Ticker

6/recent/ticker-posts

2020 Turning Point !!

Assalamualaikum readers

2020 Turning Point !!



Entri pertama untuk tahun 2020 selepas sebulan memasuki tahun baru. Nampak tak tahap kerajinan hakak berada pada tangga 5 bintang hihihi.

Sebenarnya bila dah masuk tahun baru 2020 ni, memang banyaklah perubahan besar yang berlaku terutama dalam bidang kerjaya sebagai seorang pendidik ni. Suka ke tak, terpaksalah akur je kan.

Selepas hampir 6 tahun bergelar guru luar norma, saya kembali kepada tugas guru biasa. Ini adalah permintaan saya yang akhirnya tercapai jua. Namun untuk kembali ke tugas biasa tu, banyak perkara lain yang perlu saya lalui. Salah satunya, selepas hampir 20 tahun mengajar Bahasa Melayu Tahun 6, tahun ini saya diminta mengajar Tahun 1 kerana mengisi kekosongan tempat yang ditinggalkan oleh rakan yang berhijrah ke bahagian Pendidikan Khas.

Allahu, tak ada perkataan yang boleh digambarkan apabila perlu beralih 360 darjah daripada kebiasaan. Tahap komunikasi saya perlu diturunkan serendah-rendahnya kerana pelanggan saya kini adalah kanak-kanak kecil berusia 7 tahun yang jauh berbeza cara layanan dan pendekatannya berbanding murid Tahun 6.

Sungguh, terasa amat canggung sekali bagi saya yang sudah bertahun terbiasa cara berkomunikasi dengan murid awal remaja. Tapi kerana namanya saya ini seorang guru, mahu atau tidak perlu terima dan belajar menyesuaikan diri.

Mendepani kanak-kanak kecil perlukan banyak kesabaran. Saya perlu terus belajar dan pada ketikanya mungkin perlu jadi seperti mereka, berperangai keanak-anakan ! Sama ada saya akan jadi kelihatan lebih tua dari keadaan sedia ada atau mungkin juga menjadi awet muda oleh telatah mereka yang tidak terjangka 😝

Kalian, doakan lah hakak ok 😙

Post a Comment

0 Comments