Ticker

6/recent/ticker-posts

What Goes Around Comes Around : Positive Vibes

Happy Wednesday Dearest

What goes around comes around : Positive Vibes

Kredit : Google Images


Apa yang kita buat kepada orang lain, akan berbalik kepada kita semula. Cuma cepat atau lambat sahaja.

Sama seperti menanam pokok. Apa yang kita tanam, itulah yang akan kita tuai nanti. Takkanlah  tanam pokok ubi, berbuah apple pulak 😂😂

What goes around,comes around lebih kurang sama lah maksudnya dengan pepatah Melayu kita iaitu buat baik, dibalas baik ... buat jahat dibalas jahat.

Natijah daripada setiap perlakuan memang ada kesannya. Dalam hidup ini, setiap dari kita akan melaluinya.  Sebab itu, apa-apa tindakan sekalipun, fikir dan pertimbangkanlah terlebih dahulu. Adakah tindakan itu akan memberi kesan kepada diri sendiri atau terhadap orang lain juga.

Jika mahu yang baik-baik sahaja, maka layanlah insan-insan di sekeliling kita dengan baik juga. Show them some respect,loyalty and loves ..what you give,you'll get back.

Jika kejahatan dan pengkhianatan datang jua sedangkan kita tidak pernah berbuat buruk kepada orang lain, maka terimalah itu sebagai tanda kasih dan cinta dari yang Maha Esa yang dihadirkanNYA dalam bentuk ujian, untuk melihat sejauh mana kita ini kuat dan mampu bertahan.

Ingat dan sematkan dalam hati, hidup ini sementara. What goes around comes around : Positive vibes ,be strong !

Self reminder Wednesday , 24 January 2019

Post a Comment

0 Comments