Ticker

6/recent/ticker-posts

Cuti Kecemasan PKP COVID-19 : Ajar Anak Membaca Dengan Set Buku Adik Bijak Baca

Cuti Kecemasan PKP COVID-19 : Ajar Anak Membaca Dengan Set Buku Adik Bijak Baca

Dah namanya pun kecemasan, jadi banyak perkara yang mungkin bukan dalam bidang pengkhususan pun kita kena buat sendiri.

Tapi apa-apa sekali pun, akak percaya semua ibu yang celik huruf boleh mengajar anak membaca sendiri di rumah. Bukan perkara yang mengejutkan jika ibu-ibu berjaya mengajar anak membaca lebih cepat dan lebih bagus daripada cikgu mereka sendiri . Kan ada pepatah mengatakan yang ibu bapa adalah guru terbaik anak-anak 😇

Tempoh penularan wabak yang kita sendiri tak tahu bila berakhirnya memang sedikit sebanyak akan menjejaskan pembelajaran anak-anak. Kalau dibiarkan dorang ni tanpa sebarang pengawasan atau diisi dengan aktiviti yang bermanfaat, alamatnya habislah masa terbuang dengan menonton tv,melayari internet dan bermain game sahaja. Ni cabaran budak-budak zaman sekarang. Kita dulu-dulu lain ceritanya .. kan

Bukan menuduh  jauh sekali nak mengajar mak-mak tapi akak bercakap atas pengalaman sendiri menghadapi ragam anak-anak yang sedang membesar ni. Maaf lah ye, jika ada yang tak suka dengan apa yang akak perkatakan. Jika dirasakan betul, terimalah ini sebagai satu peringatan ikhlas dari kalangan kita yang bergelar mak-mak.

Untuk membantu anak-anak mengisi ruang masa dengan lebih baik dan juga menangani anak-anak yang masih kurang cekap membaca, kita as mak-mak ni boleh usahakan mencari buku-buku yang bersesuaian dengan dorang.

Kalau diperhatikan,banyak sebenarnya buku-buku aktiviti bacaan kanak-kanak yang diberi sentuhan pemeringkatan secara ansur maju untuk membantu anak-anak agar lebih cekap dan cepat membaca.

Mak-mak boleh je sambil masak-masak atau lipat kain tu buat carian di Google. Nanti bersepah keluar. Tapi kalau nak cari supplier bahan pendidikan yang lebih spesifik, all in one dari tahap pra sekolah sehingga ke Tahun 6, boleh je cari kat web Mommy Happy ya. In Sha Allah pasti ada satu yang sesuai macam Set Buku Adik Bijak Baca ni. Ni bukan saja-saja akak cakap kosong ye.. ni akak sendiri guna tau.

Baik, akak kasi sikit review berkaitan Buku Adik Bijak Baca ni untuk rujukan mak-mak ye

Adik Bijak Baca merupakan buku bacaan awal yang diperkenalkan kepada kanak-kanak seawal usia 3 tahun. Buku ini menggabungkan kaedah suku kata dan fonik bagi memudahkan proses bacaan berlaku.

Siri cepat baca Adik Bijak Baca mengandungi pantun, puisi, teka teki bagi menambah keseronokan kanak-kanak. Set ini mengandungi 4 buku bacaan dan 1 buku panduan. Rekod bacaan dan sijil tamat membaca pun ada  disertakan.

Bilangan Muka Surat:
-Buku 1: 37 muka surat
-Buku 2: 25 muka surat
-Buku 3: 26 muka surat
-Buku 4: 28 muka surat
-Buku Panduan : 20 muka surat


Buku 1
Memperkenalkan vokal a, i dan u serta konsonan.
Penguasaan gabungan konsonan dan vokal dua suku kata.

Buku 2
Memperkenalkan dua suku kata pengukuhan, vokal o dan e.
Memperkenalkan perkataan mudah (suku kata terbuka) dan ayat ringkas.

Buku 3
Memperkenalkan penguasaan vokal dan konsonan yang paling kerap digunakan.

Buku 4
Memperkenalkan penguasaan vokal dan konsonan yang paling kerap digunakan dalam BM.
Pengukuhan Buku 1 – 3.
Banyak penguasaan tambahan yang menarik untuk kanak-kanak mempelajarinya.
Penggunaan huruf besar hanya diperkenalkan pada Buku 4.





Kalau mak-mak perasan, buku ni nampak macam lebih mengkhusus kepada anak yang berumur 3 tahun ke atas dan yang  berada di prasekolah je kan . Namun ia sesuai saja digunakan kepada anak di Tahun 1 jika mereka masih belum lancar membaca.

 


Berbaloikah mendapatkan senaskah buku ni hari ni ?

Personally selaku orang yang terlibat terus dalam bidang pendidikan , berbelanja sedikit untuk mendapatkan naskah ni adalah merupakan satu pelaburan jangka panjang yang sangat berbaloi kerana tujuan penggunaannya adalah untuk memastikan anak kita dapat menguasai kemahiran membaca dan dapat bersaing secara mudah dengan rakan-rakan yang sebaya dengannya.

Usai penggunaan, boleh pula digunakan untuk anak-anak seterusnya. Jadi kat mana yang ruginya memiliki buku ni sendiri di rumah ? Cuba mak-mak renung-renungkan ..😉

p/s : Kat web Mommy Happy, mak-mak tak boleh buat pembelian tau. Just untuk view katalog je. Kalau nak  kenalah dapatkan dari #usahawanmommyhappy yang berdekatan atau terus klik saya nak buku ni ye



Post a Comment

0 Comments