Dah tua, lenguh-lenguh dan sakit badan itu biasa lah wahai makcik oiii. Namanya pun 40 series dah kan huhuhu
Seminggu dua ni kan, akak sakit dan lenguh badan satu macam. Rasa macam nak tercabut kaki pun ada. Lepas tu mulalah dok fikir macam-macam.Apa sebab kaki lenguh sangat ni haa? Ke sebab salah makan itu … ke sebab silap minum ini.
Kiranya macam-macam sangat lah ke itu ke ini ..
![]() |
Kredit : GOOGLE Images |
Fikir punya fikir ,rupa-rupanya kurang minum air kosong ( air masak ) itu salah satu punca utamanya mengapa badan ni sakit-sakit dan lenguh-lenguh walhal tak ada la teruk pegi ladang kait buah sawit atau terbongkok-bongkok mencangkul dekat kebun. Gi menoreh minggu lepas tu pun dalam mimpi jek korang … ekeke .
Actually masalah lenguh kaki ni udah banyak kali akak hadapi. Bila lenguh tu, memang terseksa sangat sebab rasa pangkal paha tu macam nak tercabut.
Dan akak perasan sangat semua tu berlaku apabila akak kurang minum air kosong. Memang ketara sangat-sangat. Kalau pada hari lain yang tinggi kadar minum air kosong tu, masalah tu tak timbul langsung. Itu yang akak berani cakap, yang masalah lenguh dan sakit badan ni boleh je terjadi apabila badan kekurangan cecair. Gituuuuu
Betullah kata orang, air kosong ni banyak manfaat nya untuk tubuh berbanding air manis. Selain untuk pengaliran darah yang sempurna,detoksifikasi, mengurangkan panas dalam, minum air kosong juga penting untuk keremajaan dan kecantikan kulit serta sebagainya lagi.
Namun jika lenguh dan sakit badan itu tidak hilang-hilang juga, ia mungkin berpunca daripada jenis makanan yang kita ambil atau mungkin juga kekurangan kalsium dalam tubuh.
Sebagai alternatif atau rawatan awal ,perhatikan dulu kadar pengambilan air kosong setiap hari. Jika gejala lenguh-lenguh dan sakit seluruh badan tu berkurangan, mungkin pengambilan air kosong lah puncanya.
Namun jika sebaliknya, usah tunggu-tunggu lagi. Segera jumpa doktor korang.
Makanan ‘Sejuk Dan Berangin’ Punca Lenguh & Sakit Badan
Ramai je yang percaya, makanan kita ni ada yang bersifat sejuk dan ada yang sebaliknya.
Korang fikir macamana ? Secara peribadi akak percaya juga akan hal ini sebenarnya bergantung kepada tubuh badan seseorang. Namun ia tak menyebabkan akak terus ban makanan-makanan sebegini. Akak masih lagi mengambilnya, namun saiz hidangannya akak kecilkan.
Jom lihat list ini. Sama tak dengan kepercayaan dan budaya di tempat korang …
- Pucuk paku
- Ubi kayu
- Labu
- Kacang Panjang
- Rebung
- Nangka
- Cempedak
Ada tambahan lagi tak ? Jika ada ,tambah sendiri dalam list korang heheh 😜
Now, tak kira lah bagaimana sifat makanan tu sama ada sejuk ke panas ke suam ke … yang penting adalah cara kita menjaga kesihatan. Especially apabila umur semakin meningkat, inilah yang perlu diberi perhatian lebih.
Hidup hanya sekali. Self reminder dari catatan santai-santai sahaja 😇
0 Comments