Ticker

6/recent/ticker-posts

Cara Paling Mudah Buat Popia Goreng

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah

Cara paling mudah buat popia goreng .. Tak perlu tunggu jadi pakar atau chef memasak untuk buat popia goreng ni sebab rasanya popia goreng ni adalah resepi paling mudah dalam dunia selain rebus telur dan masak megi hihihi. Sape-sape pun boleh buat dengan jayanya In Sha Allah

Sebenarnya petang-petang begini memang best kan kalau dapat makan rojak buah atau pun popia goreng. Memang heaven sangat laa, nak-nak lagi ada air kelapa pembasah tekak. Waduhhh kecur air liur mokcik ni

Ok, popia goreng memang juadah kegemaran kami seisi keluarga. Daripada bapa turun ke emak turun pula ke anak, semua suka sangat dengan popia goreng. Sejak 3 minggu kebelakangan ni, dah berapa kali saya buat popia  goreng. Tu nak tunjuk bukti laa kan, betapa sukanya kami sefamily ni dengan popia goreng. Dan mujur lah ada anak bujang yang sanggup tolong lipat-lipat  @ gulung-gulungkan popia ni sebab bab yang ini memang maknye malas sikit hihik.

Ok, dahulu pernah saya kongsikan resepi popia goreng paling mudah di sini. Boleh je kalau nak gi tengok cuma jangan terkejut laa kalau  dah berhabuk dan bersawang sebab dah lama nau tak ke sana.

Resepi atau cara paling mudah buat popia goreng yang nak dikongsikan kali ini lebih mudah dan ambil masa yang singkat sahaja so tak perlu berlama-lamaan di dapur sehingga miss drama Korea yang awok-awok semua suka ngeee.

Adehhh merapu tak habis ..

Bahan-bahan untuk resepi popia goreng paling mudah adalah  minyak masak untuk menggoreng secukupnya, 1 pek kulit popia KG Pastry ( 40 helaian ) ikut size yang digemari, 1 biji ubi sengkuang sederhana besar, 2 batang carot. Boleh juga tambahkan dengan 50 sen taugeh jika suka.

Cara-cara buat popia goreng paling mudah

  • Cuci taugeh sehingga bersih, tanggalkan bahagian hitamnya dan toskan
  • Koyak kulit ubi sengkuang, cuci bersih dan potong dadu kecil-kecil
  • Cuci carot  dan lakukan langkah yang sama.
  • Campurkan ketiga-tiga bahan di dalam satu bekas
  • Keluarkan lapisan kulit popia KG Pastry dan mulakan langkah menggulung popia. Saya sejak dahulu pilih KG Pastry sebab lapisannya tak mudah koyak
  • Lakukan lapisan demi lapisan sehingga habis 40 helaian kulit popia ( saya guna kulit popia bersaiz besar )
  • Susun dalam loyang atau bekas kedap udara
  • Goreng mengikut keperluan sahaja. Jika tak habis boleh disimpan dalam peti sejuk, In Sha Allah boleh bertahan antara 2-3 hari. Seeloknya 2 hari sahaja untuk memastikan bahan di dalamnya segar dan masih elok.





Cara untuk menyediakan inti popia goreng ini adalah berbeza-beza bagi setiap orang. Ada yang tumiskan bahan inti yang dicampur dengan bahan perasa terlebih dahulu untuk mendapatkan inti yang enak dan lebih berperisa.

Namun bagi saya, cara di atas cukup saya gemari kerana kurang berminyak dan rasa manis yang terbit dari inti nya terasa lebih segar dan semula jadi. Gituuuu ... 😉



Bagi yang belum pernah mencuba buat  sendiri popia goreng mudah ini, elok rasanya untuk mencuba. Bukannya apa, jika buat sendiri,hasilnya lebih banyak, puas hati nak makan berapa biji sekali hadap dan terjamin semuanya segar sebab kita sendiri yang menyediakannya. Kos pun lebih jimat dan murah.

Ye lah , zaman sekarang popia goreng inti bodoh-bodoh, simple-simple  gitu je pun, 4 biji dah RM1 dan memang paling kerap ditemui dijual dengan harga RM2 untuk 5 biji popia. Bayangkan jika ada 5 ahli keluarga yang suka makan popia, berapa agaknya nak kena beli supaya semua dapat sama merasa huhu.

Haa, tuuu diaaa panjang lebar cerita cara paling mudah buat popia goreng.

Itu belum cerita tentang cari duit raya pada bulan Ramadhan dengan hanya menjual popia goreng dan popia basah. Memang masyukkkk korang. Nak best lagi, jual sekali air balang beraneka perisa. RM7k senang-senang je masuk ke dalam poket.

Ok, moga entri kali ni bermanfaat untuk yang membacanya. Tq sudi baca 😘😘

Post a Comment

0 Comments