Ticker

6/recent/ticker-posts

6 Tanda Anak Sudah Bersedia Untuk Membaca

6 Tanda Anak Sudah Bersedia Untuk Membaca

Assalamualaikum readers

Apabila dah jadi cikgu darjah satu ni, barulah tahu yang sebenarnya ada punca mengapa sesetengah bebudak darjah 1 ni yang still tak boleh membaca, hatta dah bertahun mak ayahnya hantar ke tadika @ prasekolah.

Ada beberapa sebab mengapa kanak-kanak masih tidak boleh membaca walaupun sudah memasuki prasekolah, namun yang nak hakak story story  dan highlight kan sikit kat sini adalah tentang reading readiness.

Ok, mak-mak pernah dengar tak tentang istilah atau phrase reading readiness ni ? Tahu tak maksudnya ?

Baik, yang bermanfaat kita kongsi-kongsikan ok.

Secara ringkasnya, reading readiness ni bermaksud kesediaan untuk membaca. Siap bold kan lagi nak bagi clear hihi.

Apabila tiada kesediaan untuk membaca ni lah yang menyebabkan kanak-kanak lambat membaca berbanding rakan lain yang sebaya padahal pada umur 7 tahun tu sepatutnya dah kenal huruf,kenal bunyi huruf dan boleh membatangkan suku kata untuk dieja menjadi perkataan. Gituuuu ..

So mak-mak perlu perhatikan dulu adakah anak-anak dah bersedia untuk membaca sebelum push mereka habis-habisan . Kalau pegang buku pun masih terbalik walaupun sudah berkali-kali diperbetulkan, itu maknanya mereka belum bersedia sepenuhnya  dari segi fizikal dan kematangan kognitif untuk membaca.

Tapi janganlah mak-mak berhenti terus dari mencuba mengajar mereka membaca bila dah baca statement akak kat atas tu ye. Kang sampai  tua berjanggut tak boleh membaca, jadi buta huruf terus pulak. Nayaaa ...

Mak-mak masih perlu lakukan pendedahan secara perlahan-lahan dan berperingkat. Contohnya biasakan dorang dengan softbook belajar ABC ,educational toys atau poster-poster huruf di rumah. Benda-benda ni berguna untuk meningkatkan reading awareness kanak-kanak.
www.wasap.my/60195519115/softbookabc


www.wasap.my/60195519115/softbookabc


Ok, jom tengok 6 tanda anak sudah bersdia untuk membaca ni. Jika ada tanda-tanda ini,mak-mak boleh lah pergi ke fasa yang seterusnya iaitu mengajar anak-anak membaca.

6 Tanda Anak Sudah Bersedia Untuk Membaca

1. Menunjukkan minat
Ini adalah tanda paling utama yang perlu mak-mak perhatikan. Jika anak cenderung mahu memegang buku, mengambil buku abang atau kakaknya dan asyik bertanyakan banyak perkara tentang kandungan buku tersebut,  seperti ini gambar apa,ini huruf apa .. itu maknanya anak sudah mempunyai kesediaan untuk membaca ( reading readiness ).

Apabila ini berlaku, mak-mak perlu ambil kesempatan untuk secara perlahan-lahan menggalakkan lagi minat tersebut . Mungkin dengan selalu membawanya masuk ke kedai buku , pergi ke perpustakaan berdekatan , membacakan buku cerita kanak-kanak kepada mereka,membelikan mereka buku mewarna dan sebagainya. Big book yang ada ilustrasi menarik adalah the best,  sangat berguna untuk merangsang mereka.

2. Berupaya mengecam bunyi atau ritma perkataan yang hampir sama
Ini sebenarnya lebih kepada phonemic awareness lah. Contohnya bunyi perkataan cat dan rat untuk Bahasa Inggeris atau buku dan duku untuk Bahasa Melayu. Jika anak-anak sudah sampai ke peringkat dapat mengecam dan membezakan ritma bunyi sebegini, maka amnbil lah kesempatan ini untuk mula serius mengajar mereka membaca.

3. Tahu cara memegang dan menyelak halaman buku ( Book Awareness ) 

Kanak-kanak yang berupaya memegang buku secara betul atau tidak terbalik , tahu menyelak halaman demi halaman dari kiri ke kanan walaupun sebenarnya mereka belum boleh membaca juga merupakan satu petanda bahawa mereka sudah berada dalam situasi bersedia untuk membaca berbanding kanak-kanak yang memegang buku secara tidak terarah, terbalik dan menyelak halaman buku sesuka hati.

4. Kenal huruf ( Alphabet Knownledge )
Tunjuklah huruf apapun secara rawak,kanak-kanak mengetahuinya dan dapat menyatakan dengan betul. Ini tanda yang sangat mudah untuk dilihat dan memberikan petanda bahawa mereka sudah bersedia untuk ke peringkat seterusnya.

5. Kenal bunyi huruf ( Phonic Awareness )
Satu lagi petanda  bahawa anak sudah bersedia untuk membaca adalah apabila mereka tahu,kenal atau dapat mengecam bunyi bagi setiap huruf  tanpa sekadar menghafal. Apabila ada tanda ini, mak-mak bolehlah cuba mengambil langkah seterusnya unuk memperkenalkan perkataan mudah yang pertama untuk mereka mula belajar mengeja dan membaca.

6. Memberikan perhatian
Ini salah satu daripada 6 tanda yang mudah untuk dilihat sama ada anak bersedia untuk membaca atau tidak. Jika mereka suka memberikan perhatian terhadap aktiviti membaca atau bercerita sambil menggunakan buku oleh ibu bapa, itu adalah petanda jelas mereka berminat dan bersedia untuk membaca.

Mak-mak boleh ambil sedikit masa untuk membacakan mereka buku cerita kanak-kanak dengan kaedah yang paling menarik dan menyeronokkan setiap hari hanya untuk beberapa minit. Sambil-sambil tu selitkan motivasi atau dorongan untuk mereka mula belajar membaca sendiri.

Ok,itu sharing hari ini berkaitan 6 Tanda Anak Sudah Bersedia Untuk Membaca. Akak harap sedikit sharing ni dapat membuka minda mak-mak dan sedikit sebanyak dapat juga membantu mak-mak mengambil langkah seterusnya.

Mohon maaf jika ada kesilapan tentang perkara di atas. Akak bukan pakar pendidikan kanak-kanak atau orang yang mengkhusus dalam bidang ni. Yang tercatat di sini adalah hasil daripada perbincangan dengan rakan sekerja,pengalaman sebagai seorang guru dan juga daripada pembacaan semasa.
Jika ada kesilapan ,mohon tegur untuk diperbetulkan ok.

Moga bermanfaat 😇

Jemput mommies untuk like page Bahan Homeschooling kat sidebar di sebelah ni juga jika sudi😊




Post a Comment

0 Comments