Ticker

6/recent/ticker-posts

Menu Ringkas Bubur Nasi. Campak-campak Terus Jadi

Menu Ringkas Bubur Nasi. Campak-campak Terus Jadi

Gituuuu …

Tajuk tak boleh blah kan tapi apa nak buat. Konon nak tarik perhatian readers  macam tu lah kekdahnya .. Hihih kekdah laa sangat.

Sebenarnya menu bubur nasi ni, bukanlah resepi yang kerap dibuat di rumah memandangkan tak ramai peminatnya. 2 teruna dan bapa teruna kat rumah tu bukanlah peminat menu berkuah atau hidangan  yang lembik-lembik macam ni. ( Hmmm,memang kebanyakan orang  lelaki macam ni ke 😕)

Berbeza dengan mak ,arwah ayah dan adik saya yang memang gemar bubur nasi,apatah lagi yang ala-ala bubur lambuk Terengganu.

RESEPI BROWNIES BAPA BROWNIES KEBANGSAAN

Di Utara ni,bubur nasi dikenali sebagai moi. Pernah dengar kan ? Ada beberapa  versi moi iaitu yang dimakan dengan kuah sup atau dipanggil moi sup dan satu versi lagi yang mirip bubur lambuk. Siap diperisakan dengan segala jenis bahan di dalamnya seperti isi ayam, bebola ikan, daging dan sebagainya. Ada juga yang dimakan dengan kicap sahaja. Dan teringat semasa kecil dahulu ada dalam kalangan orang tua yang makan moi ini diperisakan dengan hanya gula dan garam sahaja. Memang rare uolls !

Apa pun ia, moi atau bubur nasi merupakan menu yang bagus disediakan untuk pesakit yang baru hendak pulih daripada sesuatu penyakit di mana selera makan mereka mungkin hilang dan menjadi punca kurangnya tenaga. Tiada tenaga atau sumber makanan berkhasiat,mana mungkin tubuh dapat pulih dengan cepat kepada keadaan asal.

Kanak-kanak yang pulih dari demam atau wanita dalam berpantang pun makan moi atau bubur nasi juga kan.

RESEPI VIRAL PALING AGUNG

Cara memasak moi atau bubur nasi ni mungkin berbeza antara satu sama lain. Masing-masing ada acara tersendiri kan.

Bagi adik-adik  dan kakak-kakak yang jenis tak pandai memasak macam saya ni 😜 ,kalian boleh cuba menu ringkas bubur nasi yang main campak-campak terus jadi ni. Bubur nasi ni tanpa tumis tau .. In Sha Allah,sedap je rasanya macam yang dibuat oleh orang lain.

 

Bubur Nasi Ringkas
Close up sikit :D 

Menu Bubur Nasi Ringkas  Tanpa Perlu Tumis
Menu Ringkas Bubur Nasi. Campak-campak terus jadi 

Ok,terus kepada bahan-bahan untuk memasak bubur nasi.

  • 3 cawan beras
  • Daging lembu ( terpulang jumlahnya,banyak atau sedikit ) dipotong,dibersih dan ditoskan. Ini optional yer. Boleh saja digantikan denga isi ayam, udang,sotong dan sebagainya yang sesuai.
  • 1-2 batang serai diketuk
  • 1 cm halia – dimayang halus
  • 1 Sup Bunjut Adabi atau sebarang brand lain. Jika tiada,boleh sahaja gantikan dengan kulit kayu manis,bunga lawang dan  bunga cengkih
  • 2-3 ulas bawang putih -diketuk
  • 1 kiub pati ayam brand Maggi , Knoor atau sebarang brand lain.
  • 1 kotak santan brand Ayam Brand . Brand lain pun boleh jika tiada santan segar.
  • 1 sudu makan Planta
  • 2 sudu makan lada hitam yang ditumbuk halus
  • Semangkuk kecil cendawan butang dan shitake  yang sudah dipotong dan direndam ( optional )
  • Air secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Chilli flakes ( optional )
  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • Lobak masin
  • Bilis goreng
  • Telur Asin

Cara Penyediaan

  • Cara penyediaan menu bubur nasi ini ringkas dan sangat mudah. Seperti dinyatakan tadi. Campak-campak je, In Sha Allah terus jadi . Kalau tak jadi jugak, campak terus dalam tong sampah. Haishhh ...kikiki
  • Bilas beras dengan air bersih sebanyak 3 kali dan masukkan ke dalam periuk bersama air. Saya gunakan rice cooker je untuk penyediaan yang lebih cepat. Cuma jika kalian gunakan rice cooker, mesti pantau lebih kerap . Takut kalau-kalau sedar je, dah kering jadi nasi.
  • Masukkan serai,halia,bunjut sup dan daging. Renehkan  hingga kembang ,ulang masukkan air sehingga  beras mulai hancur.
  • Masukkan cendawan,kiub pati ayam dan lada hitam dan tunggu sehingga beras semakin kembang dan hancur.
  • Masukkan santan ,planta ,garam dan serbuk perasa. Tunggu sehingga mendidih dan matikan api.
  • Siap !

Apabila tiba masa menghidang,taburkan  bawang goreng,chili flakes, filamen ketam,daun sup, bilis goreng, lobak masin yang sudah dicelur dan sebagainya mengikut kesukaan dan kreativiti  masing-masing.

Nampak tak…senang sahaja memasak bubur nasi.

Dah tahu cara dan resepi bubur nasi …apa tunggu lagi. Cuba,mesti jadi lah.

Post a Comment

0 Comments