Dengan Bismillah ..
Ramadhan Ke -15. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan berpuasa bersama keluarga tercinta.
Hari cuti umum begini ( Cuti berganti Wesak Day yang jatuh pada Ahad - 19 Mei 2019 ), ada sedikit ruang untuk masak sendiri sepenuhnya lauk pauk untuk berbuka. Kalau hari bekerja, masak sejenis belinya yang lebih. Owhh ' rajin ' nau mak nan sorang ni hihik ..
Puas memikir apa yang nak dibuat dengan 6 ekor udang di dalam peti tu, akhirnya masak lemak kuning juga jadi pilihan.
Sebenarnya resepi udang masak lemak kuning ringkas dan mudah ni bukanlah kegemaran saya, suami mahupun anak-anak apatah lagi pada bulan Ramadhan begini. Memang tak jalan jawabnya. Bulan-bulan puasa begini kari dan masak lemak memang suami dan anak-anak tak pandang langsung. Tak menepati selera dorang .... !! Tapi memandangkan dah rasa macam tak ada idea lain dah, makcik nan seorang ini pejam mata je masakkan juga.
Niat asal nak buat udang goreng mentega , tapi rasa macam tak berbaloi dengan 6 ekor udang sahaja. Alang-alang nak masak udang goreng mentega ni, biar lah semua dapat makan sepuas-puasnya. Kan udang butter atau goreng mentega ni sedap sekali rasanya heee
Ok, terlanjur masak lemak udang hari ni, saya share kan di sini resepi udang masak lemak kuning ringkas dan mudah khas untuk geng tak pandai masak macam den ni haa.
Honestly langsung tak ada niat untuk kononnya tunjukkan skil memasak ke apa kerana saya memang bukan dari jenis yang pandai memasak. Sekadar untuk mengenyangkan perut agar tak kebulur tu boleh laa huhu
Ok, jom tengok apa bahan yang digunakan untuk resepi udang masak lemak kuning ringkas dan mudah ni
Bahan-bahan :
Cara Masak Resepi Udang Masak Lemak Kuning Ringkas Dan Mudah
** boleh sahaja gantikan kacang panjang dengan sayuran lain yang bersesuaian seperti nanas, carrot dan sebagainya
Tips Ringkas Menyimpan Udang Agar Tahan Lama dan Segar
Ohh ye, bagi memastikan udang kekal segar di dalam peti bahagian sejuk beku, anda boleh masukkan sesudu besar gula pasir ke dalam bekas simpanan udang ( tabur dan gaul sebati menyaluti udang ).
In Sha Allah, udang dapat bertahan lebih lama sebelum digunakan untuk memasak

- Udang secukupnya ( dipotong bahagian ekor dan kepalanya, dibersih dan ditoskan )
- 1 kotak kecil santan keluaran Ayam Brand ( mana-mana brand lain boleh jer )
- 2 batang serai - dibuang lapisan kulit keras, dibersihkan dan dititik
- 3 - 4 ulas bawang merah - ditumbuk
- 2 ulas bawang putih ( saya tak masukkan kerana kurang gemar dengan baunya, macam tak masuk je dengan resepi ni )
- 4 biji cili api - ditumbuk
- Sedikit kunyit hidup - dibersih dan ditumbuk
- 1 keping asam gelugur
- 1 biji tomato
- Sedikit kacang panjang ( kebiasaannya saya gunakan belimbing buluh , tapi habis pula stok minggu ni )
- Garam & serbuk perasa
Cara Masak Resepi Udang Masak Lemak Kuning Ringkas Dan Mudah
- Santan, bawang merah,bawang putih,kunyit hidup dan serai dididihkan bersama dalam periuk.
- Sebaik mendidih , masukkan udang dan asam keping. Biarkan udang masak sepenuhnya.
- Masukkan tomato, kacang panjang dan serbuk perasa.
- Biar sebentar dan padamkan api.
- Siap resepi udang masak lemak kuning ringkas dan mudah. Memang saaaaangatttt lah ringkas dan mudah je kan

0 Comments