Ticker

6/recent/ticker-posts

4 Langkah Mudah Buat Terung Celup Tepung Untuk Hidangan Berbuka Puasa

4 Langkah Mudah Buat Terung Celup Tepung Untuk Hidangan Berbuka Puasa

Salam & selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW

Ada yang bercadang nak gunakan buah terung sebagai menu berbuka tak untuk hari ni tapi tak tahu nak masak apa ?

Kalau ini masalahnya jom cuba 4 langkah mudah buat terung celup tepung untuk hidangan berbuka puasa nanti. In Sha Allah, bagi yang sukakan keledek, rasanya akan suka juga dengan terung celup tepung ni kerana rasanya yang hampir sama. Ni pada pandangan dan rasa tekak akak laa ..

4 langkah mudah buat terung celup tepung

Sebelum kita bercerita pasal 4 langkah mudah  nak buat terung celup tepung ni, nak tanya sikit ..Biasanya kat tempat korang tu, terung biasanya dimasak apa ? Nak tahu lah jugak kan sebab biasanya setiap tempat tu berbeza budaya termasuk dari segi makanan juga .

Kalau di sebelah Utara ni, menu berkaitan terung ni boleh tahan juga banyaknya. Yang popular tu biasanya pajeri terung, gulai ikan kering bersama terung, terung masak lemak, sayur manis bayam dicampur rebung dan terung, terung berlada,terung goreng kunyit dan sebagainya. Terung direbus atau dibakar pun popular sebagai ulam-ulaman.

Buah ( tapi dikelaskan sebagai sayur-sayuran ) berwarna ungu dan hijau ni kalau korang nak tahu,ia berasal dari India dan Sri Lanka tau. Opss, bila sebut India ni teringat satu lagi menu terung iaitu dalca. Kan kat kedai mamak dalca ni menu yang boleh dikatakan wajib ada. Tertinggal list pulak tadi heeee ..

Bila sebut terung ni , mak akak biasanya cuba ngelak dari memakannya. Katanya angin ni ..bukan mak akak je cakap tapi mostly orang tua-tua pangkat mak-mak atau nenek kita ni pun cakap terung ni berangin . Tak sesuai untuk orang baru beranak atau yang selalu lenguh-lenguh sakit urat dan kembung perut. Not sure pulak pasal apa ... so jangan ditanya huhuhu.

Apapun, sama macam tumbuhan lain, terung pun banyak khasiatnya.Kaya serat,rendah kandungan kolesterol,kaya zat besi dan katanya mampu membantu kurangkan ketagihan merokok. Wowww, macam tu pulak ye. Tak percaya betapa banyaknya khasiat terung korang boleh baca sampai habis kat sini.



Kredit : GOOGLE Images
Ini kalau direnungkan, betapa besar kekuasan Allah. Setiap yang tumbuh ada kebaikannya untuk kita manusia ni. Alhamdulillah, Subhanallah ...Maha Suci Allah

Ok berbalik kepada 4 langkah mudah buat terung celup tepung tadi, jom tengok bahan apa yang diperlukan dan bagaimana nak membuatnya.

Bahan-bahan Terung Celup Tepung
  • Sebiji buah terung ungu ( yang panjang,bukan yang bulat tu ) – dibersihkan,dipotong nipis dan disimpan sekejap dalam peti sejuk sementara menunggu bancuhan tepung siap
  • Semangkuk kecil tepung gandum – bersesuaian dengan banyak mana terungnya
  • 1 biji telur ayam
  • Sedikit air
  • Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara Penyediaan Terung Celup Tepung
  1. Bancuh tepung gandum dengan sedikit air – jangan sampai cair kerana nanti akan dimasukkan telur pula
  2. Masukkan telur,garam dan lada sulah secukupnya
  3. Panaskan minyak di dalam kuali
  4. Celup kepingan terung ke dalam bancuhan tepung tadi dan goreng. Balik-balikkan ye

Siap ! Ok, itu je 4 langkah buat terung celup tepung untuk hidangan berbuka puasa atau bila-bila je lah.

Macam akak ni, terung celup tepung ni anak akak si abang ni yang gorengkan sekitar 30- 40 minit sebelum berbuka. Katanya supaya dapat makan rangup-rangup dan panas.

Haha kalau nak tahu, sepanjang 8 hari kita berpuasa ni .. 5 kali dah si chef yang tengah bercuti PKP dari latihan industri ( LI ) ni goreng terung celup tepung untuk berbuka. Yang boleh tersuka dan terminat dengan resepi ni pun asalnya sebab dialah yang rajin menonton video masakan kat YouTube. Kalau harapkan akak, hmmmm .... 😬

Ok, dah tahu cara nak buat terung celup ni, bolehlah segera cuba ye. Tak cuba tak tahu laa sedap ke idok ..

Post a Comment

0 Comments