Ticker

6/recent/ticker-posts

K Garden,Hotel Bajet Terbaik

Dengan Bismillah ..Assalamualaikum semua

K Garden,Hotel Bajet Terbaik . Ok ini akak punya tanggapan setelah berkesempatan menginap di K Garden Hotel, Sungai Petani Kedah pada cuti pertengahan penggal yang lalu.

Walaupun hanya menginap 1 malam sahaja di Hotel K Garden Sungai Petani, namun kualiti bilik, harga dan servis yang diberikan bagi akak boleh dianggap sebagai antara hotel bajet terbaik yang boleh dipertimbangkan dalam senarai hotel pilihan jika bercuti ke sebelah Utara Malaysia ni.

Rancangan asal selepas menghantar anak ke asramanya di Kulim adalah untuk transit di Hotel Fuller,Bandar Kenari Kulim. Kalau dapat, bolehlah melihat-lihat apa yang ada di Kulim ni sebab kitorang memang tak biasa dengan area Kulim ni.  Malangnya hajat  terpaksa dibatalkan kerana bila call untuk reservation, receptionist nya cakap dah fully booked. Cuti sekolah pun kan huhuhu . So kitorang beralih kepada K Garden Hotel, SP.

Semasa call untuk reservation, akak pilih bilik yang ada connecting room sebab takkan lah nak tidur sebilik dengan anak bujang remaja. Confirmlah berasak-asak kan. Agak-agaklah korang pun 😅😅So dorang suggest standard room. Dia punya rate hanya RM88 per room including breakfast. Hokey sangat laa tu kan. Lepas tu bila on the way, En Suami minta akak call sekali lagi untuk tukar bilik yang lebih selesa sikit. Alhamdulillah,pertanyaan dan permintaan dilayan dengan baik..jadi dapatlah bertukar ke bilik Super Standard King dengan tambahan RM20 sahaja bagi setiap bilik.

Ok ini bilik yang kitorang sewa. So far bersih, cantik dan selesa 👍 . Cuma kekurangannya tiada almari , tab mandi dan peti sejuk je. Nama pun hotel bajet kan ..so jangan expect nak rasa macam duduk hotel 5 bintang.

Yang lain-lainnya semua ok. Aircond sejuk sangat, hiasan cantik, lantai seperti lantai guna kayu lamina, WIFI zasssss berdesup laju, siaran tv  semua clear ( bukan ASTRO ) dan layanan petugas pun bagus. Shower panas dan sejuk pun ok. Tak percaya boleh tengok gambar-gambar yang sempat akak snap untuk uolls ni.

Pemandangan hadapan K Garden Hotel

Kaunter Penyambut Tetamu

Hiasan dalaman hotel

Kemudahan tangga jika tidak mahu menggunakan lif


Super Standard King Room



Haa, ok tak ?

Lebih istimewa sebab lokasi hotel ni sangat strategik kerana dikelilingi dengan gerai burger, restoran, kedai runcit, farmasi,klinik dan terletak berhadapan dengan Hospital Pantai SP dan Sekolah Antarabangsa  Regent.

5-10 minit perjalanan, di belakangnya pula adalah pusat membeli belah Aman Jaya Mall yang lengkap dengan pawagam. Terdapat juga restoran makanan segera KFC, Starbuck, Restoran Nasi Kandar Nasmir, Kedai Roti Fairy, Hassani Book Store dan Bank Simpanan Nasional.

Pendek kata apa saja keperluan ada di sekitar hotel ini. Tak perlu gundah nak makan kat mana atau jika terlupa bawa keperluan peribadi. Cuma sediakan RM RM RM saja hehe 😜😜

Oh ya, bila sebut bab makan lupa pulak nak cerita yang hotel ini hanya menyediakan sarapan sahaja. Menu sarapan adalah nasi lemak, mee goreng, roti bakar, mushroom soup, sausage, buah-buahan dan minuman panas & sejuk. Cuma tiada kemudahan makan tengah hari atau makan malam disediakan ye ... tapi jangan risaulah sebab seperti dikatakan tadi, keluar je dari pintu hotel terus jumpa restoran di sebelah kiri dan kanannya. Restoran makanan Thai pun ada.

Jika tidak berkenan dengan hotel ini, boleh cuba menginap di T Hotel yang bangunannya betul-betul terletak di sebelah kanan Hotel K Garden.

Untuk membuat tempahan anda boleh tempah di Booking.Com dan lihat rating ulasan kepuasan pelanggan atau boleh terus call ke kaunter tempahan K Garden Hotel Sungai Petani

K Garden Hotel Sungai Petani
No 66, Lengkok Cempaka 1
Persiaran Aman Jaya
06000 Sungai Petani
Kedah Darul Aman
📞Tel : 04-4485555 /557
Whatsapp: 011-15443875 

Post a Comment

0 Comments