Ticker

6/recent/ticker-posts

Percubaan Kali Pertama Buat Sendiri Kek Pisang Sukatan Cawan


Percubaan Kali Pertama Buat Sendiri Kek Pisang Sukatan Cawan 

Ada tak yang berminat nak baca entry percubaan kali pertama buat kek pisang sukatan cawan akak ni hi ho ..

Nak kata suka sangat makan kek pisang ni tak ada lah sangat. Cumanya kek pisang ni kerap dibeli sebab ia adalah penyelamat segera jika ada rakan anak-anak yang berkunjung ke rumah.

Hidangkan kek pisang dengan air orange sekejap je bebudak ni habiskan. Maklum je lah budak lelaki belasan tahun ni kebanyakannya kuat makan dan perlukan banyak tenaga sebab mereka yang dalam lingkungan umur ni adalah golongan yang aktif dan lasak.

Seperkara yang saya perasan kek pisang pelbagai jenama yang boleh ditemui di kebanyakan kedai runcit, tekstur , rasa dan baunya agak berbeza dengan kek pisang yang dijual di kedai kek dan roti. Mengapa ya ?

Mungkinkah ada bahan rahsia atau cara pembuatannya yang berbeza ?

Macam saya sendiri, kalau melangkah sahaja ke kedai roti dan kek , sekeping kek pisang potongan kecil pasti akan dibeli. Entah kerana apa tapi yang pasti rasanya memang lebih sedap.

So kebetulan juga beberapa minggu lepas, ada sesikat pisang emas kat rumah jadi saya rajinkan diri mencuba buat sendiri kek pisang. Tapi ini kek pisang versi bakar, bukannya kukus ya. Saya memang tak berapa gemar makan sebarang kek yang dibakar menggunakan oven, Tak tahulah apa sebabnya..selalu rasa tak sedap lah, kering lah huhu.

Sebelum saya kongsikan resepinya, meh tengok dulu kek pisang yang tak semenggah ni. Nampak macam terlebih bakar, kering je..see. 😶

Tenung sikit-sikit sudah ye 🙈


Bahagian bawah tu abaikan aje ..


Resepi Kek Pisang Sukatan Cawan

Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung gandum ( saya gunakan tepung Blue Key sebab itu je yang ada dalam stock. Hmm mungkinkah itu puncanya megapa kek pisang saya ni kelihatan kering tak moist-moist pun 😓 )
  • 1 sudu teh baking powder ( diayak bersama tepung )
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan minyak masak ( saya guna minyak jagung )
  • 7-8 biji pisang emas ( selalunya orang gunakan pisang berangan )
  • 1 sudu teh esen pisang
  • 3 biji telur ayam.

Langkah Demi Langkah Buat Kek Pisang

  1. Baking soda dicampur bersama-sama tepung gandum. Kaup balik, ayak dan ketepikan
  2. Minyak masak, pisang, esen, telur ayam dan gula diblend menggunakan blender sahaja. Blend sehingga semua bahan hancur, bersatu dan sebati.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, blend sebentar sahaja sebelum adunan dituang ke dalam bekas sesuai.
  4. Gunakan spatula, kaup balikkan tepung sebentar.
  5. Griskan Loyang dengan marjerin atau minyak masak
  6. Tuang adunan ke dalam Loyang, sekatakan dan bakar di dalam oven pada suhu 170 darjah Celcius selama 45 – 60 minit *( bergantung kepada jenis oven masing-masing ). Jangan lupa panaskan dahulu oven selama 5-10 minit sebelum kek mula dibakar.
  7. Cucuk dengan lidi pada bahagian tengah kek untuk mengetahui sama ada kek sudah masak atau tidak.

Angkat dan sejukkan sebelum dipotong dan dimakan.

Jangan lupa baca Bismillah nohh hehe.

In Sha Allah, nanti saya kongsikan pula cara buat kek pisang kukus dengan sukatan cawan ya ( itu pun bergantung kepada tahap kerajinan lah heeeee ). Kita tengok ada beza tak dari segi tekstur , rupa dan kemenjadiannya .






Post a Comment

0 Comments