Ticker

6/recent/ticker-posts

Menu Sihat Resepi Kerabu Kacang Botor dan Bilis Goreng


Menu sihat resepi kerabu kacang botor dan bilis goreng

Kacang botor atau kacang botol adalah benda yang sama bagi yang belum tahu. Di sesetengah tempat seperti di tempat saya, kacang botor atau kacang botol juga dikenali sebagai kacang kelisa. Tapi nak ditegaskan di sini, ia tak ada kaitan sama sekali dengan kereta Kelisa atau ikan kelisa ... kuang,kuang,kuang 😆
Kacang botor dikenali juga sebagai kacang botol atau kacang kelisa - Sumber : GOOGLE
Tumbuhan menjalar ni kalau zaman kecil-kecil saya dahulu memang banyak tumbuhnya, mudah ditemui dimana-mana. Boleh dikatakan ada saja tumbuh menjalar di pagar belakang setiap rumah. Tapi masa tu memang tak makan lah kacang botor atau kacang kelisa ni. Makanan orang tua sahaja katanya😎

Sekarang, dah tua bangka ni barulah suka makan kacang botor ni sama ada sebagai ulaman atau pun dijadikan kerabu. Jadi, memang betul sangat laa tanggapan saya dulu ni, ini makanan orang tua huhuhu .. Kan !

Adoihhh laa 😂😂

Ok, jadi hari ni nak share lah sikit tentang menu sihat resepi kerabu kacang botor dan bilis goreng. Ada tak peminat kerabu kacang botor dan bilis goreng yang sedang baca post ni. Kalau ada ,kita geng


Kerabu Kacang Botor dan Bilis goreng


Bagi saya, kerabu kacang botor ni boleh dianggap sebagai menu sihat kerana cara penyediaan yang ringkas, fresh, tak ada gunakan santan,keju dan segala bagai bahan penambah selera seperti makanan moden sekarang yang mirip kepada menu barat dan digilai orang muda zaman sekarang ( maaf ye, ini pandangan peribadi saja .. )




Kan ramai yang berkata penyakit zaman moden sekarang ni banyak berpunca daripada makanan. Jadi kalau nak sihat, kena jaga makan... Kalau dah sakit memang susah untuk sembuh. Itu yang kita semua tak nak, betul tak ?!

Bahan & Cara Menyediakan Kerabu Kacang Botor dan Bilis Goreng

Bahan-bahannya :
  • 4 batang serai –dibuang kulit keras luar,dibersihkan dan dipotong halus
  • 2 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 4 ulas bawang merah – dipotong nipis-nipis
  • 2 biji tomato – dipotong dadu
  • 3 biji cili padi – dipotong halus
  • Seikat kacang botor – dibersihkan, dipotong menyerong nipis-nipis dan ditoskan
  • 2 sudu makan air perahan limau nipis
  • Sedikit cuka
  • Segenggam bilis goreng
  • 1 sudu makan sos ikan ( saya tak masukkan pun )
  • Garam, gula & serbuk perasa

Cara Penyediaan Kerabu Kacang Botor dan Bilis Goreng

Caranya sangat ringkas dan mudah

Satukan kesemua bahan kecuali kacang botor dan gaul sebati

Masukkan sos ikan, garam, gula,serbuk perasa, cuka dan air perahan limau nipis

Masukkan kacang botor dan gaul sehingga semua bersatu. Siap !!

Saya jarang sekali menggunakan sos ikan kerana selalunya beli sebotol, terperap dalam peti dan akhirnya tamat tempoh. Buang .. memang membazir sebab berapa kerap sangat laa saya masak resepi yang menggunakan sos ikan hihi

Nota :

Kacang botor boleh juga dicelur sebentar bagi yang tak suka makan mentah. Dan ada sesetengah orang, menggorengnya sebentar bersama ikan bilis seketika sebelum bilis goreng diangkat dari kuali dan disisihkan minyaknya. Terpulanglah ikut cara mana yang anda suka.

Selamat mencuba




Post a Comment

0 Comments