Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Udang Goreng Kunyit Paling Mudah dan Menyelerakan

Resepi Udang Goreng Kunyit Paling Mudah dan Menyelerakan 

Baru nak cukup sebulan cuti PKP dah pening tak ada idea nak masak apa. Macam mana lah agaknya keadaan suri rumah sepenuh rasa kalau kita yang bekerjaya ni pun cuti kejap je dah rasa begitu ... kan.

Betul lah kata orang,jangan pandang rendah pada suri rumah sepenuh masa. Cabaran mereka sangat besar dan memenatkan. Macam-macam hal perlu ditangani sebijaksana mungkin bagi memastikan semua tugasan dapat diselesaikan pada masa yang tepat... jadi gais, lepas ni ubahlah persepsi tentang tugas dan tekanan yang dihadapi oleh suri rumah. Hormatilah mereka 😇

Ok untuk PKP day- 26 ni, akak nak share satu resepi yang cukup mudah iaitu resepi udang goreng kunyit paling mudah dan menyelerakan. Resepi ni sangat biasa ,sangat mudah dibuat even oleh budak sekolah rendah pun tak menjadi masalah, In Sha Allah.

Jom, tak nak bebel panjang moh kita tengok apa bahan yang digunakan dan bagaimana cara menyediakan Udang Goreng Kunyit Paling Mudah dan Menyelerakan.




Resepi udang goreng kunyit - abaikan comot-comot pada mangkuk tu haha

Bahan Resepi Udang Goreng Kunyit Paling Mudah dan Menyelerakan

  • 1 mangkuk udang basah yang siap dibuang kepala dan ekornya
  • 1 batang daun saderi – dipotong menyerong
  • 3 ulas bawang merah – ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 1 biji bawang besar atau bawang holand – dipotong bulat
  • 1 batang lobak merah – dipotong bulat atau panjang
  • 1 biji cili merah – dipotong menyerong
  • Sedikit minyak masak untuk menumis. Boleh gantikan dengan planta jika suka
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam halus dan serbuk perasa secukupnya
Cara Penyediaan
  1. Udang dilumur dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya
  2. Panaskan 4 sudu besar planta
  3. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau dan berwarna kekuningan
  4. Masukkan udang dan kacau
  5. Setelah udang masak, masukkan daun saderi,cili, lobak merah dan bawang holand
  6. Perisakan dengan serbuk perisa secukupnya

Ok siap sudah Resepi Udang Goreng Kunyit Paling Mudah dan Menyelerakan.

Memang cukup mudah untuk menyediakannya dan rasa menu ini tidak mendatangkan mual walau pun diambil dalam kuantiti yang banyak, tidak seperti sesetengah menu yang kalau dimakan banyak-banyak boleh mendatangkan rasa mual atau loya.

Cuma perlu diingat, udang adalah makanan laut yang termasuk dalam senarai berkolesterol tinggi. Jadi hadkan kuantitinya dalam seminggu kalau tak mahu diserang darah dan kolesterol tinggi.




Post a Comment

0 Comments