Ticker

6/recent/ticker-posts

10 Kunci Bahagia , Hati Tenang dan Hidup Gembira

Adakalanya kita rasa cemburu melihat orang lain hidup bahagia. Kita tertanya-tanya mengapa kita tidak sebahagia mereka. Apa salah kita ? Bila bahagia akan menjelma ?

Sebenarnya bahagia itu dekat dengan kita. Ia ada dalam rumah kita sendiri. Jadi usah masuk ke rumah orang lain untuk mencari bahagia.

Bahagia itu ada dalam diri kita. Jadi, usah minta dari orang lain.

Kunci bahagia,hati tenang dan hidup gembira ini ada di tangan kita sendiri. Bukalah pintu bahagia ini dengan sentiasa bersandar pada Allah yang memegang jasad dan jiwa manusia




Amalkan 10 kunci bahagia, hati tenang dan hidup gembira  ini. In Sha Allah bahagia dunia dan akhirat

🔑 1. Allah SWT sebaik-baik tempat bersandar & bergantung. Apa-apa sahaja keinginan, apa-apa sahaja harapan ,mohonlah pada Allah kerana DIA lah yang Maha Memberi

🔑 2. Belajar bersyukur. Bersyukur dengan apa yang kita miliki saat ini dan yakin bahawa Allah SWT sudah memberikan yang terbaik buat kita,sesuai dengan keperluan kita saat ini

🔑 3. Bersangka baik dengan Sang Pencipta. DIA berikan seuatu sesuai dengan keadaan dan keperluan kita. DIA bukannya tidak adil kerana sifat NYA sendiri Maha Adil. DIA tangguhkan sesuatu mungkin kerana belum masanya untuk kita peroleh apa yang kita kehendaki atau mungkin kerana apa yang kita inginkan itu akan lebih banyak buruk daripada baiknya

🔑4. Belajar berlapang dada menerima setiap ujian dari NYA. Hamba yang diuji adalah hamba yang sebenarnya berada dekat dengan pemerhatian NYA , tanda kita ini hamba yang masih disayangiNYA

🔑 5. Senyum dan ketawa seadanya walau saat hati sangat terluka dan belajar untuk redha dengan apa yang berlaku.

🔑 6. Berfikir dan bertindak secara positif kerana tindakan yang positif akan menghasilkan perkara yang positif juga

🔑7. Bersederhana dalam setiap perkara, perbuatan atau percakapan. Ini kunci bahagia dan kunci bebas daripada tekanan

🔑 8. Banyakkan istighfar, solat sunat dan taubat serta dekatkan diri dengan Al-Quran dalam usaha mendidik hati ke arah yang lebih baik

🔑 9. Jalin hubungan yang erat dengan ahli keluarga kerana mereka lah tempat ke-2 untuk kita bersandar dan mengharapkan pertolongan selain Allah SWT

🔑 10. Jaga pemakanan dan banyakkan riadah bagi memastikan kesihatan fizikal dan mental sentiasa pada tahap terbaik.

Post a Comment

0 Comments