Ticker

6/recent/ticker-posts

Setahun Berlalu,Kupu-kupu Masih Berhantu

Segala Puji Bagi ALLAH ...

Setahun berlalu,kupu-kupu masih berhantu .... Haishhh kupu-kupu dari mana yang mistik berhantu pulak ni. Mungkinkah kupu-kupu dari taman indah TSC 😘😘😘

Haaa, maaf la yek .. tak ada idea nak kasi meletops post ni so hakak hantammmm sajalah bagi tajuk macam ni. Boleh gitu ?😅

Actually uolls, akak nak share sikit dengan korang tentang tudung Instant Shawl Kupu-kupu yang TSC keluarkan untuk raya puasa tahun lepas ( 2017 ). Entry tentang tudung Instant Shawl Kupu-kupu yang kebabomm dan mendapat permintaan tinggi ni dari geng bas sekolah  mak-mak ni, akak ada sharekan melalui post ini. Haa, hampir genap setahun laa kiranya entry tu dok rolling kat sini

Tak sangka la pulak walau dah setahun berlalu,kupu-kupu ni masih berhantu. Mengapa akak katakan berhantu ..? Sebabnya ,2 minggu kebelakangan ni ada je yang pm akak bertanyakan tentang tudung tu.Semalam pun ada yang whatsapp bertanya ... Nampak ??! Puasa pun belum, mak-mak ni dah sibuk carikan tudung raya untuk puteri kesayangan dorang.

Molek sangatlah cari dari awal supaya tak kalut. Jangan jadi macam tahun lepas, 3 hari lagi nak raya pun masih ada yang pm bertanyakan Instant Shawl Kupu-kupu ni. Hmmm, tak dapek la den nolong. Abam poslaju pun masa tu, entah tengah kacau dodol kat kampung nu haaa... Yang terima tudung lepas raya pun ramai, sebab beli last minute. Haaa jangan ko salahkan akak dan abam poslaju pulak yek. Lain kali buat planning awal, survey awal-awal. Kalau nak survey ,boleh je survey kat TSC hehe ...sempat lagi ngempen kikiki.

Ok lah, akak ceritakan sikit tentang tudung kupu-kupu ni ye.
https://bit.ly/2mw0g9R

Yang menjadikan kupu-kupu ni berhantu dan mendapat perhatian hingga ke hari ni mungkin disebabkan design yang suwitttt ditambah dengan kaler yang hot. Memang sesuai dengan sifat kanak-kanak yang ceria dan lincah.

Lagi best sebab cara nak pakainya mudah je walaupun nampak ada sayap tepi yang berjurai-jurai  , seolah-olah perlu dibelit-belit. Tapi hakikatnya just sarung je terus siap  tak payah fikir nak cucuk pin ke hape, ambil masa tak sampai masa seminit pun Cik Timah oiii ... ehehe.

Terdapat lebih kurang 8 pilihan warna dari size XS sehingga S yang sesuai untuk si comel berusia 2-9 tahun. Material nya pula dibuat khas daripada kain jenis Cotton Prada Original.

Berkenaan size ni, akak nyatakan based on masa awal-awal tudung ni release dulu.  Jika sekarang ni, hanya ada warna-warna dan size tertentu yang masih available. Korang mak-mak yang terasa berkenan dengan design ni perlu check sendiri size dan warna yang masih ada kat TSC ye.

Tapi jangan bimbanglah kalau sizenye tak ada, sebab ada baaaanyak lagi design lain yang cantik-cantik, yang comel-comel. Cuma perlu luangkan sedikit masa dan rajin-rajinlah belek katalog nya. Design baru untuk raya puasa 2018 ni, In Sha Allah akan release awal Ramadhan ni. Tak lama lagi dah tu kan ..

Instant Dolly pun cantik sangat :)



https://bit.ly/2mw0g9R

https://bit.ly/2mw0g9R
Di TSC ni, bukan sahaja ada tudung kanak-kanak. Jubah dan telekung pun ada. Jadi bgi uolls mak-mak yang tahun ni tak nak kalut-kalut macam tahun lepas, boleh segera tinjau dan beli di sini hokeyyy. Jangan tunggu dah tak ada stock, baru teringat nak order. Nangis bucu katil laa jawabnye nanti.

Post a Comment

0 Comments