Ticker

6/recent/ticker-posts

9 Cadangan Latihan Menguatkan Otot Tangan Kanak-kanak Untuk Menulis

9 Cadangan Latihan Menguatkan Otot Tangan Kanak-kanak Untuk Menulis

Last post ada saya ceritakan tentang Iman, bekas anak murid saya yang tidak dapat membaca dan menulis.

Sebenarnya, bukan Iman sahaja yang menghadapi masalah kawalan pensel untuk menulis dengan elok. Ada ramai lagi termasuk Irfan, murid Tahun 2 dan si Adam, anak didik saya di Tahun 1.

Tulisan Irfan yang kini berada di Tahun 2,Masya-Allah sangat tidak berbentuk dan langsung tak boleh dibaca. Begitu juga dengan Adam. Huruf O nya saja berketul-ketul macam batu yang ada bucu tajam di sana sini. Puas dibantu dengan memegang tangannya, O nya masih begitu. Huruf lain apatah lagi.

www.wasap.my/60195519115/kitawallatihanmenulis


Ini baru cerita si Irfan dan Adam. Ada ramai lagi yang begitu. Sudahlah tidak dapat menulis dengan baik, huruf pun masih ada yang tak kenal.

Apabila ini berlaku, memang agak sukar untuk sentiasa memantau mereka setiap ketika kerana pada masa yang sama ada berpuluh lagi murid lain yang perlu diajar dengan setiap individu berbeza keupayaannya.

Seperti Iman,Adam dan Irfan mereka juga sama seperti kanak-kanak yang lain. Mahu tetapi tidak mampu. Berpotensi untuk cemerlang seperti mana rakan-rakan yang lain. Cuma mungkin kerana masalah otot tangan yang kaku, masalah timbul apabila mahu menulis.

Apabila ini keadaannya ,mahu atau tidak guru dan ibu bapa sendiri boleh melakukan beberapa aktiviti atau latihan kawalan pensel di sekolah atau di rumah yang boleh meransang otot tangan untuk lebih fleksibel dan kuat.

Banyakkan bermain ! Ini lah kunci kepada kawalan otot tangan dan kawalan pensel untuk murid atau kanak-kanak yang menghadapi masalah tidak dapat menulis dengan baik. Tapi kenalah faham juga ye, ini bukan aktiviti bermain yang sia-sia

www.wasap.my/60195519115/125latihankawalanpensil


Berikut adalah 9 Cadangan Latihan Menguatkan Otot Tangan Kanak-kanak Untuk Menulis

Aktiviti Mengoyak Kertas
Berikan kertas rosak atau apa-apa kertas yang sudah tidak digunakan lagi kepada anak-anak ini. Sebaiknya biarlah kertas yang mempunyai corak atau garisan dan mintalah mereka mengoyak kertas mengikut garisan-garisan yang ada padanya. Setelah dilakukan secara kerap, In Sha Allah kita akan perlahan-lahan dapat melihat otot jari-jemari pada tangan akan menjadi lebih kuat namun terkawal

Aktiviti Menggunting Perca Kain & Kertas
Ini adalah lanjutan aktiviti serupa dengan aktiviti mengoyak kertas. Pilih perca kain bercorak mudah atau bercorak bunga besar untuk digunting. Begitu juga dengan kertas. Pilih kertas yang telah dicetak dengan bentuk bulatan besar, segi tiga dan sebagainya. Untuk kali pertama, memang habislah 'renyuk'  tapi untuk kali yang seterusnya, hasil berbeza akan mula kelihatan.

Aktiviti Bermain Pasir
Zaman saya kecil-kecil dahulu, pasir menjadi 'mangsa ' untuk kami bermain membina istana pasir dan sebagainya. Ini pun sebenarnya merupakan satu latihan secara tak langsung untuk aktiviti kawalan otot tangan.
Namun pada zaman sekarang dengan pelbagai jenis penyakit, ibu bapa boleh saja mengambil langkah lebih selamat iaitu dengan menggunakan kinetic sand. Ia boleh didapati dengan mudah di pasaran semasa.
Gunakan kinetic sand untuk melatih anak-anak membuat bentuk bulat seperti biskut dan sebagainya.

