Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Tom Yam Seafood Simple Guna Pes Tom Yam Adabi dan Kiub Tom Yam Maggi

Resepi Tom Yam Seafood Simple Guna Pes Tom Yam Adabi dan Kiub Tom Yam Maggi

Salam Syawal PKP ke-12. Mohon maaf kepada semua pembaca atas segala keterlanjuran bicara dan kesatnya bahasa jika ada sepanjang kalian singgah ke sini.

Lama sungguh naa tak update blog hihi. So pagi ni paksa juga lah jari jemari ni untuk ketuk-ketuk keyboard lappy yang nampak macam tak lama dah nak kena masuk workshop. Kejap-kejap hang,kejap-kejap hilang sound.. waduhhh 😓

Sedap !!

Itu komen Hafiy . Budak seketul ni mana ada benda yang tak sedap. Semua yang boleh masuk tekaknya sedap belaka. Tengok size laa hokey kikiki.

Tom Yam seafood tanpa susu

tom yam simple guna pes tom yam Adabi

Resepi Tom Yam Simple Guna Pes Tom Yam Adabi dan Kiub Tom Yam Maggi ni sebenarnya resepi tom yam biasa macam yang korang selalu buat tu je. Tapi memandangkan ahkak ni suka masak tom yam putih yang dimasukkan susu cair, jadi bila buat tom yam yang simple cenggini jadi macam luar biasa la pulak bagi mamat seketul tu.

Mama, sebijik dah ni rasa macam tom yam Rosnani Tomyam yang kita selalu order tu. Ishhh, over claimed pulak ko nak 😝...

Rosnani Tomyam ni sebenarnya sebuah restoran makanan Thai yang terletak tak jauh dari rumah kami. Tak sampai 2 kilometer pun jaraknya. Selalu sangatlah calling-calling mengorder je apabila terasa nak makan tom yam , somtam ke, kerabu sotong ke ... dan ahkak ni kalau korang nak tau adalah sejenis yang tak suka makan kat kedai yang lokasinya dekat rumah. Malu nanti terserempak ngan orang kampung kononnya. Asik-asik muka ko jer kat situ ... haa perasaan begitulah. Padahal tak ada sape pun nak peduli. Kenal ko pun tidak kot huhuhu

Kebetulan last day puasa enam hari Ahad baru ni rasa macam jemu dah nak masak ( jemu manjang ... ), jadi ahkak order lah set makan 4 orang kat restoran tu. Ada  tomyam seafood  dengan siakap 3 rasa.Pastu rasa macam tak puas makan pulak tomyam seafood tu, so apalagi next daynya masak sendiri lah Resepi Tom Yam Simple Guna Pes Tom Yam Adabi dan Kiub Tom Yam Maggi ni.

Hahaha .. tayang sikit sotong celup tepung sekali :P

Lets tengok apa bahan dan cara penyediaannya ok.

Bahan-bahan :
  • Sotong yang sudah dipotong dan dibersihkan  ( suka ati lah nak letak banyak mana pun )
  • Udang dibuang kepala dan ekor dan dibersihkan ( ni pun sama jugak nak masuk berapa ekor )
  • Semangkuk cendawan - dibersih dan dicarikkan sebelum ditos.
  • Sedikit lengkuas - diketuk.
  • 3 batang serai - diketuk
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • Sedikit cuka makan ( stok limau nipis habis jadi hakak guna cuka. Boleh juga gantikan dengan 1 @ 2 asam keping )
  • 3 - 5 cili padi -diketuk
  • 4-5 helai daun limau purut 
  • 1 batang carrot - suka ati nak potong bulat atau memanjang
  • 1 biji tomato - dibelah 4 atau 6
  • 1 biji bawang besar @ bawang holand - dipotong kasar
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Air secukupnya
  • 2 sachet pes tom yam Adabi
  • 1 kiub tom yam Maggi
  • Garam dan serbuk perasa
Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak dalam periuk ( akak letak sedikit saje sebab tak nak kuahnya  berminyak )
  2. Tumis serai dan lengkuas dahulu sehingga naik bau baru masukkan bawang putih  dan cili padi ( bawang putih tu tumis sekejap sahaja supaya tidak hangit. Once hangit, menjejaskan bau dan rasa tom yam )
  3. Masukkan pes tom yam Adabi dan kacau sebentar.
  4. Masukkan sotong dan udang, kacau lagi.
  5. Masukkan air sesuai dengan size hidangan korang. Biarkan mendidih.
  6. Dah mendidih, masukkan kiub tom yam brand Maggi, garam dan serbuk perasa secukupnya, cuka beserta bawang holand, carrot dan daun limau purut.
  7. Sejurus sebelum matikan api masukkan cendawan dan tomato . 

Siap tom yam yang simple , tak ada meriah-meriah pun dengan fish cake bagai.. tapi sedap rasanya ..In Sha Allah.

Selamat mencuba.

Post a Comment

0 Comments