Ticker

6/recent/ticker-posts

T Hotel Sungai Petani : It's Family Time

T Hotel Sungai Petani : It's Family Time

Bersiaran langsung dari hotel bajet murah , T Hotel Sungai Petani , betul-betul bersebelahan dengan Hotel K Garden dan terletak betul-betul di belakang kompleks membeli-belah Amanjaya. Huhu ini saja percutian kami sekeluarga cuti sekolah kali ni

Sebenarnya, rancangan untuk menginap di Hotel T Sungai Petani ni dibuat secara adhoc saja iaitu semasa dalam perjalanan pulang dari rumah keluarga mertua di Terengganu.

Balik ke rumah mertua seminggu ke mana pun tak de peluang nak pergi dek kerana hujan yang teramat lebat, turunnya siang dan malam. Alamatnya duduk meringkuk dalam selimut dan buat kerja ternak lemak le dik oiii. Pasar Payang ke mana, Pantai Dungun pun entah ke mana .. Semua muncul dalam mimpi je

7 hari di Hulu Terengganu, hujan turun macam air terjun Niagara so  kami ambil keputusan balik sebab risau tak pasal-pasal stuck dalam banjir pula nanti. Pagi bertolak balik itu pun separuh lencun dah time nak masuk ke dalam kereta disebabkan hujannya ya Allah punya lah lebat. Masa suami drive tu pun memang nak tengok jalan depan tu pun punyalah kabur dan kelihatannya sudah banyak kampung atau kawasan rendah mula dinaiki air.

Jadinya percutian kali ini, tiada keropok lekor, tiada stock keropok keping dan tiada batik Terengganu walau sehelai pun dapat dibawa balik sebagai buah tangan untuk mak dan adik-adik.

Jadinya, dalam perjalanan balik ke sini kami bersetuju untuk singgah rehat-rehat di Sungai Petani sebagai ganti aktiviti jalan-jalan di Kuala Terengganu yang tak kesampaian huhu 😞 Hotel T pun dihubungi, lalu bilik Premier King yang juga dibina sebagai connecting room pun ditempah. RM100 per room tu kira ok lah untuk kita yang bukan orang ada-ada ni. Nak sewa The Pure, memang tak mampu lah kitorang ni

Ok, sempat jugalah hakak snap pic yang tak berapa cantik ni untuk dikongsi dengan korang yang mungkin mencari maklumat berkaitan T Hotel Sungai Petani




Untuk pengetahuan semua, Hotel T ( rupanya nama asal hotel atau nama penuh hotel ini adalah Hotel Tandop , huhuhu baru je ku tahu ) terletak sebaris dengan Hotel K Garden ( bersebelahan je ). Di hadapannya pula adalah hospital swasta iaitu Hospital Pantai Sungai Petani dan juga Regent International School. Kiranya andai kata semasa menginap di sini, tetiba ada ahli keluarga yang sakit, boleh je dapatkan rawatan di hospital tersebut.

Di persiaran ini juga terdapat barisan kedai runcit,restoran, farmasi dan Bank Simpanan Nasional.

Ok, review sikit pasal Hotel T ni. Dari segi bilik, bagi kami orang-orang non hado ni, ok lah selesa je.Dekorasi nya simple sahaja namun masih ok mata memandang . Cuma kelemahannya adalah bathroom yang dibina tu, menggunakan dinding kaca yang sedikit berbayang jika dilihat dari luar. Rasa macam diperhatikan, walau pun sebenarnya tak nampak jelas pun huhu. Nak buat macam mana, den ni orang kampung je, terbiasa dengan dinding zink macam perigi dulu-dulu tu hahah 😉😉

Walau macam mana pun, bathroom nya ada dua jadi tak perlu share seperti bilik Family Suite ( kalau tak silap ingatan den ) Hotel K Garden. Haa, di sini lebihnya T Hotel. T Hotel juga ada siaran ASTRO walau pun tak banyak macam kat rumah kita sendiri. Agak-agak la nak expect lebih -lebih.

Tapi dari segi kelajuan WIFI, dekorasi bilik dan sarapan, Hotel K Garden menang dari aspek ini. Harga pun rasanya lebih murah sikit berbanding T Hotel.

T Hotel Sunga Petani : It's Family Time

Kenapa family time ?

Ok, ini satu-satunya peluang untuk bersama-sama dengan semua anak sebelum dorang keluar dari kepompong keluarga. Apabila dorang dah sambung belajar nanti, cuti sekolah pun belum tentu akan dapat berkumpul bersama-sama kerana masing-masing ada komitmen sendiri dan cuti pun mungkin tak sama antara satu sama lain. Kita as a parents ni pula koi tua, koi tak sihat. So, bila ada peluang sebegini , pergunakanlah golden time ni untuk cari satu alternatif, buat gathering walau pun bukan di tempat mahal-mahal.

Alhamdulillah siang tadi sempat ronda-ronda dalam kompleks Amanjaya, window shopping, minum di Blackwood, singgah di MPH book store dan Hassani Book Store sebelum bergerak ke Tanjung Dawai untuk makan ikan bakar.

Jap lagi, In Sha Allah nak mengisi perut sama ada di restoran di luar hotel ni atau kalau rajin mungkin ke Yasmin Nasi Kandar yang terletak bersebelahan Kompleks Amanjaya

Jom

Hotel T Sungai Petani
59, Lengkok Cempaka 1, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Kedah, Malaysia.
 (+604) 4412 111




Post a Comment

0 Comments