Ticker

6/recent/ticker-posts

Dah Krik Krik Pun Ada Lagi Komisen

Dah Krik Krik Pun Ada Lagi Komisen ... 😅

Puas  fikir nak kasi tajuk apa entri kali ni hehe

Cerita sikit lah pasal komisen pulak kali ni.

Alhamdulillah, dalam diam pada 2 Mac lepas ada komisen yang masuk . Boleh pulak akak tak
perasan pon.




Ye laa, mana nak perasan. Email notification tak masuk pun gara-gara storage telefon penuh. Penuh sepenuh-penuhnya huhu. Puas men delete file itu dan ini, still full. So, moral of the story jangan simpan segala 'rubbish' dalam telefon anda. Nanti notification komisen tak masuk . Notification payment dari bank pun tak masuk. Sedar-sedar duit dah habis 😆😆

Ok, sebenarnya tak ada lah niat apa pun bercerita tentang komisen ni. Bukannya banyak mana pun. Nak bermegah-megah pun tak berbaloi kan..

Just nak bercerita kat sini, ini le namanya pendapatan pasif atau passive income hasil  daripada menulis blog. Dah krik krik pun ada lagi komisen yang tersesat masuk. Walau pun sedikit je, Alhamdulillah . Itu le rezeki namanya.

Komisen krik-krik ni sebenarnya datang dari penulisan beberapa entri berkaitan panduan bagaimana menghasilkan tau fu fah dan menjalankan bisnes dengannya. Entri-entri ini boleh dibaca di blog lama akak.


apacerita.com


Seingat akak, last terima komisen Panduan Tau Fu Fah ni pada bulan Mei 2019. Lama nau kan baru dapat grab komisen yang ke-28. Semuanya dari blog hidup segan mati tak mahu akak huhu.

Dan bila dah dapat komisen baru ni, dan dan rasa bersemangat nak up kan kembali blog tersebut. Cumanya entah mungkin tercapai atau pun tidak tak tahu lah. Jangan kan blog lama, blog ni nak update satu entri seminggu pun payah bebenor huhu.

Takut hangat-hangat tahi ayam je semangatnya.

Apapun guys, menulis blog jika kena cara dan jalannya, memang boleh memberikan sumber pendapatan lumayan buat kita. Tak minat berbisnes secara online, tak suka kerja dengan gomen,tak tahan kerja bawah orang.. cuba-cubalah menulis blog. Mana tahu terbuka jalan rezeki dengannya.





Cubalah dulu !

Post a Comment

0 Comments