Kelakar pulak rasanya bila mai idea nak tulis tentang resepi cempedak goreng mudah. Rasa macam hurmmm, tak logik lah nak up resepi cempedak goreng kat blog. Kotnye kata nak post tentang resepi cheese cake meleleh, ada laa jugak munasabahnye kan 😄
Tapiiiiiii …
Zaman sekarang, bukan perkara mengejutkan tau kalau masih ada yang tak reti nak buat cempedak goreng. Even masak megi pun still ada yang tak reti kalau korang nak tahu. Sebabnya, ini zaman yang sudah maju,zaman yang sudah ke depan. Hal-hal remeh masak memasak bagi certain people, bukan hal yang menjadi keutamaan. Kerjaya yang sibuk, di tambah pulak dengan kemudahan food delivery services bersepah sana-sini, menyebabkan ramai yang tak kisah kalau tak pandai memasak sekali pun. Just klik then pay, nanti terhidang lah benda yang diidamkan di depan mata.
Tapiiii ..
Jangan lupa juga ye, menyediakan hidangan dengan air tangan sendiri ada kelebihannya terutama dari sudut ‘mengikat dan mengakrabkan hubungan suami isteri dan hubungan ibu dan anak-anak ‘. Huhu, tazkirah sikit-sikit sambil berblog aci gituuu …Lebih kepada self reminder lah actually 😊
Ok, sementelah sekarang ni musim cempedak menjadi-jadi, akak ambil kesempatan untuk sediakan cempedak goreng sendiri kali ni. Dapatlah makan lebih sikit. Nak harapkan cempedak goreng yang dibeli di gerai, harga seulasnya boleh tahan. RM10 sekalipun baru dapat berapa ulas kalau seulas dijual dengan harga sekitar RM0.50 - 0.80. Baru lekat celah gigi, dah pun habis huhuhu ..
Akak pun bukanlah pandai sangat menyediakan cempedak goreng. Kiranya pandai sikit compare dengan orang yang tak reti langsung tu 😜
Ok,jom share resepi cempedak goreng mudah
Bahan-bahan
- 1 biji cempedak yang sudah betul-betul masak
- 1 pek tepung cucur berat 300 gm ( akak guna cap trakta shj, hanya RM2 )
- 1 1/4 sudu teh garam halus
- 2 sudu minyak masak
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
- Sedikit air suam bergantung kepada kuantiti tepung
Cara-cara memasak cempedak goreng
- Sapu sedikit minyak masak pada pisau yang hendak digunakan untuk membelah buah cempedak. Ni cara mudah untuk elakkan getah cempedak dari melekat pada pisau. Belah dan asingkan ulas cempedak ke dalam satu bekas.
- Bancuh garam dengan air suam sehingga larut
- Masukkan air garam ke dalam bekas tepung. Adun dan tambah air sehingga tepung menjadi sebati tetapi terlalu cair.
- Masukkan 2 sudu minyak masak ke dalam adunan tepung tadi. Kacau hingga sebati
- Masukkan ulas-ulas cempedak kedalam bancuhan tepung, biarkan ia bersalut tepung sepenuhnya.
- Panaskan minyak . Selepas betul-betul panas, masukkan ulas-ulas cempedak tadi.
- Balik-balikkan supaya tidak hangus.
- Angkat dan toskan .
Siap untuk dihidangkan. Seeeedappp !!
Silakan menjamu mata dengan cempedak goreng versi orang tak pandai masak. Haha, abaikan pemandangan yang kurang menarik tu... Dengan sepeket tepung cucur segera tadi dapatlah lebih kurang 40 -+ ulas cucur cempedak. Haa, bayangkan lah kalau beli 40 ulas ni kat gerai, berapalah harganya kan..
Budget keseluruhan resepi cempedak goreng ni adalah sekitar RM13 sahaja untuk hidangan 4 orang. Kiranya agak jimat berbanding beli cempedak goreng yang siap dijual di gerai luar.
Reminder : Berpada-pada makan buah cempedak terutama kepada mereka yang jenis perut mudah kembung, sebab cempedak ni buah yang berangin. Tak pasal-pasal warded pulak macam akak retis kita baru-baru ni 😅






0 Comments