Ticker

6/recent/ticker-posts

Penggunaan Peranti Skrin Elektronik Terlalu Lama Mampu Merencatkan Perkembangan Kanak-kanak

Penggunaan Peranti Skrin Elektronik Terlalu Lama Mampu Merencatkan Perkembangan Kanak-kanak .  Setujukah anda ?

Kanak-kanak pada sekitar usia 3 tahun dikatakan berada pada tahap paling sesuai untuk ' menyerap ' nilai asas kehidupan dan tingkah laku atau norma yang diperlukan dalam membentuk asas peribadi selain daripada proses pembelajaran awal seperti mengenal huruf dan bunyinya,sebelum dapat membaca dan menulis.

Istilah yang dikatakan sebagai 'golden age' ini merujuk kepada kesediaan otak mereka meniru perlakuan sama ada negatif atau positif berdasarkan apa yang dilihat dan didengar dari alam sekeliling mereka serta kemampuan untuk mengingat atau menghafal dengan baik akan sesuatu secara mudah memandangkan minda mereka masih 'kosong' atau ' polos ' daripada sebarang maklumat dan pengetahuan.

Sebaiknya pada usia golden age ini, ibu bapa mengambil semua peluang yang ada bagi menerapkan nilai-nilai baik di samping mula memperkenalkan proses belajar secara tidak langsung dengan menggunakan pedagogi dan alatan yang sesuai.

Sayang sekali kerana kebanyakan ibu bapa zaman sekarang, memilih jalan mudah dengan 'menyuap' kanak-kanak pada usia ini dengan peralatan elektronik atau digital bagi mengisi tangki mental dan emosi kanak-kanak sebagai jalan pintas dalam menangani anak masing-masing.

Setahun dua kemudian, hasilnya akan terlihat dengan jelas apabila anak-anak menunjukkan pertumbuhan peribadi yang kurang memberangsangkan seperti yang sepatutnya.

Mereka cenderung menjadi lebih agresif, mudah marah,kurang fokus,  sukar dipujuk , dibentuk atau dikawal. Minat terhadap proses pembelajaran juga berada pada tahap rendah, sedangkan ini adalah masa paling penting bagi mereka untuk menguasai kemahiran-kemahiran membaca, menulis dan menaakul maklumat sepertimana selayaknya.

Apabila ini berlaku, ibu bapa perlu kekuatan mental untuk 'merawat ' dan ' memperbetulkan kesilapan demi kesilapan.
 Buku Rujukan UPSR 2019


Semalam, terdapat satu artikel yang dikeluarkan oleh akhbar KOSMO berkaitan penggunaan peranti skrin elektronik yang terlalu lama boleh menyebabkan kerencatan perkembangan kanak-kanak.

Saya petik semula artikel tersebut untuk rujukan para ibu bapa dan para pembaca yang mungkin memerlukan maklumat ini

Penggunaan Peranti Skrin Elektronik Terlalu Lama Mampu Merencatkan Perkembangan Kanak-kanak

Sekumpulan saintis bersetuju bahawa kanak-kanak yang terdedah dengan permainan komputer dan menonton televisyen terlalu lama akan mempunyai masalah dari segi komunikasi dan kemahiran peribadi bermula pada usia lima tahun.

Pendapat itu dipersetujui selepas para saintis menilai tahap komunikasi, ketangkasan, dan menyelesaikan masalah dan kemahiran peribadi selepas menjalankan eksperimen terhadap 2400 orang kanak-kanak yang berusia dua, tiga, dan lima tahun.

Dalam eksperimen tersebut, saintis mendapati kanak-kanak berusia hampir dua tahun menunjukkan tanda perkembangan lebih buruk apabila mencapai tiga tahun.

Melihat pada keputusan yang diperoleh, saintis berpendapat, kanak-kanak akan mengalami masalah yang lebih buruk daripada segi perkembangan komunikasi dan kemahiran peribadi apabila mereka berusia lima tahun.

Kajian yang dijalankan oleh saintis daripada Universiti Calgary, Kanada menunjukkan, media digital dan skrin kini menjadi salah satu punca yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.

Menurut penyelidik, walaupun tidak dapat dinafikan teknologi peranti elektronik pada hari ini membantu kanak-kanak dalam soal pembelajaran, namun pada masa yang sama, penggunaan peralatan skrin tersebut yang terlalu lama juga boleh menjejaskan fizikal, tingkah laku dan deria kognitif kanak-kanak.


Sumber :  KOSMO Ahad 3 Februari 2019 2019 ,Panora  Impresi  Kehidupan , Halaman 41    


Post a Comment

0 Comments