Ticker

6/recent/ticker-posts

Pening Dengan Bau Durian Dalam kereta. Apa Petua Kurangkan Bau Durian Dalam Kereta ?

Pening dengan bau durian dalam kereta. Apa petua kurangkan bau durian dalam kereta ?

Rasanya kebanyakan tempat sekarang ni tengah meriah dengan musim durian. Sana-sini durian hoho. Bantal emas, Semut ,Holo,Musang King,Tamada,Chenni ... semua ada. Tapi ai is tau sebut nama je. Kalau ampa mai letak selonggok depan muka, harus jenis apa pun tak dapat dibeza.

Ok cerita pasal durian ni, dulu-dulu masa zaman anak dara memang tak suka dan tak makan raja buah ni. Banyak benda selain durian yang tak dimakan. Hati lembu, paru , even daging yang terlekat lemak sikit pun tak makan. Memang betul-betul demanding & fussy masa tu. Tapi sekarang lepas jadi mak orang, semua benda dibalun, semua jadi sedap. So that’s why ai is chubby now. Hu hu hu 😂😂

Berbalik kepada cerita durian dan bau nya yang tersangatlah kuat. Bagi yang tak tahan memang boleh pening atau sakit kepala dibuatnya nak- nak lagi apalagi apabila disumbat dalam bonet kereta. Kalau perjalanan tu sejam dua, boleh lah tahan lagi. Tapi kalau dah sampai 10 atau 12 jam perjalanan, memang boleh sawan atau muntah hijau laa agaknya.

Bayangkan kalau beli durian time peristiwa jam luar biasa dalam sejarah kat Highway Timur Barat masa balik ke rumah dari Terengganu Hari Raya Aidil Fitri yang lepas .. 8 jam stuck di Kelantan, lepas 17 jam baru sampai Perlis ...Ohh tak dapat nak dibayang bagaimana akan jadinya.

Itu lah punca mengapa kami tak pernah beli durian jika ada long trip walaupun godaannya macam can’t resist saje tengok kiri kanan jalan ada orang jual durian. Kalau beli juga confirm pening dengan bau durian dalam kereta kan.

Ok, agaknya apa petua untuk kurangkan bau durian dalam kereta ?

Kalau rajin mengGoogle, memang banyak petua yang dikongsi berkenaan cara nak hilangkan bau durian dalam kereta. Ada yang letak ketul arang, baking soda dan sebagainya. Antara banyak-banyak petua menghilangkan bau durian yang kuat melekat dalam kereta, ada yang menjadi namun ada juga yang tidak.

Kalau dah puas mencuba tapi tak juga menjadi, apa kata cuba dua cara atau petua mudah mengurangkan bau durian dalam kereta yang nak saya kongsikan ini.

Pertama boleh cuba letakkan beberapa sudu makan serbuk kopi hitam ke dalam plastik. Biarkan plastik tu terbuka sepenuhnya dan gantung pada mana-mana bahagian di dalam kereta yang tak mudah dicapai atau diusik anak-anak ya. Kang letak depan mata dorang, seronok pulak di buat renjis-renjis si pilis haaa. Merana korang kikiki.

Boleh juga masukkan serbuk kopi ni ke dalam bekas kecil terbuka seperti mini tupperware dan letakkan di bahagian cup holder yang biasa ada kat dalam kebanyakan kereta zaman sekarang ni.Tapi ingat tau, kopi hitam sahaja noh bukan kopi Larat,kopi Jantan ke apa tuh.

In Sha Allah berkesan berbanding letak baking powder ,arang dan sebagainya tu.

Jika tak menjadi juga, boleh cuba petua atau tips yang diberikan oleh taukey durian berbangsa Cina yang saya temui ketika membeli durian berdekatan Pekan Kaki Bukit ni. Haa ini petua dari orang yang pakar, jadi haruslah dicuba ya.
Fuhhh .... Kecur air liur :D
Caranya amat mudah dan jimat. Lepas sahaja beli durian dan masukkan ke dalam bonet kereta , cuba patahkan dua tiga batang tangkai pada buah durian tu. Koyakkan atau belahkan sedikit tangkainya, tapi jangan sampai terbelah atau putus terus. Selitkan tangkai durian tu pada bahagian tetingkap aircond kereta ( bahagian seperti bergril tu ) atau mana-mana bahagian yang boleh diselit. In Sha Allah sampai ke Kelantan pun , tiada lagi bau durian yang memeningkan kepala dan menyesakkan lubang hidung anda. In Sha Allah ... dengan izinNYA jua.

Selamat mencuba gaiiss.


Post a Comment

0 Comments