Aktiviti Bermain Playdoh
Ini aktiviti popular yang memang diketahui oleh kebanyakan ibu bapa dan guru. Berikan playdoh dan ajar anak-anak membuat apa sahaja bentuk  tidak kira objek mahupun haiwan. Alternatif lain jika tiada playdoh, gunakan saja adunan tepung yang sudah diuli dengan aneka warna bagi menarik perhatian mereka.

Aktiviti Menggunakan Penyepit Atau Tweezer
Ibu-ibu boleh belikan anak-anak chopstick atau penyepit kecil dan gunakan chopstick atau tweezer  tersebut untuk menyepit dan mengangkat objek mainan yang lebih kecil.

Aktiviti Membawa Bola Ping pong dalam Sudu
Aktiviti mirip sukaneka ni In Sha Allah dapat membantu mereka mengimbangi dan mengawal pergerakan tangan.

Aktiviti Menconteng
Pastinya pada board yang disediakan khas atau pada sketch block . Jika aktiviti menconteng dilakukan pada whiteboard,pastikan anak-anak menggunakan white board marker. Penuh saja board tersebut, minta anak-anak padamkannya sendiri. Apa lagi tujuannya jika bukan untuk menguatkan otot tangan.

Aktiviti Mewarna
Gunakan crayon atau pensel warna kerana size alatan tersebut hampir menyerupai pensel. Ajar mereka mewarna mengikut satu arah dan bukannya secara sembrono

Aktiviti Menyambung Titik
Ini adalah aktiviti paling popular digunapakai oleh guru prasekolah dan guru Tahap 1.

Demikian 9 Cadangan Latihan Menguatkan Otot Tangan Kanak-kanak Untuk Menulis.

Sebenarnya terdapat banyak lagi aktiviti kawalan pensel atau aktiviti melatih otot tangan untuk kanak-kanak sebelum mereka mula mahir menulis. Ibu-ibu boleh buat carian di Internet .. In Sha Allah bersepah tips kawalan otot tangan ada dikongsi di sana.

Jika mahukan idea atau aktiviti yang lebih terancang , lebih dipercayai dan lebih berkesan, boleh juga anda rujuk pada Buku 125 Aktiviti Kawalan Pensel yang ditulis oleh seorang doktor pakar kanak-kanak iaitu Dr Mahani bt Razali.

Ok, saya petik sedikit point berkaitan buku ini. Maaf lah tak larat pulak rasanya den nak menaip panjang-panjang ni haa😅

❤Buku ini disusun secara bertahap mula dengan aktiviti yang paling mudah sehingga aktiviti yang lebih sukar❤Sebagai permulaan aktiviti untuk membantu kanak-kanak membina keyakinan diri untuk pegang pensil dengan betul❤Aktiviti ini membantu anak anak membina kemahiran motor kecil iaitu kemahiran yang sangat diperlukan untuk anak anak dapat menulis dengan betul❤Membantu kanak-kanak menulis secara konsisten dengan cantik walaupun menulis dengan laju.❤Yang paling best, grafik berwarna warni dan menarik membuatkan anak-anak tertarik untuk terus melakukan aktiviti kawalan pensil dan seterusnya menulis secara konsisten. Practice Makes Perfect!☺❤Bersaiz A4 dan mempunyai 125 Muka surat

Buku ini antara buku best sellers dalam kategori pendidikan awal kanak-kanak. Ibu-ibu yang terfikir untuk menjadikannya sebagai panduan rasmi, boleh klik pada link whatsapp berikut ya ;

www.wasap.my/60195519115/125KawalanPensil

Ohh ye, lupa pulak... apa-apa sahaja aktiviti untuk meningkatkan kekuatan kawalan otot tangan ni, make sure ya ibu-ibu ada bersama atau memantau aktiviti mereka. Apa-apa hal di luar jangkaan boleh jer berlaku. Al maklum sajalah ,budak kecik kan. Safety first !!

Post a Comment

0 Comments