Ticker

6/recent/ticker-posts

Promosi Beli 3 Free 1 Tudung Kanak-kanak Marshmallow

Promosi Beli 3 Free 1 Tudung Kanak-kanak Marshmallow

As salam semua

Agak lama juga menyepi, rasa seperti tersasar haluan lalu mahu cuba ke pangkal jalan 😔

Aduhai, jangan disalahertikan ya . Maksud saya untuk cuba kembali berblog secara konsisten sementelah inilah ' kegilaan ' yang tak pernah padam sejak mula berblog secara benar -benar serius sejak 2012 dahulu.

Jadi untuk entry come back ni (konon-kononnya huhuhu ), saya wara-warakan dulu tentang Promosi Beli 3 Free 1 Tudung Kanak-kanak Marshmallow ya hihi.

Ok, projek Tudung Marshmallow Tudung Si Comel ni sebenarnya bermula beberapa minggu sebelum Ramadhan lepas. Dek beberapa kekangan, tudung ini dijual secara pre order sahaja dulu sehinggalah dibuka untuk jualan umum sejak beberapa hari lepas.

So, kepada ibu-ibu yang terlepas peluang untuk mendapatkan Tudung Marshmallow pada Hari Raya Aidil Fitri yang lepas, bolehlah cepat-cepat grab tudung ini di sini. Bolehlah si comel puan-puan menggayakannya pada Hari Raya Aidil Adha pada Ogos nanti. Pasti happy dorang tu nanti kan 😘

Promosi Beli 3 Free 1 Tudung Kanak-kanak Marshmallow hanya valid  until 31 Julai 2018   sahaja ye.





Tudung Marshmallow ini sama seperti tudung sekolah awning lembut keluaran syarikat sama, menggunakan kain lycra Korea original  yang memang lembut,sejuk dan selesa dipakai. Design yang simple dengan warna ceria ni memang sesuai sekali dipakai gegirls kita tu ye mommies.

Ok, ada 2 cara bagaimana mak-mak puan-puan semua boleh dapatkan tudung ni.

Pertama dengan membuat pembelian di laman rasmi Tudung Si Comel . Caranya mudah sahaja. Just ikut step yang saya titipkan di bawah ni


  1. Daftar / register nama mak-mak dengan klik pada tab DAFTAR MASUK. Isi semua details yang diperlukan sehingga selesai
  2. Klik LOG MASUK untuk log in
  3. Pilih item yang hendak dibeli, add to cart
  4. Untuk promosi  beli 3 free  1 Tudung Marshmallow ni, bagi melayakkan mommies semua mendapat 1 pcs tudung percuma, mommies semua perlu masukkan dahulu 4 pcs tudung tersebut mengikut pilihan size dan warna yang disukai
  5. Next step, klik pada bahagian " Gunakan Kod Kupon " yang tertera di bahagian bawah item. Masukkan kod MALLOW  dan klik tab GUNA KUPON


Sistem akan auto generate harga atau jumlah bayaran sebenar yang perlu dibayar. Selesai, barulah buat payment.


Mudah je kan 😊

Namun andai mommies semua masih rasa tak yakin, pilih cara ke dua dengan membeli melalui whatsapp  sahaja. Boleh ke link www.wasap.my/60195519115/Tudung Marshmallow

Semoga entry kali ini bermanfaat buat semua yang telah membacanya.

Post a Comment

0 Comments