Ticker

6/recent/ticker-posts

Jujurlah Wahai Seller Online

Salam Khamis yang berkat

Jujurlah wahai seller online

Saya juga seorang seller online. Part time seller online setepatnya 😅. Jadi entry jujurlah wahai seller online ni juga sebagai satu peringatan untuk diri sendiri. Mencari sedikit wang tambahan bagi mencukupkan apa yang kurang , jangan sampai bawa kita ke neraka.


Cuti Deepavali baru-baru ni, saya ada berbalas whatsapp dengan seorang seller online untuk bertanyakan produk kosmetik yang lalu lalang di wall FB saya. Dah lama intai-intai produk ni di pagenya actually. Nampak macam menarik,bagus dan selamat. Bukan kosmetik apa lah sangat pun, just cari produk yang boleh kurangkan jeragat yang mula berminat nak menempel di wajah yang memang dah tak berapa cantik ni .

Setelah salam bersambut dan intro itu ini sekadar berbudi bahasa, saya pun bertanyakan tentang produk yang dijualnya. Ada cleanser, serum dan sebagainya. 4 Jenis item semuanya menghampiri RM400.

Waduh, seram sejuk dah mula terasa. Aduhai mahal nau... mokcik part time blogger macam saya mana nak mampu. Haha time tu dah rasa macam dah salah pilih tempat pulak.

Saya tanya lagi, boleh beli secara loose tak, nak try dengan 2 item basic dulu. Maklum sajalah, mokcik ni bukan rajin bebenor nak tempek itu ini. So, cuba request untuk 2 item dulu. Tapi malang sekali katanya tak boleh kena ambil full set. Dalam hati saya ni, ermm memang tak ada harapan la nak guna produk ni jawabnya.

Benar untuk sesetengah produk ni, nak lihat keberkesanannya kena gunakan set lengkap.. baru lah hasilnya memuaskan. Saya tak salahkan dia juga kerana tak jual secara loose. Cuma bagi certain orang kebanyakan ni, bukan semuanya mampu nak keluarkan beratus ringgit sekaligus untuk sesuatu. Apatah lagi untuk produk begitu. Ada lagi perkara lain yang perlu diutamakan.

Saya tanyakan pula tentang harga lipstick yang dijualnya. Ok, setelah dicampur tolak harga 4 item tadi ( full set skincare ) plus sebatang lipstick, semuanya mencecah RM445 excluding postage. Huhuhu ..

Saya maklumkan beliau, saya fikir dulu. Nanti dah decide, saya akan update.

Waktu yang sama, Allah gerakkan hati untuk melihat official website produk tersebut. Laaa,boleh jer pun beli secara loose . Hmmm, tak pe, saya cuba bersangka baik. Seller ni jual full set mungkin untuk membantu kita melihat kesannya secara maksimum. Beli satu set, mungkin senang untuk beliau guide kita cara guna yang betul dan kesannya pun mungkin lebih cepat.

Saya check pula harga lipstick. Ehh dah kenapa beza banyak harganya ni.

Saya pm beliau sekali lagi. Maaf akak, saya salah beri harga. Harganya bla,bla, bla ....

Masalahnya, masih lagi tinggi dari harga yang ditetapkan di web

Saya patah hati... terus tak jadi beli !!

Nanti saya cari produk lain. Ada banyak pilihan produk yang bagus-bagus sekarang ni

Chatting kami terhenti di situ.

Belum lagi close deal, beliau dah tak jujur. Saya terfikir,bagaimana saya akan berurusan lagi dengannya kalau perlu repeat order.

Jadi,jujurlah wahai seller online. Wang pelanggan, kalaupun hanya sepuluh sen, tetap bukan hak kita. Apalagi dengan jumlah yang lebih besar. Nak mencari keberkatan dalam rezeki, perlu lihat perkara ini betul-betul. Jangan ambil lebih daripada yang sepatutnya walaupun hanya sepuluh sen sahaja. Apalagi kalau berpuluh-puluh atau beratus-ratus.

10 sen itu boleh saja bawa kita ke syurga atau neraka. Apalagi dengan nilai yang lebih besar

Moga Allah ampunkan saya. Jangan sampai saya lalai dalam hal-hal begini.

#remindingmyself

Post a Comment

0 Comments