dot Com

Senarai 10 e-book terlaris di Klikjer Dot Com

Dengan Bismillah ....

Senarai 10 e-book terlaris di Klikjer Dot Com ini merupakan update  2 hari lepas dari pihak Klikjer Dot Com ( Klikjer.Com ) sendiri melalui email kepada semua subscriber dan agent affiliate berdaftar di bawahnya.

Kalian pernah dengar atau terbaca tentang Klikjer tak ? Rasanya ramai yang dah tahu tentang Klikjer ni kan especially para internet marketer macam mokcik yang tengah menaip entry ni kan ( uhukk…uhukkk kononnnnnyerrr kihkihkih )

Ok,seriously hari ni nak bercerita sikit tentang Klikjer yang akak join since ..ntah tak ingat lah bila hihi. Ada lah dalam 7 tahun lepas macam tu kot jika tak silap. Masa tu mula berjinak-jinak dengan penulisan blog dan internet marketing.

Klikjer ni ditubuhkan pada 2008 dengan fokus kepada penjualan produk digital ( e-book ). Ramai affiliates berada di sini untuk menjana pendapatan secara online tanpa modal.

Tak nak bercerita panjang tentang Klikjer ni sebab korang boleh lihatnya sendiri disini.

Yang nak akak highlight kan di sini ialah tentang 10 e-book terbaik yang menjadi pilihan ramai di luar sana untuk bulan pertama bagi Tahun 2021 yang serba mencabar ni.

Panduan Bisnes Shopee e-book paling hot masa kini





















Tentu ada sebab mengapa daripada 42 e-book yang terdapat di Klikjer ni, 10 daripadanya menjadi 10 e-book terlaris di Klikjer Dot Com sepanjang bulan Januari ini. Selain daripada aktiviti promosi yang bersungguh-sungguh oleh para affiliates, pasti ada sebab dan faktor yang kuat mengapa ia menjadi pilihan ramai.

Kalian fikir kenapa ?

Ya, tak lain tak bukan ia berkait rapat dengan pandemik COVID-19 yang sehingga ke saat ini tak nampak lagi kesudahannya.

Seperti diketahui umum, pandemik ni memberi impak yang kuat kepada kita semua.Ramai yang terjejas kehidupannya. Hilang pekerjaan atau sumber pendapatan apabila banyaknya perniagaan gulung tikar, syarikat-syarikat mengecilkan bilangan kaki tangan sementelah pada masa sama kos sara hidup terus meningkat. Sedihnya Ya Allah … namun inilah realitinya. Nasib kita yang masih punya pekerjaan ni pun belum tentu perjalanannya.

Mereka yang terjejas ini perlu cari jalan keluar,perlu cari sumber lain untuk kelangsungan hidup. Ada anak yang perlukan susu. Pampers dan pakaian perlu ditukar.Yang bersekolah perlu terus kan pengajian. Ibu bapa di kampung yang uzur perlu terus dibiayai. Sewa rumah perlu dibayar kalau tak mahu dihalau keluar…

Pendek kata,semuanya menjadi sukar.  Suka atau tidak perlu cari alternatif  lain. Tak pernah langsung berniaga,namun sekarang mungkin itu lah jalan keluarnya. Zero pengetahuan tentang berniaga makanan, mungkin sekarang lah masanya  untuk jadi berani dan  mencubanya.

Untuk memulakan semua ini,tentu sahaja perlukan ilmu perlukan panduan. Di sinilah mulanya ..

Nampak tak kalian , satu kejadian membawa  kepada perkara yang lain. Betapa Allah yang  Maha Esa lah yang mengatur segala-galanya.

Moga senarai 10 e-book terlaris ini  memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Sekaligus memberi nafas baru untuk meneruskan kehidupan

Oh ya, untuk yang mahu jadi affiliate produk Klikjer, bolehlah daftar segera. Jangan gundah, sehingga saat ni, pendaftaran sebagai agen affiliate Klikjer adalah percuma sahaja .

Ini sekadar sharing tentang peluang-peluang yang ada. Kalau ia membawa kebaikan dan membuka lembaran rezeki yang baru buat kalian,mudah-mudahan dapatlah sedikit pahala untuk akak bawa ke negeri akhirat.


Jaga diri ok,jangan putus harapan.


 

  

Post a Comment

0 Comments