Ticker

6/recent/ticker-posts

Maggi Kuah Kari Berapi Memang Umphh !

Maggi kuah kari berapi memang umphh !

Apa hal laa cikgu sorang ni. Dengan budak selalu pesan, makan makanan yang sihat. Jangan suka sangat makan maggi, nanti habis luruh rambut awak ... botak terus baru padan muka huhuhu

Tapi dia sendiri pun makan maggi. Apa kes ?!

Maggi, makanan segera paling popular tak kira bagi golongan tua mahu pun muda. Sangat popular dalam kalangan budak-budak asrama atau pun penuntut universiti walaupun dikatakan tidak elok untuk kesihatan kerana kandungan MSG dalam perencah atau rempahnya.

Walaupun macam-macam fakta keluar, tapi maggi tak kira apa perasa sekali pun sama ada kari,asam laksa, ayam ,tomyam  dan macam-macam perasa lagi yang tak pernah didengar terus gah bertahan di pasaran.

Dikatakan tidak begitu elok untuk kesihatan, jadi jika memang dah teringin sangat nak makan maggi juga, bolehlah diubahsuai dengan menambah sayur-sayuran dan sebagainya ke dalam menu tersebut. Cumanya had kanlah . Kurangkan kekerapannya. Macam cikgu yang sedang menaip ni, bukan saja-saja nak makan maggi tau. Ada sebabnya weih.

Cerita sebenarnya, kantin kat sekolah saya ni kerap sangat habis nasi, lauk pauk dan kuih-muihnya seawal jam 10 pagi. Awal lagi daripada tu pun kerap sangat dah berlaku,sedangkan masih ramai guru yang belum berkesempatan turun rehat dan makan disebabkan jadual yang padat.

Turun je kantin, tengok-tengok dah kosong semua tray. Yang tinggal kuahnya je. Hampa !Sob, sob, sob ...😓😢

Perut berkeroncong minta diisi. Takkan lah nak makan nasi dengan kuah je.. Nak balik lambat lagi sebab nanti sambung lagi dengan kelas tambahan ( Ngengada .....orang lain yang hidup susah tu kadang tak jumpa nasi pun dalam sehari , jadi kalau dapat makan nasi  dengan kuah sahaja pun dah rasa bersyukur. Rasa besar sangat dah nikmat yang Allah beri.... Allahu akbar ampunkan hambaMu ini Ya Allah ) Nak tak nak terpaksa lah order maggi.

Dan sudah menjadi tabiat saya sejak dulu lagi, suka mengorder bihun sup sayur. Jarang saya makan nasi kecuali bila ada pilihan lauk dan ulaman kampung yang serasi dengan lidah kampung saya ni. Bihun sup sayur hari-hari sampai menjadi ikutan kepada rakan-rakan guru yang lain. Makcik kantin yang tak tahu nama saya pun, kalau nampak je kelibat cikgu chubby mata sepet ni huhu terus je panggil cikgu bihun sup sayur dah turun. Nak makan bihun sup sayur ye cikgu ?... Erkkk

Malangnya semalam stock bihun dah habis, nak tak nak terpaksa request maggi kuah kari berapi sajalah. Itu pun setelah dicadangkan oleh makcik-makcik kantin yang saya agak,dorang tu rasa serba salah juga time nak beritahu maggi ada jika cikgu nak 😶

Sekali, sedap pulak maggi  ni heheh. Maggi kuah kari berapi ni memang umphh rasanya 😅😅. Tak percaya cuba tengok pic yang saya sempat snap semalam.



Ok, terlanjur saya kongsikan gambar maggi kuah kari berapi yang memang umphh ni, jadi saya kongsikan juga resepi nya sekali. Mana lah tahu ada yang nak mencuba nya nanti kan time terdesak hhehe.

Resepi Maggi Kuah Kari Berapi

Bahan-bahan :

  • 1 peket Maggi Kari Berapi
  • 3- 5 ekor udang basah dibuang kepala dan ekor & dibersihkan
  • Sekeping fish cake - dipotong-potong
  • Beberapa biji bebola ikan dibelah dua
  • Sedikit isi ayam dicuci bersih dan dipotong kecil
  • 2-3 batang sawi dicuci bersih dan dipotong
  • 1 batang carrot yang kecil dipotong
  • 1 biji tomato dicuci bersih dan di belah enam
  • Sedikit taugeh dicuci  bersih dan ditoskan
  • 1 biji cili besar dipotong untuk hiasan
  • 2-3 biji cili api / cili padi dipotong untuk hiasan
  • Daun sup untuk hiasan
  • Serbuk bawang goreng untuk hiasan
  • 1 biji telur ayam
  • 2-3 ulas bawang putih diketuk
  • Sedikit minyak sayuran untuk menumis
  • 2  sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan sos cili
  • Air
  • Garam ( jika perlu sahaja  sebab perencah maggi tu memang dah sedia masin )

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga sedikit kekuningan dan naik bau. Tak perlu ditumis lama kerana ia akan menyebabkan bau masakan seperti hangit dan terasa pahit.
  2. Buka perencah maggi dan tumis bersama-sama sos cili serta sos tomato
  3. Masukkan isi ayam,kacau dan biarkan sebentar
  4. Masukkan udang, fish cake dan bebola ikan dan kacau sedikit lalu masukkan air sesuai dengan saiz hidangan. Biarkan menggelegak.
  5. Masukkan maggi dan biarkan ia masak untuk tempoh 2-3 minit.
  6. Masukkan tomato ,sawi, carrot dan taugeh
  7. Akhir sekali masukkan telur ayam yang telah dipecahkan ke dalam bekas lain terlebih
  8. Jika perlu,masukkan sedikit garam 
  9. Matikan api dan biar seketika agar telur masak sekata.
  10. Sendukkan ke dalam mangkuk dan tabur hirisan cili,daun sup dan serbuk bawang goreng.  Perghhh ....

Tadaaaa... siap maggi kuah kari berapi yang memang confirm umph laa !!

Selamat mencuba, namun jangan dimakan terlampau kerap ye

Tips tambahan mengikut kata orang-orang tua :

Minum air panas bersama hidangan ini lebih baik berbanding air ais. Kerana ais akan membekukan lemak di saluran tekak dan bahagian lain yang berkaitan

Ingat ya, nak makan yang sedap-sedap boleh je tapi kesihatan tetap perlu diutamakan




Post a Comment

0 Comments