Ticker

6/recent/ticker-posts

Review Buku Siri Pantas Membaca

Tempoh sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) akibat daripada penularan wabak COVID-19 ini akak percaya adalah merupakan satu tempoh yang sukar bagi semua pihak tak kira siapa pun mereka. Betul tak korang ..

Lebih ketara bagi semua frontliners yang bertungkus lumus untuk memastikan wabak ini dapat dihentikan secepat yang boleh agar kehidupan kita berjalan semula seperti hari-hari sebelumnya.

Daripada pembacaan di socmed, kita pun tahu kan yang cabaran  digalas oleh mereka sangat besar sehingga pada satu-satu masa koyak juga mental mereka apabila keperluan negara mengatasi keperluan peribadi. Jadi berhentilah melontarkan kata-kata tidak wajar yang langsung tak membantu pun dalam mengatasi kesulitan saat ini.

Belajarlah untuk bersyukur dan berterima kasih atas susah payah dan jerih perit mereka.

Di pihak kami yang bekerja sebagai guru ni pun sebenarnya tak terkecuali daripada dinista dengan macam-macam tohmahan seperti mana yang korang baca di Fb atau group Whatsapp. Tak perlu lah nak diulas balik kata-kata tidak senang yang dilontarkan oleh pihak tertentu kerana kami lebih tahu apa yang kami hadapi saat ini.

Kami diarahkan memantau perkembangan murid , memberi latihan dalam bentuk online. Menggunakan apa saja medium yang relevan dan boleh digunapakai. Semua aktiviti perlu direkodkan agar dapat dijadikan bahan untuk pentaksiran sebaik semua ini berakhir. Jangan fikir kami bercuti sambil makan gaji buta !

Whooopps hahaha 😂😂. Emo tak terbendung kih3x

Apa kaitan pulak laa dengan tajuk entri review buku siri pantas membaca kali ni.

Sebenarnya ..

Sebenar yang sebenar-benarnya kami perlukan sokongan dan kerjasama daripada parents untuk "mengambil alih " sementara tugas-tugas mengajar anak membaca ,menulis dan mengira dalam keadaan yang tak dipinta oleh sesiapa pun ini.

Rasionalnya supaya masa anak-anak dapat diisi dengan perkara yang lebih berfaedah dan juga supaya mereka tidak ketinggalan ilmu dan kemahiran yang sepatutnya sudah pun mereka kuasai saat ini.

Jangan beralasan. Tapi terus ambil tindakan

Banyak bahan percuma dikongsi oleh ramai pihak. Boleh dimuat turun dan dicetak. Begitu juga dengan buku-buku bacaan bergred yang ditawarkan di pasaran seperti mana buku Siri Pantas Membaca ini.

Macam buku Siri Pantas Membaca ni kan .. buku ini datang dengan 8 bab pelajaran dan 1 buku panduan. Harga hanya RM27.90 , sangat rendah jika dibandingkan dengan content  dan manfaat yang bakal diperoleh.

Isi kandungan dipecahkan mengikut aras bermula dengan aras rendah iaitu  pengenalan kepada huruf vokal dan bunyiannya, diikuti dengan suku kata terbuka dan terus kepada suku kata tertutup yang lebih sukar. Ringkasnya ia disusun secara berperingkat atau ansur maju  untuk membantu memudahkan  anak-anak membaca.


Ok ini adalah sebahagian kecil contoh isi kandungan Siri Pantas Membaca.

Musim PKP ni, semua stok buku bacaan kanak-kanak seperti ni memang mendapat permintaan yang tinggi,
.
 Semalam dalam stock ada 11 buah lagi. Tak mustahil saat korang baca entri ni, semua dah habis.

Nak cari buku-buku aktiviti dan bacaan kanak-kanak, jemput like dan folo page akak yang tertera di sebelah.

Sekian dulu review buku Siri Pantas Membaca. TQ sudi baca😘

Post a Comment

0 Comments