Roti Telur Bungkus Menu Sarapan Kegemaran Keluarga
Hari ni nak share sikit tentang roti telur bungkus menu sarapan kegemaran keluarga. Kegemaran laaa sangat heeee😃
Last update blog adalah pada 31 Oktober lepas . Sibuk dengan kerja,ditambah pula dengan keadaan kesihatan yang tak mengizinkan. Al maklum saja, makin “ muda “, begitu lah adatnya.
Berbalik kepada cerita roti telur bungkus yang idea asalnya saya tonton di Ig. Tapi ini versi yang sudah diedit dan disesuaikan dengan orang malas macam saya ni haha ..
Terus kepada bahan-bahannya
- 6 keping roti Gardenia atau apa-apa brand pun tak kisah lah ( disapu dengan planta pada permukaannya )
- Sedikit Planta / marjerin
- 4 biji telur ayam
- 1 labu bawang besar dihiris nipis
- Sedikit hirisan timun
- Beberapa sudu sos cili
- Sedikit mayonis
- 1 tin tuna Ayam Brand
- 3 keping keju Cheddar , Cheesedale atau apa-apa brand pun boleh
Cara-cara Penyediaan Roti Telur Bungkus
- Sapukan Planta pada setiap keping roti ( permukaan untuk bahagian dalam sahaja )
- Ratakan sos atas sapuan Planta tadi
- Ratakan mayonis atas sapuan sos tadi
- Letakkan isi tuna di atas kepingan roti tadi iikuti timun dan bawang
- Akhir sekali letakkan sekeping cheese pada roti
- Tekup atau kembarkan kepingan roti di atasnya ( seperti proses menyediakan sandwiches )
** sekarang sudah ada 3 set roti untuk proses seterusnya
Ok siap lah sudah roti telur bungkus menu kegemaran keluarga
Sekejap sahaja nak membuatnya
Sebelum dihidangkan potong menyerong pada setiap set roti.
Sedap dihidangkan bersama teh o panas.
Roti telur bungkus ni juga boleh disediakan pada waktu-waktu lain. Tetap sedap dimakan dan mengenyangkan.
Ok, selamat mencuba ye
- Dalam mangkuk, pecahkan dan kacau telur ayam . Tak perlu beria, just pukul seperti hendak membuat telur dadar
- Panaskan kuali ( pastikan api kecil sahaja agar tidak hangus )
- Laser kuali dengan sedikit Planta / marjerin ( agar tidak melekat )
- Tuangkan sedikit telur dan goyang atau gerakkan kuali sehingga telur terbentuk bulat dan nipis seperti membuat lempeng
- Letakkan satu set roti pada bahagian tengah telur, tekan-tekan sedikit roti tersebut supaya mampat
- Balut roti dari arah kiri kanan,atas dan bawah agar terlekat elok pada telur
- Angkat dan terbalikkan roti
- Biarkan sebentar sebelum diangkat.
Roti telur bungkus ... macam murtabak pun ada kikiki |
Ok siap lah sudah roti telur bungkus menu kegemaran keluarga
Sekejap sahaja nak membuatnya
Sebelum dihidangkan potong menyerong pada setiap set roti.
Sedap dihidangkan bersama teh o panas.
Roti telur bungkus ni juga boleh disediakan pada waktu-waktu lain. Tetap sedap dimakan dan mengenyangkan.
Ok, selamat mencuba ye
0 Comments