Ticker

6/recent/ticker-posts

Hal Kecil Usah Dipandang Remeh : Persediaan Masuk Sekolah

Hal kecil usah dipandang remeh : Persediaan Masuk Sekolah

Lain orang lain cara berfikirnya. Ada sesetengah orang yang berpendapat,jangan suka fokus hal-hal kecil kerana hal-hal besar lebih penting dan patut diutamakan. Mungkin kerana hal-hal yang besar itu nampaknya lebih jelas dan kesannya pun lebih terasa.

Namun jangan lupa,sampan yang halus lubang bocornya tetap boleh menenggelamkan dan meragut nyawa !
Persediaan Masuk Sekolah PKPP


Aduhai, tiba-tiba berfalsafah pujangga pula.

Sebenarnya Kak Zaza bercakap tentang persediaan masuk sekolah anak-anak kita terutama sekali yang di sekolah rendah pada minggu hadapan ( Rabu 15 Julai 2020 bagi Tahun 5 & 6 ) diikuti anak-anak Tahun 1 sehingga Tahun 4 sepenuhnya pada 22 Julai 2020, In Sha Allah.

Hal-hal sekecil pensel sebatang, gunting sebilah , sebentuk pemadam mahu pun sekotak pensel warna adalah hal kecil yang perlu mak-mak masukkan dalam check list ye. Jangan sesekali lupa atau pandang mudah perkara begini.

Bukannya nak memandai pun, tapi Kak Zaza bercakap atas pengalaman.

Semua ibu sedia maklum rasanya yang banyak aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid sekolah rendah Tahap 1 khasnya, melibatkan aktiviti mewarna, menggunting dan menampal. Aktiviti-aktiviti ini memerlukan murid menggunakan pensel warna, gunting dan gam pastinya.

Apa berlaku sekiranya anak-anak ini nanti kita bekalkan tanpa alatan tulis yang secukupnya ?

Tidakkah mereka akan cuba bergerak ke meja kawan-kawan lain untuk meminjam gunting, pensel warna dan sebagainya ? Tidakkah akan berlaku pelanggaran SOP social distancing, sentuhan dan sebagainya di situ sedang pihak sekolah berhari-hari melakukan persediaan rapi , sanitizing sana sini, labelling bagai nak rak bagi mengelakkan risiko jangkitan dan penyebaran semula virus COVID-19 ini.

Boleh mak-mak bayangkan situasi ini tak ? Boleh bayangkan anak-anak Tahun 1 kita menghadapi situasi ini ? Dan kalau mak-mak nak tahu, anak-anak Tahun ni kalau nak meminjam pensel warna kawan-kawannya, dia tak akan pinjam dengan rakan sebelah kanan atau kirinya. Dorang akan cari yang jauh, pinjam dengan kawan yang nun di hujung sana . Kemudian nak pinjam gunting pula, pun pastinya dengan kawan yang nun di belakang sana 😛😛. Boleh mak-mak bayangkan apa berlaku , apa risiko terhadap anak-anak ini ?

So please mak-mak yang prihatin dan sayangkan nyawa anak-anak. Sediakan lah alatan tulis ni selengkapnya demi keselamatan dan kemudahan anak-anak.

Bukan nak memandai pun apalagi nak mengajar mak-mak yang lebih arif ni. Kak Zaza sekadar mahu mengingatkan agar anak yang kita hantar paginya pergi  dengan sihat,jangan sampai pulang bawa jangkitan kepada ahli keluarga yang lain.

Kita semua tahu kan, yang COVID-19 ini wabak yang tidak dapat dilihat. Mungkin saja ia reda seketika, namun dalam senyap berevolusi dan merebak dalam cara yang tidak kita ketahui. Siapa tahu kan.

So mak-mak, please ! Sediakan alat tulis dan alatan persekolahan lain secukupnya. Jangan pandang mudah. Hal-hal kecil boleh membawa kepada perubahan  yang besar.


#staysafe
#kitajagakita


Post a Comment

0 Comments