Ticker

6/recent/ticker-posts

Air Asam Picit Resepi Warisan Orang Lama

Air Asam Picit Resepi Warisan Orang Lama

Macam tak ada resepi lain dah nak dikongsikan ye dak ..

Sebenarnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) ni, akak cuba sedaya mungkin untuk ber ala kadar dalam bab-bab hidangan tengah hari dan makan malam ni. Bukan nak berkira sangat pun tapi lebih kepada mendidik diri dan anak-anak agar bersederhana dalam semua hal .

Apa lagi dalam keadaan sekarang yang kita sendiri pun tak boleh nak jangka keadaannya. Tak ada satu perkara yang mustahil pun boleh berlaku selepas ini dalam keadaan negara kita yang agak 'huru hara' bila mana turunnya wabak COVID-19 ni.

Agaknya ini lah cara Allah menegur umat manusia yang banyak melampaui batas dalam tindak tanduk harian.Dengan LGBT nya, sumbang mahram, pornografi sehingga dalam kalangan kanak-kanak,berbunuhan sana-sini, rasuah,zina dan buang anak dan macam-macam lagi lah perkara aib yang dilakukan secara terang-terangan sehinggakan ibadah umrah pun dipermain-mainkan ..memang tak hairanlah murka dan bala Allah turun bertimpa-timpa

Sangat menakutkan apabila pergerakan kita seharian pun perlu dibataskan sehinggakan nak pergi ke pasar pun sebolehnya tidak digalakkan. Disebabkan keadaan ini lah, apa yang sedia ada dalam fridge, bahan itu lah yang digunakan untuk mencipta menu.

Air Asam Picit Resepi Warisan Orang Lama

Kalau di Perlis ni, resepi ni memang popular terutama dalam kalangan golongan yang lebih berusia lah. Mungkin kerana asal-asalnya sedari kecil membesar dalam keadaan yang serba sukar, makan sekadar apa yang ada hinggakan terbawa dan terbiasa sehingga ke tua lah ceritanya ..

Kebiasaannya air asam picit ni dimakan bersama ikan bakar atau daging bakar. Tambah kan pula dengan sayur manis pucuk rebung. Fuhhh, makan memang bertambah-tambah lah jawabnya hihi

Zaman budak-budak  dulu, kebiasaannya emak akan membakar @ memanggang ikan haruan atau ikan puyu yang tidak dibuang sisiknya. Aromanya tak dapat nak digambarkan. Setelah ikan tu masak, barulah dikikis atau dibuang kulitnya. Isinya dimasukkan ke dalam air asam picit. Allah, sedapnya tak terkata. Kena pula ada ulam jantung pisang yang dicelur untuk dijadikan bahan pencicah. Fuhhh memang terangkat.

Pada zaman sekarang air asam picit ni dimakan bukan sahaja dengan ikan bakar tapi ada juga yang menyajikannya bersama siput mentarang yang dibakar.

Korang kenal siput mentarang ? Pernah lihat? Pernah makan ?

Next entry, jika ada rezeki akak kongsikan ..

Sekarang nak share dulu bahan yang digunakan untuk menyediakan air asam picit resepi warisan orang lama. Mudah dan ringkas sahaja

Bahan Air Asam Picit Resepi Warisan Orang Lama


  • Air perahan asam jawa secukupnya. Jangan terlalu banyak,masam woihh  😝 ( pastikan korang gunakan air masak untuk sediakan perahan ni )
  • Belacan ( digoreng tanpa minyak  atau dibakar )
  • Cili padi dan cili besar - dipotong kecil-kecil
  • Sebiji bawang besar - suka hatilah nak potong macam mana pun
  • Sebiji tomato - dipotong dadu
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan

  • Belacan dimasukkan ke dalam air perahan asam jawa. Pastikan belacan larut dan sebati.
  • Masukkan cili padi,bawang besar, tomato dan serbuk perasa.
Air Asam Picit ... abaikan comot-comot pada sekeliling mangkuk tu huhu

Itu je caranya ! Mudah je kan ..

Kat mana pulak yang nak kena picitnya kak ... heheh

Sebenarnya orang tua dulu-dulu tak potong cili tu sebaliknya dipcit-dipicit dan dipatah-patahkan  ketika menggaul semua bahan tu bersama-sama.

Orang zaman sekarang tak ramai yang suka picit-picit ( termasuk ai lah tu ) sebab nanti pijar jarinya tu. Kalau lepas cuci tangan pun,jika ditenyeh ke mata nak garu-garu, memang pijar lah biji mata ko tu huhu.

Ok ye. Selamat mencuba

Mari kita doakan agar wabak COVID-19 ini segera diangkat Allah ke langit. Dibersihkan udara yang kita hirup. Dan moga segala dosa kita diampuniNYA ... Aaminnn Ya Mujib



 

Post a Comment

0 Comments