Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Sizzling Yee Mee Hot Plate : Cuba Buat Sendiri Di Rumah ,Mudah Sahaja Rupanya

Resepi Sizzling Yee Mee Hot Plate : Cuba Buat Sendiri Di Rumah ,Mudah Sahaja Rupanya

Kali pertama kami sekeluarga makan Sizzling Yee Mee Hot Plate ni adalah ketika bercuti ke Tambun Lost World. Hahah ni masa budak 2 ketul tu kecik-kecik lagi. Kiranya lama benar dah ceritanya ni.

Dan yang selepas-selepas tu biasanya makan kat Food Court TESCO Mergong je. Asal ke TESCO je mesti makan Yee Mee Hot Plate. Asal Yee Mee Hot Plate jer mesti nak kene gi TESCO hehe adoihhh laa ..

Sehari sebelum Ramadhan 2020, Hafiy request nak makan sizzling. Kan dah cakap asal Yee Mee Hot Plate  jer nak kene lah gi TESCO..tapi ni kan PKP time. Habis camno ?

Ini yang boleh timbul idea masak sendiri lah Sizzling Yee Mee Hot Plate tu . Siap pesan pada abah nanti kalau nak keluar cari barang dapur ,belikan sekali minyak bijan, cendawan shitake kering dengan Yee Mee.

Rupanya dalam diam-diam tu gigih dia mencari resepi bagaimana nak buat sizzling Yee Mee Hot Plate. Serius nak cuba masak sendiri katanya sebab rasa macam mengidam sangat nak makan Sizzling Yee mee

Lastly tercapai juga hasrat budak 2 beradik tu nak makan Yee Mee Hot Plate.

Resepi Sizzling Yee Mee Hot Plate : Cuba Buat Sendiri Di Rumah ,Mudah Sahaja Rupanya
Sizzling Yee Mee Hot Plate siap hidang ... telur tak jadi gedik hihi

Sizzling Yee Mee Hot Plate
Ini pic atas dapur


Amacam nampak real tak pic atas tu. Ni hasil masakan anak teruna akak.. akak bantu mana yang patut je. Beri arahan apa nak masukkan, apa nak buat... macam tu je lah.

Sebenarnya 2 beradik ni walaupun lelaki, akak latih juga untuk biasakan diri di dapur. Kena belajar berdikari, kena belajar uruskan rumah tangga juga sebab kita tak tahu perubahan-perubahan yang berlaku pada masa hadapan. Statement yang kerja di dapur ni kerja orang perempuan dah tak boleh nak pakai sangat dah. Masa berubah, gaya hidup pun berubah kan ! So, please open your mind widely. Gitewww...

Ok, di sini ada resepi sizzling Yee Mee Hot Plate tapi tanpa menggunakan hot plate  yang mudah bagi korang yang terasa nak mencuba buat sendiri. In Sha Allah semua orang pun boleh buat. Jomm cuba Resepi Sizzling Yee Mee Hot Plate : Cuba Buat Sendiri Di Rumah ,Mudah Sahaja Rupanya

Bahan-bahan Resepi Sizzling Yee Mee Hot Plate

  • 3-5 ulas bawang putih dipotong dadu
  • 5-10 tangkai cili kering dipotong , dibersihkan dan ditos . Jumlah boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kesukaan
  • Sedikit halia dimayang halus
  • Isi ayam secukupnya
  • Cendawan shitake kering – dipotong, direndam dan ditoskan
  • Sawi secukupnya – dibersihkan dan dipotong
  • Telur ayam
  • 1 peket Yee Mee kering
  • Sos lada hitam secukupnya agak-agak sesuai dengan size hidangan
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • Kicap cair & kicap manis - pun sama,agak-agak secukupnya
  • Minyak bijan
  • Kiub pati ayam dan bahan perisa
  • 2-3 sudu makan tepung jagung bergantung kepada kepekatan yang korang nak
  • 6 cawan air 
  • Garam dan serbuk perasa

Cara-cara Memasak Sizzling Yee Mee Tanpa Menggunakan Hot Plate

  1. Panaskan minyak bijan dalam periuk – akak gunakan minyak masak biasa sahaja. Mana nak cari musim pkp minyak bijan kalau dok kat kampung macam ni
  2. Tumis bawang putih, serbuk lada hitam dan cili kering sehingga kekuningan dan naik baunya
  3. Masukkan isi ayam,kacau rata seketika
  4. Masukkan 6 cawan air - ini bergantung dengan size hidangan korang. Biarkan hampir mendidih
  5. Masukkan sos lada hitam, kicap cair dan kicap manis. Akak guna kicap pekat lemak manis brand LADAS je sebab kicap Cap Kipas Udang favourite sekeluarga ni pun habis. Kicap cair pun tak ada.
  6. Setelah mendidih masukkan cendawan shitake dan kiub pati ayam
  7. Tunggu sehingga cendawan masak lalu perisakan dan masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuahnya. Ini pun terpulang kepada cita rasa masing-masing nak sepekat mana.
  8. Kuah Yee Mee ni kami sediakan awal.
  9. Tiba masa nak makan nanti sendukkan kuah ke dalam frying pan atau alatan sesuai untuk gantikan hot plate tu. Didihkan.
  10. Semasa kuah mendidih,masukkan 1 ketul Yee Mee. Biarkan Yee Mee dalam lebih kurang 1-2 minit barulah masukkan sawi dan telur. Segera matikan api.
  11. Ulang langkah ini untuk sepinggan lagi Yee Mee Hot Plate.

Siap sudah Resepi Sizzling Yee Mee Hot Plate : Cuba Buat Sendiri Di Rumah,Mudah Sahaja Rupanya

Alhamdulillah, rasa sizzling Yee Mee  home made ni sama sahaja seperti Yee Mee hot plate kat luar. Walau pun first time buat sendiri, rasanya sangat sedap dan memenuhi kehendak hihi.

Mak-mak, rakan pembaca blog yang jenis suka makan sizzling ni boleh mencubanya sendiri nanti.

Selamat berpuasa. Happy cooking










Post a Comment

0 Comments