Ticker

6/recent/ticker-posts

Tips Mudah Ikan Celup Tepung Tanpa Bancuhan

Tips mudah ikan celup tepung tanpa bancuhan ni adalah versi untuk ikan siakap  masak sweet sour atau 3 rasa. Tak sama kot dengan ikan celup tepung yang tersangatlah popular di negeri penyu bertelur tu.

Just gunakan tepung jagung semata-mata. Mungkin ada yang dah lama tahu ... atau mungkin juga ada yang langsung tak tahu menahu huhuhu

Moh le kita terus belajar tip mudah bagaimana menyediakan hidangan ikan celup tepung tanpa perlu bancuhan tepung terlebih dahulu.

Bahan utama yang diperlukan hanya secawan tepung jagung atau ikut keperluan. Mudah i tell u šŸ˜„

Macam biasa, siangkan ikan dan cuci bersih. Jika berbau hanyir, boleh gunakan air basuhan beras atau air asam jawa untuk menghilangkan hanyir ikan.

Garam dan kunyitkan ikan macam biasa.

Panaskan minyak secukupnya. Semasa menunggu minyak panas, lumur atau golekkan potongan ikan ke dalam tepung jagung. Lumur sehingga melitupi semua bahagian.

Dah confirm minyak cukup panas, gorengkan ikan seperti adanya.

Taraaa .... nanti lihat hasilnya. Ikan bukan saja nampak cantik dan gebu, malah tak ada masalah melekat pada kuali sampai bercerai berai isinya.



Dah siap, boleh lah sediakan sos nya pulak.

Ohh ya, untuk mengekalkan kerangupan ikan tu ... biarkan sos menyejuk sebelum dicurah atau disiram ke atas potongan ikan tadi.

Adehh laa ... bahasanyašŸ˜

Kekdah yang sama boleh digunapakai untuk menggoreng udang celup tepung atau mana-mana ikan lain yang sesuai. Untuk tofu telur sebelum nak dimasak sambal atau goreng berlada pun sesuai uolls



So far, anak-anak suka makan ikan celup tepung versi ini sebab rangup katanya.

Selamat mencuba !

Post a Comment

0 Comments