Ticker

6/recent/ticker-posts

Review Leverage Hotel , Bandar Baru Mergong Alor Setar

Review Leverage Hotel , Bandar Baru Mergong Alor Setar

Ini personal review tau, bukan berbayar ye kikiki 😛
 
3 hari lepas , saya dan husband berkesempatan menginap di Leverage Hotel , Bandar Baru Mergong ,Alor Setar. Jika diikutkan jarak Kangar ke Alor Setar tu tak jauh mana pun. Dalam 40 minit memandu sahaja .Tak perlu nak transit kat hotel pun kikiki. Namun atas keperluan menyelesaikan beberapa urusan, nak tak nak terpaksa juga booking hotel untuk bermalam.

Leverage Hotel Bandar Baru Mergong, Alor Setar ni merupakan hotel bajet bertaraf 3 bintang dan rating di Booking.Com pada ketika entri ni ditulis berada pada tahap 8.0. Agak tinggi bagi sebuah hotel bajet yang mana mungkin masih agak asing bagi sesetengah orang. Kebanyakan review dari penginap sebelumnya pula , semuanya menunjukkan penilaian yang positif.


Jadi, hari ni saya ambil kesempatan untuk berkongsi sedikit maklumat berkenaan hotel Leverage ni untuk anda. Mana tahu mungkin nanti akan ada yang perlu berkunjung ke utara sama ada untuk menghantar anak melanjutkan pelajaran, menghadiri kenduri kendara, menziarahi saudara mara yang sakit, menghadiri kursus, ada urusan perniagaan mahu pun bercuti-cuti sahaja. Leverage Hotel boleh lah dimasukkan dalam senarai hotel yang boleh ditempah.

Ini kerana hotel ini masih agak baru dan lokasinya terletak sangat hampir dengan pasaraya TESCO Mergong ( jalan kaki sahaja ). Grand Alora Hotel pun sangat hampir.

Hotel ini memang tidak menyediakan pakej sarapan pagi namun jangan bimbang kerana terdapat deretan restoran dan banyak gerai makan yang boleh dikunjungi untuk mengisi perut jika malas hendak masuk ke TESCO.

Di kiri kanan bangunan Hotel Leverage ini pula terdapat kedai serbaneka 7 Eleven dan Secret Recipe. Jadi janganlah khuatir bab nak makan di mana hehe

Ok,berdasarkan apa yang saya tahu, hotel ini menawarkan 5 jenis bilik iaitu:
  • Standard Queen Room – pada harga serendah RM88
  • Superior Twin Room – RM111
  • Superior King Room – RM111
  • Executive King Room – RM133
  • Suite - RM225
** Harga bilik ini adalah berdasarkan kadar semasa di Booking.Com. Tertakluk pada perubahan semasa ya

Untuk makluman anda harga bilik adalah berbeza bagi setiap laman tempahan hotel dan jika anda walk in atau buat reservation melalui panggilan telefon, harganya adalah sedikit berbeza.

Saya sendiri hanya membuat tempahan melalui telefon untuk bilik Suite. Ketika itu dimaklumkan bahawa harga Suite pada hujung minggu adalah RM280. Jika mendaftar sebagai ahli, harganya berkurangan kepada RM220. Memang jimat juga lah kan .

Pendaftaran sebagai ahli saya lakukan sebaik check in tanpa sebarang prosedur yang rumit. Hanya berikan kad pengenalan dan nyatakan sedikit info atau butiran diri yang dikehendaki. 5 minit sudah pun siap dan tiada sebarang yuran yang perlu dibayar. Memang senang lah !!

Baik lah, di sini saya kongsikan beberapa keping gambar bilik Suite ( dikenali juga sebagai bilik CEO ) yang sempat dirakamkan. Sempat juga lah perasan merasa jadi CEO sekejap kuikuikui....

Namun maaf ya, gambarnya agak kurang menarik disebabkan faktor peranti yang digunakan dan keadaan pencahayaan bilik yang agar kurang terang.








Ok, harap puas hati lah dengan gambar yang saya share di sini.

So sorry sebab tak terlintas nak snap gambar di kawasan sekitar hotel.

Sedikit kelemahan bilik Suite ini berdasarkan pandangan peribadi adalah bilik agak gelap dan tiada tirai atau penghadang pada bahagian jakuzi. Agak tidak menyelesakan kerana dapat dilihat terus dari katil. Mungkin ok bagi sesetengah orang,namun tidak bagi saya walaupun berdua menginap di dalamnya adalah pasangan kita sendiri.

Demikian sharing berkenaan pengalaman menginap di Hotel Leverage, Bandar Baru Mergong, Alor Setar, Kedah.

Bagi yang mahu menempah, boleh sahaja call 04- 7355555

Hotel Leverage 12, Jalan Lengkok Sari, Taman Bandar Baru Mergong, 05150 Alor Setar, Malaysia

Mahukan lebih penjimatan ? Tempah saja di Booking. Com. Cepat dan mudah !

Post a Comment

0 Comments