Ticker

6/recent/ticker-posts

Anak Tidak Tahu Membaca. Allahu Akbar Apa Yang Sebenarnya Berlaku di Rumah .. ?

Anak tidak tahu membaca. Allahu akbar apa yang sebenarnya berlaku di rumah ?

Dengan Bismillah

Alhamdulillah hari ini selesai sudah tugasan saya selaku 'juruletih' yang menjadi pembantu kepada jurulatih sebenar , membawa pasukan bola baling sekolah ke Kejohanan Bola Baling Peringkat Negeri.

https://bit.ly/2bZVLB2


Ini satu pengalaman baru memandangkan saya langsung tidak pernah terlibat dalam permainan bola baling hatta ketika di peringkat belajar di sekolah menengah dulu sekalipun kerana kemahiran saya adalah bola tampar. Wahhh, ayat melampau tak hengat kihkihkih. Mahir laa sangat 😝😝

In Sha Allah, sekitar bulan 3 nanti apabila aktiviti sukan dan permainan mulai berkurangan, tumpuan akan kembali ke PdPc dalam kelas pula. Bukanlah bermaksud sekarang ni tak fokus kepada pembelajaran. Semuanya berjalan seperti biasa cuma tidak keterlaluan jika boleh disebutkan di sini sebagai 'wujudnya sedikit gangguan' kerana sukan dan permainan biasanya mengisi bulan-bulan terawal dalam takwim pendidikan.

Fokus seorang guru tentu sahaja melihat anak didiknya mencapai kecemerlangan apalagi bagi yang mengajar murid Tahun 6 seperti saya.

Cuba bayangkan jika pada tahun terakhir persekolahan di sekolah rendah, masih ada yang tidak boleh membaca hatta untuk membatangkan perkataan mudah bersuku kata terbuka kvkv seperti perkataan bola, baju,sagu dan sebagainya.

Mahu sawan cikgu dibuatnya !

Kemudian bermulalah episod drama saling salah menyalahkan. Guru tahap 1 menyalahkan guru pra sekolah,guru Tahap 2 menyalahkan guru Tahap 1 dan cikgu sekolah menengah menunding jari kepada cikgu sekolah rendah. Lagaknya seperti lagu "Bangau Ohh Bangau " saja.

Sebenar yang sebenar-benarnya , setiap dari kami tak kira guru prasekolah, guru tahap 1 atau tahap 2, punya komitmen serupa untuk memastikan setiap murid boleh membaca, memahami atau menaakul maklumat dan dapat menulis dengan baik sebelum mereka melangkah masuk ke alam menengah.

Namun, komitmen setinggi gunung pun tidak mencukupi jika tiada kesinambungannya ketika mereka berada di rumah. Proses belajar membaca harus dilakukan secara berterusan dan terus-terang sahaja ia perlukan sokongan dan bantuan serupa daripada ibu bapa.

Apalah sangat purata masa 60 minit sehari untuk lebih daripada 6 subjek utama peperiksaan di sekolah berbanding beberapa jam di rumah. Dan sangat perlu difahami, bukan seorang kanak-kanak yang perlu dihadap oleh seorang guru ketika di dalam kelas setiap hari.

Cerita Saya

Bertahun-tahun saya mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 6 kelas belakang. Memang sudah ada chop di dahi agaknya, muka saya ini muka kelas belakang.

Kelas hadapan atau kelas belakang, tanggungjawabnya tetap sama. Alhamdulillah, kepuasan terasa apabila ada antara mereka daripada gagal berjaya lulus juga akhirnya. Daripada tergagap-gagap mengeja, akhirnya dapat membaca dengan lancar.

Cuma yang membuatkan saya terasa amat sedih dan kesal beberapa tahun kebelakangan ini terutama pada tahun 2018 lepas adalah terdapat sebilangan kecil ibu bapa yang langsung tidak menyedari bahawa anak mereka di Tahun 6 masih tidak boleh membaca.

Anak tidak tahu membaca. Allahu akbar ! Apa sebenarnya yang berlaku di rumah .. ? Saya tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku di rumah ??

Kecamlah saya jika tidak berpuas hati. Tapi inilah realiti sebenarnya yang seorang guru seperti kami terpaksa hadapi.

Pahit atau manis tak akan saya sembunyi. Sebab cerita saya adalah cerita realiti.

Post a Comment

0 Comments