Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Kerabu Megi Mudah Mode PKP

Resepi Kerabu Megi Mudah Mode PKP

Resepi Kerabu Megi Mudah Mode PKP ….hahah tudiaaaaa. Tajuk memang tak terkalah kan aiseyyyh

Sebenarnya kan, nak ambil balik mood menulis ni bukannya senang. Apa lagi kalau kau dah mula rasa suam-suam kuku bab blog memblog ni.

Adoihhhh memang sakit lah tau tak nak memaksa diri ni ..

Ok, hari ni saya share Resepi Kerabu Megi Mudah Mode PKP je lah ye. Awal-awal lagi cakap kalian, ini kerabu megi yang diolah sesuai dengan keadaan kita sekarang ya. Mode PKP, nak cari barang pun susah, nak keluar pulak mesti dalam radius 10 km je tak boleh lebih-lebih ….sooooo kita guna apa bahan yang ada sahaja kat dalam fridge tu.

In Sha Allah ,kalau disediakan dengan penuh kasih sayang, yang tak cukup bahan itu ini pun tetap terasa sedap. Aicewahhhh gitewwwww …

Ok,jomlah tengok apa bahan yang diperlukan untuk membuat kerabu megi setaraf dengan yang kalian selalu beli kat pasar malam atau restoran Thai tu.

Kerabu Megi
Kerabu Megi kurang meriah :D

Kerabu Megi
Ini gambar kerabu megi yang dah lama buat. Peram punya peram tak publish-publish . Masa ni guna Maggi biasa sahaja sebab tak ada megi Serda


Bahan-bahan

  • 2 pek megi SERDA macam yang kat gambar di bawah ni
  • Bebola ikan (optional )
  • Filamen ketam (optional )
  • Udang / Sotong  - dibersihkan dan dipotong (optional )
  • Sosej ayam ( optional )
  • Kaki ayam ( optional -opkos laa yang sudah diproses tinggal nak masak je tu )
  • Kulat putih ( kulat kerabu – pun optional )
  • Tomato ceri
  • Kobis ungu ( dibersihkan dan dipotong memanjang halus-halus )
  • Daun ketumbar
  • Cili api
  • Limau Kasturi ( boleh digantikan dengan limau nipis,lemon atau cuka )
  • Satu  sudu teh sos sotong ( bergantung kepada portion korang )
  • Garam dan serbuk perasa – jika perlu



Cara-cara Membuat Kerabu Megi Yang Sedap

  • Ok untuk resepi kerabu megi mode pkp ni , lauk pauknya saya hanya gunakan beberapa bahan sahaja seperti bebola ikan, crab stick ( filamen ketam ),sotong. Dah itu je yang ada kan .. Kalian boleh je masukkan bahan-bahan lain sesuai dengan tekak kalian. Ehh kan kita yang buat dia, apa susah .. !
  • First semua bahan lauk -pauk tu termasuk kulat putih tu dicelur dalam air mendidih untuk beberapa ketika. Dah yakin masak dan hilang hanyirnya,angkat dan toskan tetapi air rebusannya tadi jangan dibuang sebab nanti nak digunakan untuk mencelur megi SERDA pula. Udang boleh dibuang kulit dan ketepikan semua.
  • Dalam periuk yang sama tadi, celur pula megi Serda sehingga agak kembang. Angkat dan toskan. Simpan sedikit air rebusan tadi dalam anggaran suku cawan untuk digunakan nanti.
  • Dalam mangkuk lain, gaul perencah atau serbuk perasa megi Serda tadi sehingga sebati.
  • Masukkan sedikit sahaja air rebusan tadi ke dalam mangkuk perencah. Masukkan juga satu sudu kecil sos sotong dan perahan air limau kasturi secukup rasa ( Saya gunakan perahan lemon sahaja ).
  • Masukkan bahan lauk-pauk tadi termasuk tomato ceri ,daun ketumbar ,cili api dan  hirisan kobis ungu lalu kacau hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan megi Serda dan kacau sehingga semua adunan bercampur aduk.

Siap. Sekejap je dan mudah sangat kan

Kenapa nak masukkan air rebusan? Logiknya untuk memberikan sedikit kelembapan kepada kerabu megi tersebut agar tidak terasa kering.

Kenapa saya tidak masukkan garam dan serbuk perasa lain ? Sebabnya, perencah megi Serda itu sendiri sudah cukup memberikan rasa masin,manis dan pedas. Lain lah jika kalian memang jenis yang suka makan masin, maka ada logiknya untuk ditambah lagi garam dan serbuk perasa. Tapi jangan lupa yaaa, masin sangat tu bahaya. Tergolek kalian nanti darah naik mencanak …haaa makan, makan juga lah tapi kesihatan tetap kena jaga.

Lagi satu yang kalian perlu tahu, perencah megi Serda ni agak pedas. Jadi bagi yang jenis tak tahan pedas, boleh kurangkan penggunaan perencah tersebut.

Ok, mudah je kan cara membuat kerabu megi yang rasanya sebijik macam yang dijual di restoran-restoran yang kalian selalu pergi tu.

Selamat mencuba😊

Post a Comment

0 Comments