Ticker

6/recent/ticker-posts

Kasihan Iman !

Beralih 360 darjah dari guru Tahun 6 ke guru Tahun 1 mungkin perkara kecil saja bagi orang lain,namun ia sangat berbeza bagi saya. Mungkin kerana sudah terlalu lama mengajar Tahun 6, ia kelihatan seperti satu kejutan besar buat saya. Namun ini bukanlah bermakna saya akan terus menjeruk rasa.  Tugas tetap tugas.

In Sha allah, saya akan cuba belajar kerana ini memang kerjaya saya.

Bercakap tentang Tahun 6, terus saya teringatkan Iman. Ya, kasihan Iman !

Iman ni anak didik saya tahun lepas. Kanak-kanak lelaki bertubuh besar yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Hanya tahu perkataan mudah dari suku kata terbuka kvkv seperti buku,baju,bola dan beberapa patah perkataan bersukukata kvk + kv seperti lembu, jambu dan beberapa patah perkataan mudah. Perbendaharaan kata yang sangat terhad !

                              <<PAKEJ PANDUAN AJAR ANAK MEMBACA >>

Kemahiran membaca nya sangat lemah apatah lagi untuk menulis. Kemahiran membaca dan menulis ini berkesinambungan. Tak dapat membaca bagaimana pula hendak membina ayat dan menulis. Namun saya tidak dapat banyak membantu. Saya kenal Iman hanya di Tahun 6. Saya tidak pernah mengajarnya sebelum ini. Apabila saya mengajar kelas Iman, saya tidak dapat memberikan perhatian khas kepadanya 100% kerana terdapat lebih 24 orang lagi murid Tahun 6 yang lemah dan perlu dibimbing sebelum menjelang nya peperiksaan UPSR / PPSR.

Iman dihantar ke kelas pemulihan. Namun, tidak banyak yang dapat dibuat untuk membantu murid ini kerana dia sudah terabai sejak sekian lama.

Tahun ini Iman berada di Tingkatan 1. Saya tertanya-tanya bagaimanalah nasibnya di sekolah menengah dan kemudian nanti. Memang kasihan Iman !

Bukan tidak pernah pihak sekolah memaklumkan kepada keluarganya agar membawa Iman untuk pemeriksaan doktor bagi menentukan sama ada Iman boleh dimasukkan ke kelas Pendidikan Khas. Namun usul hanya tinggal usul.

Ibu-ibu jika ada yang terbaca kisah Iman ini dan kebetulan melalui hal yang sama,nasihat saya bawalah anak yang berkenaan untuk proses out reach. Menjalani pemeriksaan doktor untuk menentukan sama ada mereka boleh mengikuti kelas biasa atau tidak,sepatutnya tidak menjadi satu perkara yang memalukan pun. Bukan perkara luar biasa jika anak-anak anda disarankan untuk menjalani pemeriksaan doktor  atau menjalani saringan out reach ini.

Pada zaman sekarang, ramai kanak-kanak mengalami masalah gangguan pembelajaran. Menjalani pemeriksaan doktor mahu pun perlu mengikuti kelas Pendidikan Khas sudah diterima secara terbuka oleh kebanyakan ibu bapa lain. Tak perlu rasa malu dan hina ! Positiflah demi kelangsungan masa depan mereka kerana secara logiknya, umur mereka masih muda,masih panjang untuk kehidupan masa depan sedangkan kita sebagai ibu bapa ini semakin tua. Tiba masanya akan mati. Dan bagaimanalah nasib mereka selepas itu jika kita hanya berfikir tentang perasaan sendiri.

Berbalik kepada kisah si Iman.

Iman juga tidak dapat menulis dengan baik. Tulisannya sukar dibaca kerana hanya huruf tertentu sahaja yang kelihatan terbentuk manakala huruf-huruf lainnya langsung tidak dapat difahami. Bukan sahaja tidak terbentuk,malah semua huruf terangkum seperti gerabak kereta api.

www.wasap.my/60195519115/125kawalanpensil


Mungkin kerana itu lah, Iman sangat tidak suka menyalin atau menulis. Berilah sependek mana perenggan pun hatta sebaris ayat pun tidak dapat diselesaikan oleh Iman dalam masa yang ditetapkan.
Kasihan Iman ! Dia mahu tapi tidak mampu ..

Saya pernah melihat cara Iman memegang pensel. Genggaman jari-jari yang montok tidak dapat membantu Iman memegang pensel dengan cara yang betul. Mungkin juga kerana kemahiran motor halus nya yang tidak bagus menyebabkan Iman tidak dapat mengawal cara pergerakan pensel di tangannya.

Banyak masalah rupanya si Iman ini.

Berbaloikah membiarkan Iman begitu sahaja ?

Iman perlukan bantuan. Bukan sahaja daripada guru di sekolah tetapi Iman juga perlukan sokongan dan tindakan daripada keluarganya.

Bukan bermaksud menyalahkan sesiapa. Cuma sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk memantau dan melihat perkembangan anak di rumah. Tugas guru di sekolah sudah selesai. Perhatikanlah pula dia di rumah.

Dewasa ini,banyak kelas membaca dibuka, banyak buku boleh dirujuk,banyak seminar boleh dihadiri oleh ibu bapa yang sedar kepentingannya untuk masa depan seorang anak.

Semuanya atas kesedaran sendiri.

Jika dibiarkan seperti angin berlalu, nanti nasib anak-anak kita sama seperti Iman. Bukankah kasihan ?!

Post a Comment

0 Comments